Natasha Hudson |
---|
Kelahiran | Natasha Liana binti Mohd Redzuan (1982-09-09) 9 September 1982 (umur 42)
|
---|
Warganegara | Malaysia-Australia |
---|
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penulis |
---|
Tahun aktif | 1990–kini |
---|
Pasangan |
- Jay Jasmin (k. 2022)[1]
- Noor Nashriq Sekarnor (k. 2018; c. 2019)[2]
- Khalid Kamal (k. 2012; c. 2018)[3]
- Shahrin Zahari (k. 2007; c. 2009)[4]
- Mohd Faiz Mohd Raih (k. 2006; c. 2006)[5]
|
---|
Anak-anak | 3 |
---|
Saudara | Tania Hudson (adik) |
---|
Natasha Liana Mohd Redzuan yang dikenali sebagai Natasha Hudson (lahir 9 September 1982) ialah seorang model, pelakon, penulis, pengacara TV dan humanis Malaysia, berketurunan Melayu-Australia. Sebagai penulis, beliau menerbitkan beberapa buku antaranya Puisi Indah Si Pari-Pari (2006) dan My Heart My Soul My Passion (2007). Adiknya, Tania Hudson juga pelakon.[6]
Kehidupan peribadi
Natasha berkahwin sebanyak 5 kali. Perkahwinan pertama beliau dengan Mohd Faiz Mohd Raih bertahan selama 4 bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama. Beliau kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012. Dari tiga perkahwinannya, Natasha dikurniakan tiga anak—Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.[7] Beliau berkahwin kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018 namun bercerai pada tahun 2019. Natasha berkahwin dengan Jay Jasmin pada tahun 2022.
Pada 2012 juga, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah sekaligus meninggalkan bidang seni yang diceburi. Natasha yang kini tampil berpurdah pada Disember 2016.[8] Dalam satu temu bual bersama IKIM.fm pada 2017, Natasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk berjumpa dengan keluarga bukan beragama Islam termasuk bapanya sambil mendakwa layanan dari keluarganya amat berbeza.[9] Beliau turut mendakwa digelar Wahabi setelah berhijrah.[10]
Filemografi
Filem
Drama
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2011
|
Antara Keju dan Belacan
|
Tyna
|
Astro Warna
|
|
Bait Cinta
|
Syanaz
|
TV9
|
|
Deru Ombak
|
|
Astro Prima
|
|
2012
|
Andai Ku Tahu
|
Adura
|
TV9
|
|
Cinta Luar Biasa
|
Lina
|
TV1
|
|
Tudung
|
|
|
|
Pulau
|
Aqilah
|
TV9
|
|
2021
|
Bila Syaitan Berbisik
|
Maya
|
Astro Ria
|
Episod 1
|
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2011
|
Mak Andam Semah
|
Mak Andam Semah
|
Astro Prima
|
|
Teater
Tahun
|
Tajuk
|
2008
|
Ibu Zain
|
2009
|
Gamat
|
Televisyen
Bibliografi
- Puisi Indah Si Pari-Pari (2006)
- My Heart My Soul My Passion (2007)
Anugerah dan pencalonan
Tahun
|
Anugerah
|
Kategori
|
Karya tercalon
|
Keputusan
|
2007
|
Festival Filem Malaysia ke-20
|
Pelakon Harapan Wanita
|
Chermin
|
Menang
|
Pelakon Wanita Terbaik
|
Chermin
|
Tercalon
|
2014
|
Anugerah Skrin 2014
|
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
|
Lemak Kampung Santan
|
Menang
|
Rujukan
Pautan luar
|
---|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|