Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Oh My Girl

Oh My Girl
Oh My Girl pada bulan Mei 2021
Dari kiri ke kanan: Arin, Hyojung, Jiho (bekas ahli), Seunghee, YooA, Mimi dan Yubin
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–sekarang
Syarikat rakaman
  • Korea Selatan WM Entertainment
  • Jepun Ariola Japan
Laman sesawang
ohmy-girl.com
Ahli
Bekas ahli
  • JinE
  • Jiho

Oh My Girl (Hangul오마이걸; RROmaigeol, atau digayakan sebagai OH MY GIRL dan OMG) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh WM Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Hyojung, Mimi, YooA, Seunghee, Yubin dan Arin. Pada asalnya kumpulan ini mempunyai lapan ahli, JinE meninggalkan kumpulan ini pada bulan Oktober 2017 kerana masalah kesihatan dan Jiho meninggalkan kumpulan pada bulan Mei 2022. Kumpulan ini debut pada 21 April 2015 dengan album mini pertama Oh My Girl.[1][2]

Sejarah

2015: Debut dengan Oh My Girl dan Closer

Oh My Girl di Inkigayo fan meet pada bulan Oktober 2015

Oh My Girl ialah kumpulan dari syarikat yang sama dengan kumpulan B1A4, Pada 29 Mac 2015, gambar teaser untuk lapan orang ahli dan seta konsep imej telah dikeluarkan.[3][4] Pada 20 April. kumpulan ini telah mengeluarkan album mini pertama mereka Oh My Girl dan juga termasuk single utama mereka "Cupid". Mereka mengadakan showcase debut mereka pada hari yang sama. Pesembahan pertama single mereka di SBS MTV The Show pada 21 April.[5][6]

Pada 21 Jun, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka sedang membuat album baru.[7] Album mini kedua mereaka Closer dikeluarkan pada 7 Oktober. Single dengan nama yang sama telah dipersembahkan di Mnet M Countdown pada 7 Oktober.[8][9]

2016: Pink Ocean, Listen to My Word (A-ing), konsert pertama dan JinE hiatus

Oh My Girl di the Miracle Day fan meet pada bulan Julai 2016

Album mini ketiga Oh My Girl, Pink Ocean telah dikeluarkan pada 28 Mac 2016 dengan single utama "Liar Liar" dan single pra-pengeluaran "Step by step".[10][11] Pada hari yang sama, Oh My Girl telah mengumunkan nama rasmi untuk kelab peminat ialah "Miracle", semasa melakukan showcase untuk Pink Ocean dan didalam V-app. Kumpulan ini mempromosikan "Liar Liar" dan "Step by Step", B-side ditulis oleh Jinyoung B1A4 ,[11] pada comeback stages mereka dan pada konsert guerrilla di Hongdae dan Sinchon. Pada awal bulan Mei, kumpulan ini mempromosikan "Step by Step" selama empat hari dalam program muzik M Countdown, Inkigayo, Music Core dan Music Bank.

Pada 26 Mei 2016, Pink Ocean diterbitkan semula sebagai Windy Day dengan dua lagu baru: "Windy Day" dan "Stupid in Love", bersama versi Bahasa Cina "Liar Liar" yang dikeluarkan dalam Pink Ocean secara eksklusif dalam perkhidmatan penstriman dalam talian di China).[12] Pada 1 Ogos, mereka mengeluarkan album single musim panas istimewa yang mengandungi empat lagu remake, termasuk lagu dari Papaya "Listen to My Word (A-ing)" yang menampilkan Skull dan Haha.[13] Album ini adalah album yang pertama kumpulan ini yang menduduki carta mingguan Gaon.[14]

Pada 20 dan 21 Ogos, Oh My Girl mengadakan konsert solo bertajuk Summer Fairytale di Blue Card Samsung Hall Hall di Seoul, Korea Selatan.[15] Tiket boleh dibeli pada 22 Julai dan habis dijual dalam masa tiga minit, memecahkan rekod untuk tiket konsert terpantas abis dijual untuk kumpulan rookie.[16]

Pada 25 Ogos, WM Entertainment mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan JinE akan berehat dari aktiviti Oh My Girl semasa dia menerima rawatan untuk anoreksia nervosa.[17]

2017: Coloring Book dan JinE meninggalkan kumpulan

Pada 13 Mac, WM Entertainment mengumumkan pada fancafe Oh My Girl bahawa album mereka yang akan datang akan dikeluarkan pada bulan April. JinE tidak akan mengambil bahagian dalam promosi album dan aktiviti yang akan datang supaya dapat meneruskan rawatan dan pemulihan.[18] WM juga menyatakan bahawa kesihatan JinE telah bertambah baik sejak tahun lalu, dan WM memberi tumpuan kepada rawatan jangka panjang untuk JinE.[19] Oh My Girl telah mengeluarkan album mini keempat Coloring Book pada 3 April, bersama-sama dengan tajuk nama lagu yang sama. Semasa Comeback Showcase Oh My Girl, ternyata paus merah jambu dalam video muzik Coloring Book, dibuat untuk merujuk kepada JinE.[20]

Pada 30 Oktober, WM Entertainment mengesahkan bahawa disebabkan masalah kesihatan yang berterusan, kontrak JinE dengan syarikat itu telah ditamatkan dan dia secara rasmi meninggalkan kumpulan ini.[21]

2018: Secret Garden, sub-unit pertama dan Remember Me

Pada 23 Disember 2017, WM Entertainment mengumumkan comeback Oh My Girl pada 9 Januari, dengan album mini kelima Secret Garden.[22] Oh My Girl mengadakan konsert solo kedua bertajuk Oh My Girl's Secret Garden. Tiket boleh dibeli pada 28 Disember dan dijual dalam masa dua minit untuk 3,000 tiket, membuktikan popularitinya dapat menjual tiket konsert sampai habis sepenuhnya sejak tahun lepas.[23][15] Tiket konsert yang dijual selama enam hari bermula 22 Januari hingga 26 Februari di Shinsegae Mesa Hall di Seoul, Korea Selatan.[24] Pada 23 Januari, 2018 Oh My Girl memenangi piala pertunjukan muzik pertamanya dengan lagu "Secret Garden" di The Show dan piala kedua pada Show Champion pada 24 januari 2018.[25][26]

Oh My Girl Banhana

Ia diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengeluarkan album pop-up bertajuk Oh My Girl Banhana - Banana Allergy Monkey pada 2 April. Single utama bertajuk "Banana Allergy Monkey" dinyanyikan oleh sub-unit kumpulan Oh My Girl Banhana, yang terdiri daripada Hyojung, Yubin dan Arin.[27]

Pada bulan Jun, kumpulan ini menandatangani perjanjian rakaman dengandengan Ariola Japan, label Sony Music Japan. Sub-unit Banhana membuat debut pada bulan Ogos 2018 dengan album mini "Banana Allergy Monkey" versi Jepun.[28]

Pada 24 Ogos, WM Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan ini akan membuat comeback Korea.[29] Album mini keenam mereka Remember Me dikeluarkan pada 10 September, bersama dengan single utama dengan nama yang sama.[30] Konsert kedua kumpulan bertajuk "Fall Fairy Tales" telah diadakan pada 20 & 21 Oktober.[31]

2019: Debut Jepun, The Fifth Season, Album Jepun kedua, Fall in Love dan Queendom

Oh My Girl memulakan tahun ini untuk pertama kalinya di Jepun dengan melakukan Japan Debut Commemoration Live Tour pada 4-6 Januari 2019 di Fukuoka, Osaka dan Tokyo.[32][33] Pada 9 Januari, kumpulan ini mengluarkan album Jepun pertama mereka, secara keseluruhan.[34] Oh My Girl Japan Debut Album berada di nombor-1 di Carta Album Harian Oricon pada 8 Januari 2019, menjual 9,383 salinan fizikal.[35][36] Album yang dicatat di nombor-2 di Carta Album Mingguan Oricon terjual sebanyak 15,910 unit.[37] Ia menduduki tangga teratas di Billboard Japan Top Albums Sales,[38][39] yang terjual sebanyak 20,041 unit[40] dan menduduki tangga ke-4 di Billboard Japan Hot Albums.

Pada 8 Mei, mereka mengeluarkan album studio Korea pertama mereka The Fifth Season, bersama dengan single utama "The Fifth Season (SSFWL)"[41][42]

Pada 3 Julai, kumpulan ini mengeluarkan album Jepun kedua mereka, "Oh My Girl Japan 2nd Album".[43] Album Fall In Love versi penerbitan semula untuk album pertama mereka The Fifth Season yang dikeluarkan pada bulan Ogos 5 bersama dengan video muzik untuk single utama yang bertajuk "Bungee (Fall In Love)".[44]

Pada Ogos 2019, telah disahkan bahawa kumpulan itu akan mengambil bahagian dalam Queendom'.[45] Pada pusingan pertama, mereka membuat persembahan dengan lagu dari album mereka sebelum ini iaitu "Secret Garden" dan berjaya menduduki di tempat ketiga.[46] Kemudian pada pusingan kedua kumpulan telah mengcover lagu daripada Lovelyz iaitu "Destiny" dan berjaya berada di tempat pertama, lagu ini kemudian dikeluarkan sebagai single pada 20 September 2019.[47] Pada pusingan ketiga mereka melakukan remix untuk lagu mereka sendiri iautu "Twilight" dan sekali lagi berjaya berada di tempat pertama. lagu ini juga dikeluarkan sebagai single.[48] Pada 25 Oktober 2019, kumpulan ini mengeluarkan single berjudul "Guerilla" untuk episod akhir Queendom.[49] Pada episod terakhir, mereka menduduki di tempat pertama untuk keseluruhan program.[50]

2020: Eternally, Nonstop dan kejayaan komersial

Pada 1 Oktober 2019, kumpulan ini mengumumkan di laman web Jepun mereka bahawa mereka akan mengeluarkan album Jepun ketiga mereka "Eternally" pada 8 Januari 2020.[51] Kemudian pada 30 Oktober 2019, Bungee versi bahasa Jepun dikeluarkan untuk menandakan single pertama untuk album "Eternally".[52] Pada bulan November, kumpulan ini menunjukkan senarai lagu untuk album "Eternally" dengan menyatakan bahawa album ini akan terdiri daripada empat buah lagu baru Jepun: "Eternally", "Precious Moment", "Fly to the Sky" dan "Polaris". Seiring dengan ini, dinyatakan bahawa album itu akan memuatkan single akhir yang baru dikeluarkan dari Queendom iaitu "Guerilla". Seperti dua album Jepun mereka sebelumnya, kumpulan ini membenarkan kelab peminat Jepun mereka untuk memutuskan trek yang ada di album berdasarkan populariti.[53] Pada 25 Disember 2019, kumpulan ini mengeluarkan album Jepun ketiga mereka "Eternally", secara digital di platform muzik di seluruh dunia dan dua minggu menjelang pengeluarkan fizikalnya pada 8 Januari 2020.[54] Di luar Jepun, pengeluaran digital itu merangkumi lima buah lagu pertama album. Secara tempatan, keluaran digital termasuk lapan buah lagu pertama, yang termasuk versi bahasa Korea asal untuk "Bungee (Fall in Love)", "Guerilla" dan "Love O'Clock".[55]

Pada 13 April 2020, WM Entertainment mengesahkan bahawa Oh My Girl akan comeback sebagai kumpulan penuh pada 27 April, dengan Jiho kembali dari hiatus. Selepas itu, kumpulan ini mengeluarkan teaser yang mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album mini ketujuh mereka iaitu Nonstop dengan konsep bertemakan permainan.[56] Album mini dan video muzik untuk single utama "Nonstop" dikeluarkan pada 27 April.[57] Kedua-dua lagu single dan B-side "Dolphin" menjadi pengeluaran tertinggi carta kumpulan setakat ini, masing-masing mencapai nombor 2 dan nombor 10 di Gaon Digital Chart.[58][59]

Menurut laman web Oh My Girl di Jepun, berikutan pencapaian tertentu yang ditemui di aplikasi LINE MUSIC, Oh My Girl akan mengeluarkan sesuatu selama tiga bulan berturut-turut.[60] Keluaran pertama adalah "Nonstop" versi bahasa Jepun dan dikeluarkan secara digital di pelbagai platform pada 29 Jun 2020.[61] Kira-kira sebulan selepas itu, keluaran kedua single Jepun, Lemonade, dikeluarkan secara digital pada 27 Julai 2020.[62] keluaran ketiga single Jepun, Tear Rain, dikeluarkan secara digital di semua platform muzik pada 24 Ogos 2020.[63]

Pada 2020 Soribada Best K-Music Award yang diadakan pada 13 Ogos, Oh My Girl menerima anugerah Bonsang.[64]

Pada 16 Ogos 2020, Oh My Girl mengeluarkan single kolaborasi bersama Pororo the Little Penguin[65] dengan tajuk "Supadupa" [66] dan juga versi soundtrack asal Pororo "Barabam" [67]

Oh My Girl juga mengusahakan kolaborasi dengan Keanu Silva dan Mougleta pada 21 Ogos 2020. Single kolaborasi "Rocket Ride" dikeluarkan pada 28 Ogos 2020 [68]

Pada 23 September 2020 Oh My Girl mengumumkan di laman web Jepun mereka bahawa mereka akan melancarkan single Jepun pertama mereka "Etoile / Nonstop Japanese ver." pada 25 November 2020. Single ini mengandungi tiga keluaran single digital sebelumnya yang dikeluarkan dalam tiga bulan terakhir: Nonstop (Japanese ver.), Lemonade dan Tear Rain, bersama dengan single baru Etoile, yang dikeluarkan secara digital di platform muzik pada 8 Oktober 2020.[69]. Akan ada empat versi single, masing-masing akan mengandungi trek instrumental yang berbeza. Terdapat juga edisi khas "Anime Edition" yang akan mengandungi Etoile Versi Bahasa Inggeris.[70] Pada 15 Oktober 2020, Etoile versi Korea dikeluarkan secara digital di semua platform muzik.[71]

2021–sekarang: Dear OhMyGirl, Real Love, Oh My Girl Best, Jiho meninggalkan kumpulan dan Golden Hourglass

Pada 16 April, WM Entertainment mengumumkan bahawa Oh My Girl akan comeback dengan album baru pada awal bulan Mei.[72] Album mini kelapan mereka Dear OhMyGirl dikeluarkan pada 10 Mei, bersama dengan single utama "Dun Dun Dance".[73] Single ini memuncak di atas Gaon Digital Chart, menjadi carta pertama kumpulan ini. Pada 14 Julai, Oh My Girl mengumumkan single Jepun kedua mereka "Dun Dun Dance Japanese ver." yang dikeluarkan pada 22 September.[74] Pada 23 Disember, Oh My Girl mengeluarkan single promosi "Shark" melalui Universe Music untuk aplikasi mudah alih, Universe.[75]

Pada 19 Januari 2022, WM Entertainment mengumumkan bahawa Binnie akan menukar nama pentasnya kepada Yubin.[76] Pada 24 Februari, Oh My Girl mengumumkan mereka akan mengeluarkan album kompilasi bahasa Jepun mereka Oh My Girl Best pada 30 Mac.[77] Pada 7 Mac, WM Entertainment mengumumkan bahawa Oh My Girl akan mengeluarkan album studio Korea kedua mereka Real Love pada 28 Mac dengan single utama dengan nama yang sama.[78] Pada 9 Mei, dilaporkan Jiho telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan WM Entertainment dan menjadi bebas ejen. Ini kemudiannya disahkan, menyatakan bahawa dia juga akan meninggalkan kumpulan ini dan Oh My Girl akan disusun semula sebagai enam orang ahli.[79] Pada 4 Ogos, Oh My Girl menyertai platform Weverse.[80]

Pada 24 Julai 2023, Oh My Girl akan mengeluarkan album mini kesembilan mereka Golden Hourglass dengan single utama "Summer Comes".[81]

Ahli

Nama Pentas Nama Lahir Tarikh Lahir Posisi
Romanisasi Hangul Romanisasi Hangul
Hyojung 효정 Choi Hyo-jung 최효정 (1994-07-28) 28 Julai 1994 (umur 30) Ketua, Vokalis utama
Mimi 미미 Kim Mi-hyun 김미현 (1995-05-01) 1 Mei 1995 (umur 29) Penyanyi "rap"
YooA 유아 Yoo Si-ah 유시아 (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 29) Vokalis
Seunghee 승희 Hyun Seung-hee 현승희 (1996-01-25) 25 Januari 1996 (umur 28) Vokalis utama
Yubin 유빈 Bae Yu-bin 배유빈 (1997-09-09) 9 September 1997 (umur 27) Vokalis
Arin 아린 Choi Ye-won 최예원 (1999-06-18) 18 Jun 1999 (umur 25) Maknae, Vokalis

Bekas Ahli

Nama Pentas Nama Lahir Tarikh Lahir Posisi
Romanisasi Hangul Romanisasi Hangul
JinE 진이 Shin Ye-jin 신혜진 (1995-01-22) 22 Januari 1995 (umur 29) Vokalis
Jiho 지호 Kim Ji-ho 김지호 (1997-04-04) 4 April 1997 (umur 27) Vokalis

Sub-Unit

Nama Unit Ahli
Romanisasi Hangul
Oh My Girl Banhana 오마이걸 반하나 Hyojung
Yubin
Arin

Garis masa

  • Merah (melintang) = aktif
  • Hitam (melintang) = tidak aktif
  • Ungu (menegak) = perilisan di Korea.
  • Biru (menegak) = perilisan di Jepun.
  • Kuning (menegak) = perilisan sub-unit di Korea.
  • Hijau (menegak) = perilisan sub-unit di Jepun.

Diskografi

Album Korea

  • The Fifth Season (2019)
  • Real Love (2022)

Album Jepun

  • Oh My Girl Japan Debut Album (2019)
  • Oh My Girl Japan 2nd Album (2019)
  • Eternally (2020)

Filemografi

Televisyen

  • Oh My Girl Cast (MBC Music, 2015)
  • Found You! Oh My Girl (Naver TV Cast, 2016)
  • Oh My Girl Miracle Expedition (HeyoTV, 2018)
  • Queendom (Mnet, 2019)

Konsert

Jelajah dan lawatan

  • Oh My Girl 1st Fan Concert in Asia (2018)[82]
  • Oh My Girl Japan Debut Commemoration Live Tour (2019)[83]
  • Oh My Girl First U.S. Tour (2019)[84]
  • Oh My Girl 1st Tour in Brazil (2019) [85]
  • Oh My Girl Japan Official Fan Club 1st Fan Meeting Tour "Picnic" (2019)[86]

Konsert

  • Oh My Girl 1st Concert "Summer Fairy Tales" (2016)[87]
  • Oh My Girl's Secret Garden (2018)[24]
  • Oh My Girl 2nd Concert "Fall Fairy Tales" (2018)

Showcase

  • Oh My Girl Banhana Japan Debut Showcase Live (2018)

Anugerah dan pencalonan

Nota

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ Lee, Soo Ah (April 7, 2015). "B1A4′s Little Sister Group, Oh My Girl to Debut April 20". CJ DigitalMusic. Mwave. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2017. Dicapai pada May 11, 2015.
  2. ^ Hong, Grace Danbi (April 7, 2015). "B1A4′s Little Sister Group, Oh My Girl to Debut April 20". Korea Tourism Organization. enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada March 4, 2016. Dicapai pada July 7, 2017.
  3. ^ "B1A4 여동생 그룹, 티저 공개에 서버 다운…'인형 아냐?'". Naver (dalam bahasa Korea). March 26, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  4. ^ "B1A4 여동생 걸그룹 팀명, '오마이걸'로 최종 확정". Naver (dalam bahasa Korea). March 30, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  5. ^ "'B1A4 여동생' 오마이걸, 男心향해 큐피드 화살 정조준(종합)". Naver (dalam bahasa Korea). April 20, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  6. ^ "오마이걸, 아이돌 홍수 속 모두의 '마이 걸'이 될 수 있을까(종합)". Naver (dalam bahasa Korea). April 20, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  7. ^ "Oh My Girl on Twitter". Twitter (dalam bahasa Korea). June 21, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  8. ^ "오마이걸, 앨범발매 전 '뮤콘' 쇼케이스 개최한다". Naver (dalam bahasa Korea). October 7, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  9. ^ ""역대급 콘셉트"…오마이걸, '뮤콘'서 '클로저' 컴백 쇼케이스 개최". Naver (dalam bahasa Korea). October 7, 2015. Dicapai pada October 26, 2019.
  10. ^ Yoon, Sung-yeol (9 February 2016). [단독]'억류 해프닝' 오마이걸, 올 봄 컴백..설 이후 준비 박차 (dalam bahasa Korean). Star News. Star News. Dicapai pada 7 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ a b "Pink Ocean". Naver Music (dalam bahasa Korean). Naver Corp. Dicapai pada 7 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Pink Ocean". QQ Music (dalam bahasa Cina). Tencent. Dicapai pada 13 June 2016.
  13. ^ Kim, Yu-young (26 July 2016). "Oh My Girl releases teaser image for new album". Herald Corporation. The Korea Herald. Dicapai pada 26 July 2016.
  14. ^ 국내 대표 음악 차트 가온차트!. gaonchart.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-01-05.
  15. ^ a b Duong, Thuy (25 July 2016). "Korean Fans Buy Up Oh My Girl's Concert Tickets Within 3 Minutes". hellokpop.com. HelloKpop. Dicapai pada 22 August 2016.
  16. ^ Kim, Yu-young (24 July 2016). "Oh My Girl concert tickets sell out within minutes". Herald Corporation. The Korea Herald. Dicapai pada 25 July 2016.
  17. ^ Lee, Jin-a (26 August 2016). "JinE of K-pop girl band Oh My Girl has anorexia". ktimes.com. The Korea Times. Dicapai pada 3 September 2016.
  18. ^ 오마이걸 측 "4월 컴백 목표..멤버 진이 제외 7인조 활동"(공식입장 전문). Herald Pop (dalam bahasa Korean). March 13, 2017. Dicapai pada March 13, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ [피플IS] 오마이걸, 불완전체 컴백…진이 없어서 '오마이갓'?. ISPlus (dalam bahasa Korean). March 13, 2017. Dicapai pada March 13, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ 오마이걸, 새 음반 타이틀은 '컬러링북'..첫 티저 공개. OSEN (dalam bahasa Korean). March 23, 2017. Dicapai pada March 25, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ 오마이걸 측 "진이, 전속계약 해지→7인조 재편..건강이 우선" (dalam bahasa Korea). Naver.
  22. ^ 오마이걸, 1월9일 컴백 확정…"비밀정원에 어서오세요". Herald Pop (dalam bahasa Korean). December 23, 2017. Dicapai pada December 23, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ 오마이걸, 단독콘서트 2분만에 매진+예매랭킹 1위...강력 팬덤 '입증'. Ten Asia (dalam bahasa Korea). December 29, 2018. Dicapai pada July 21, 2018.
  24. ^ a b "비밀 정원으로의 초대"…오마이걸, 단독 콘서트 2회차 성료. Sport Chosun (dalam bahasa Korea). January 30, 2018. Dicapai pada July 21, 2018.
  25. ^ [근황] ‘더쇼’ 오마이걸, 여중생 미라클 울리는 감동의 1위…‘기쁨을 품은 비밀정원’. Topstarnews (dalam bahasa Korea). January 23, 2018. Dicapai pada July 21, 2018.
  26. ^ [오!쎈 Pic]오마이걸,'데뷔 첫 1위에 이어 감격의 2관왕'. Osen (dalam bahasa Korea). January 24, 2018. Dicapai pada July 21, 2018.
  27. ^ [단독] 오마이걸, 4월2일 컴백 확정.."신곡 MV 촬영 중". OSEN (dalam bahasa Korea). March 22, 2018. Dicapai pada June 14, 2018.
  28. ^ "[공식]오마이걸 '소니뮤직'과 계약 체결…8월 말 日 정식 데뷔". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). June 12, 2018. Dicapai pada June 14, 2018.
  29. ^ "오마이걸, 9월10일 '불꽃놀이'로 컴백 확정+10월 단독콘서트[공식입장]". Naver (dalam bahasa Korea). August 24, 2018. Dicapai pada August 24, 2018.
  30. ^ ""인생곡 예감" '컴백' 오마이걸, 블링블링 '불꽃놀이' 티저 공개". Naver (dalam bahasa Korea). September 10, 2018. Dicapai pada October 26, 2019.
  31. ^ "오마이걸, 10월 단독콘서트 '2018 가을동화' 개최…열일행보 '기대↑'". Naver (dalam bahasa Korea). September 12, 2018. Dicapai pada October 26, 2019.
  32. ^ "2019年1月開催 OH MY GIRL 日本デビュー記念 1st LIVE TOUR 2019 プレイガイド先行のお知らせ". Oh My Girl Japan Official Site (dalam bahasa Jepun). October 2, 2018. Dicapai pada October 26, 2019.
  33. ^ "오마이걸, 日 3개 도시 라이브 투어 전석 매진..1월 9일 데뷔 확정". Naver (dalam bahasa Korea). December 4, 2018. Dicapai pada October 26, 2019.
  34. ^ "来年日本デビューのK-POPガールズグループ、OH MY GIRLのALリード曲がオンエア&MV解禁へ". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). November 16, 2018. Dicapai pada October 26, 2019.
  35. ^ "デイリー アルバムランキング 2019年01月08日付". Oricon (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2019. Dicapai pada January 9, 2019.
  36. ^ "오마이걸, 日 데뷔 동시에 오리콘 앨범 데일리차트 1위 '기염'". Naver (dalam bahasa Korea). January 10, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  37. ^ "週間 アルバムランキング 2019年01月21日付". Oricon (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2019. Dicapai pada January 16, 2019.
  38. ^ "【ビルボード】OH MY GIRL『OH MY GIRL JAPAN DEBUT ALBUM』が20,041枚を売り上げアルバム・セールス首位獲得". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). January 15, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  39. ^ "오마이걸, 日에서 터졌다…데뷔 앨범 빌보드 재팬 위클리 톱 앨범 세일즈 차트 정상". Naver (dalam bahasa Korea). January 18, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  40. ^ "Top Albums Sales (2019/01/21)". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada January 16, 2019.
  41. ^ "[팝's현장]"전환점, 새로운 시작"…오마이걸, 4년만 첫 정규에 담은 성장 그리고 성숙". Naver (dalam bahasa Korea). May 8, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  42. ^ "오마이걸 '다섯 번째 계절' MV 티저 공개…"한 편의 영화"". Naver (dalam bahasa Korea). May 7, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  43. ^ "来OH MY GIRL、日本2ndアルバムのリリース決定&最速CD予約会開催へ". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). March 11, 2018. Dicapai pada October 26, 2019.
  44. ^ "오마이걸, '번지'로 음원차트 강타… "여름요정의 귀환"". Naver (dalam bahasa Korea). August 6, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  45. ^ "[SC현장]"진짜 1위는 누구?"…'퀸덤' 마마무→박봄, 걸그룹 챔피언 가린다(종합)". Naver (dalam bahasa Korea). August 26, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  46. ^ "[종합] '퀸덤' (여자)아이들, 첫 경연서 선배들 꺾고 1위…6위는 러블리즈". Naver (dalam bahasa Korea). September 5, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  47. ^ "오마이걸, '퀸덤' 통해 재해석 '데스티니(나의 지구)' 음원 차트 1위". Naver (dalam bahasa Korea). September 20, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  48. ^ "'퀸덤' 오마이걸, 3차 경연도 1위…6위는 AOA [콕TV]". Naver (dalam bahasa Korea). October 24, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  49. ^ "[투데이IS] '퀸덤' AOA·마마무→오마이걸·아이들, 동시 음원발매". Naver (dalam bahasa Korea). October 25, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
  50. ^ "'퀸덤' 마마무 최종 우승…"무무들 너무 고마워"[종합]". Star Today (dalam bahasa Korea). Dicapai pada November 2, 2019.
  51. ^ "2020年1月8日(水)発売 OH MY GIRL JAPAN 3rd ALBUM 「Eternally」リリース決定!&店舗購入者特典も発表!". Oh My Girl Japan (dalam bahasa Jepun). October 1, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2020. Dicapai pada December 27, 2019.
  52. ^ "「BUNGEE Japanese ver.」配信スタート!". Oh My Girl Japan (dalam bahasa Jepun). October 30, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2019. Dicapai pada December 27, 2019.
  53. ^ "1/8(水)発売 OH MY GIRL JAPAN 3rd ALBUM『Eternally』収録内容決定!ジャケット公開!". Oh My Girl Japan (dalam bahasa Jepun). November 27, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2020. Dicapai pada December 27, 2019.
  54. ^ "JAPAN 3rd ALBUM Eternally - EP". Apple Music (dalam bahasa Inggeris). December 25, 2019. Dicapai pada December 26, 2019.
  55. ^ "OH MY GIRL JAPAN 3rd ALBUM『Eternally』【初回限定盤A】". Oh My Girl Japan Official Site (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2020. Dicapai pada August 1, 2020.
  56. ^ "오마이걸, '컴백 D-10' 베일에 싸인 게임 보드판 공개..본격 카운트다운 돌입[공식]". Naver (dalam bahasa Korea). April 17, 2020. Dicapai pada April 17, 2020.
  57. ^ "오마이걸(OH MY GIRL) 신곡 "살짝 설렜어(Nonstop)" 컴백포인트 세가지". Naver (dalam bahasa Korea). April 27, 2020. Dicapai pada April 27, 2020.
  58. ^ "2020년 18주차 Digital Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 7, 2020.
  59. ^ "2020년 24주차 Digital Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 18, 2020.
  60. ^ "OH MY GIRL LINE MUSIC キャンペーン実施!!". Oh My Girl Japan Official Site (dalam bahasa Jepun). July 27, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2021. Dicapai pada August 1, 2020.
  61. ^ "Nonstop (Japanese Version) - Single". Apple Music (dalam bahasa Inggeris). June 29, 2020. Dicapai pada July 10, 2020.[pautan mati kekal]
  62. ^ "Lemonade - Single". Apple Music (dalam bahasa Inggeris). July 27, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2020. Dicapai pada August 1, 2020.
  63. ^ "Tear Rain". Spotify Music. August 24, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  64. ^ ""멋진 음악인 되겠다" 오마이걸, '2020 소리바다어워즈' 본상 수상". News1 (dalam bahasa Korea). August 14, 2020. Dicapai pada September 15, 2020.
  65. ^ "Oh My Girl and Korean cartoon character Pororo collaborate as 'Po My Girl' for 'SUPADUPA' MV". allkpop. August 16, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  66. ^ "Supadupa". Spotify Music. August 16, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  67. ^ "Barabam". Spotify Music. August 16, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  68. ^ "Listen: Oh My Girl Announces New Single "Rocket Ride" In Collaboration With Keanu Silva And Mougleta + Shares Preview". Soompi. August 22, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  69. ^ "Etoile - Single". Apple Music. October 8, 2020. Dicapai pada October 14, 2020.
  70. ^ "2020年11月25日 OH MY GIRL JAPAN 1st SINGLE『Etoile / Nonstop Japanese ver.』リリース決定!&店舗購入者特典も発表!". Oh My Girl Japan Official Site (dalam bahasa Jepun). September 23, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada October 12, 2020.
  71. ^ "Etoile Korean Version - Single". Apple Music. October 15, 2020. Dicapai pada October 14, 2020.
  72. ^ "오마이걸, 5월 10일 컴백 확정 [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). April 16, 2021. Dicapai pada April 16, 2021.
  73. ^ "'5월10일 컴백' 오마이걸, 타이틀곡 'DUN DUN DANCE' 티저 공개". Naver (dalam bahasa Korea). April 19, 2021. Dicapai pada April 19, 2021.
  74. ^ 2021年9月22日 OH MY GIRL Japan 2nd Single『Dun Dun Dance Japanese ver.』リリース決定! 7月21日から先行音源配信もスタート!. Oh My Girl Japan Official (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2021. Dicapai pada July 14, 2021.
  75. ^ "오마이걸X유니버스, 23일 신곡 'Shark' 발매 확정 '사랑스러운 비주얼'". Naver (dalam bahasa Korea). December 15, 2021. Dicapai pada December 15, 2021.
  76. ^ "오마이걸 비니, 본명 '유빈'으로 활동명 변경..음악+연기 활약 기대[공식]" [OH MY GIRL Binnie, changing her stage name to her real name 'Yubin'... Expected to perform in music + acting [Official]]. Naver (dalam bahasa Korea). January 19, 2022. Dicapai pada January 19, 2022.
  77. ^ 2022年3月30日(水) OH MY GIRL『OH MY GIRL BEST』リリース決定!商品詳細公開!&店舗購入者特典も発表!. Oh My Girl Japan Official (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2022. Dicapai pada February 24, 2022.
  78. ^ "오마이걸, 28일 컴백 확정…3년 만의 정규앨범 '리얼 러브' [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). March 7, 2022. Dicapai pada March 7, 2022.
  79. ^ Kim Soo-young (May 9, 2022). "지호, 오마이걸 떠난다…"전속계약 종료·팀 6인 체제 변경" [공식]" [Jiho is leaving Oh My Girl... "Exclusive contract termination, team 6-member system change" [Official]] (dalam bahasa Korea). Korea Economic Daily. Dicapai pada May 9, 2022 – melalui Naver.
  80. ^ Hwang, Hye-jin (August 4, 2022). "오마이걸, 위버스 합류…글로벌 팬 소통 기대해" [Oh My Girl joins Weverse... Looking forward to global fan communication] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada August 4, 2022 – melalui Naver.
  81. ^ Park, Se-yeon (July 4, 2023). "오마이걸, 24일 컴백 확정…1년 4개월 만" [Oh My Girl confirmed comeback on the 24th... 1 year and 4 months only] (dalam bahasa Korea). Star Today. Dicapai pada July 7, 2023 – melalui Naver.
  82. ^ OH MY GIRL率先見香港Miracle 記者會大叫:我愛你. HK01 (dalam bahasa Cina). May 25, 2018. Dicapai pada February 7, 2019.
  83. ^ OH MY GIRL、日本デビュー記念ライブツアー福岡・大阪・東京の詳細決定!9/22(土)よりFC先行開始. K Style (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada September 18, 2018.
  84. ^ "Oh My Girl - First U.S. Tour".
  85. ^ "Turnê do Oh My Girl abre os shows de kpop no Brasil em 2019". 2018-11-18.
  86. ^ OOH MY GIRL、5月開催の日本ファンミーティングツアーの詳細を発表!. K Style (dalam bahasa Jepun). January 24, 2019. Dicapai pada February 24, 2019.
  87. ^ 오마이걸, 데뷔 1년만 첫 단독콘서트 3분만에 매진 '이례적'. Herald Pop (dalam bahasa Korea). July 23, 2016. Dicapai pada July 21, 2018.
Kembali kehalaman sebelumnya