Omar Sharif (Arab: عمر الشريفcode: ar is deprecated , turut dieja Omar el-Sherief[2][3] dan Omar Cherif,[4] nama lahir: Michel Dimitri Chalhoub/Arab: ميشيل ديمتري شلهوبcode: ar is deprecated 10 April 1932 – 10 Julai 2015) adalah seorang pelakon filem dan televisyen Mesir. Beliau memulakan kerjayanya di negara asalnya pada tahun 1950-an, tetapi namun mula masyur di peringkat antarabangsa melalui penampilannya dalam produksi-produksi British dan Amerika Syarikat termasuk Lawrence of Arabia (1962), Doktor Zhivago (1965), dan Funny Girl (1968).
Setelah beliau menghabiskan pengajiannya dalam bidang matematik dan fizik di Universiti Kaherah, beliau bekerja selama lima tahun dalam bisnes menjual kayu jati milik dari ayahnya, sebelum mempelajari akting di Akademi Seni Drama DirajaLondon.
Sharif tinggal di tempat asalnya Mesir dari lahir pada 1932 sampai beliau berpindah ke Eropa pada 1965.[7] Beliau memeluk agama Islam pada 1955 untuk memudahkan diri berkahwin dengan seorang rakan sekerjanya, Faten Hamama.[8][9]
Kerjaya lakonan
Pada 1953, Sharif memulai karier aktingnya dengan berperan dalam Sira` Fi al-Wadi. Ia dengan cepat mengembangkan kebintangannya, tampil dalam lebih dari 20 film buatan Mesir, termasuk Ayyamna el helwa bersama dengan penyanyi Abdel Halim Hafez, La anam pada 1958, Sayedat el kasr pada 1959 dan film adaptasi dari Anna Karenina yang berjudul Nahr el hub pada 1961. Ia juga membintangi bersama dengan istrinya, aktris Mesir Faten Hamama, dalam beberapa film sebagai pemeran pasangan utama.
Pada beberapa tahun kemudian, Sharif membintangi sebagai seorang perwira militer Jerman dalam The Night of the Generals, sebagai Putera Rudolf dari Austria dalam Mayerling dan sebagai Che Guevara dalam Che!. Sharif juga memerankan Nicky Arnstein, suami Fanny Brice dalam Funny Girl, dan beliau juga memerankan peran mini sebagai gambler Yahudi New York; gandingannya beliau bersama Barbra Streisand yang dilihat pemerintah Mesir sebagai penyokong Israel pernah mendatangkan kemarahan di Mesir. Namun begitu, keadaan ini tidak menghalang Sharif, bahkan beliau memerankan kembali watak ini dalam sekuel dari filem tersebut, Funny Lady pada 1975.
Pada 2003, beliau berperan dalam film berbahasa Perancis adaptasi novel Monsieur Ibrahim et les fleurs du Coran, sebagai seorang pedagang Muslim Turki yang menjadi ayah angkat bagi seorang pemuda Yahudi dijaganya.
Kematian
Omar meninggal dunia akibart komplikasi serangan jantung pada tanggal 10 Julai 2015 di Kaherah ketika berusia 83 tahun.
^ ab"(Title unknown)". The Arab Review (27–30): 56. 1962. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Title unknown" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza