Operasi Tulip Hitam ialah sebuah operasi yang diperlenalkan oleh Menteri Kehakiman Belanda Hans Kolfschoten setelah berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945 untuk mengusir semua orang Jerman dari negeri Belanda. Operasi ini berlangsung dari tahun 1946 hingga 1948 dan secara keseluruhan terdapat 3.691 orang Jerman (15% warga Jerman di Belanda) yang dibawa keluar.
Sejarah
Operasi Tulip Hitam bermula pada 11 September 1946 di Amsterdam. Orang-orang Jerman dijemput di rumah mereka pada tengah malam dan diberi waktu selama satu jam untuk mempersiapkan bagasi mereka dengan capaian maksima sebanyak 50 kg. Mereka juga dibenarkan membawa wang sebanyak 100 gulden. Harta benda mereka yang lain disita oleh negara. Mereka lalu dibawa ke kem konsentrasi berdekatan sempadan Jerman, dan kem yang terbesar ialah kem konsentrasi Mariënbosch berdekatan Nijmegen.[1]
Operasi ini berakhir pada tahun 1948, dan ketika keadaan perang dengan Jerman secara rasmi berakhir pada 26 Julai 1951, orang-orang Jerman tidak lagi dianggap sebagai "musuh negara".
Bogaarts, Melchior D. (1995), "Weg met de moffen", Parlementaire geschiedenis van Nederland na 1945 (dalam bahasa Belanda), D (ed. 2), Nijmegen, ISBN90-71478-37-8.