Alat ini merupakan salah satu alat muzik tertua dalam tradisi muzik Barat. Saiz besar komponen-komponen ia mengharuskan alat dirumahkan dalam binaan lebih besar seperti gereja, dewan konsert dan rumah agam.
Nama alat ini organ menyerap bahasa Yunani Kuno ὄργανον órganon,[1] "alat" (tool),[2] melalui bahasa Latin organum yang mengkhusus kepada sejenis alat dimainkan untuk menghiburkan para hadirin acara sarkas semasa zaman Rom Purba.
Gambaran umum
Prinsip
Ia mempergunakan satu daripada dua cara untuk menghasilkan bunyi yang tetap dan tidak terputus-putus semasa kekunci ditekan, iaitu:
menyalurkan angin ke dalam paip yang diperbuat daripada logam atau kayu; dan/atau
menggunakan pengayun atau bunyi organ tersampel.
Bunyinya yang berlain-lainan dari segi timbre dan kelantangannya dibahagikan menurut tingkat dan dikawal dengan menggunakan penghenti. Papan nadanya tidak berekspresi dan tidak mempengaruhi dinamik. Saiz organ bercanggah dengan ketara daripada seela persegi sehingga lima tingkat tingginya.[3]
Jenis
Organ paip - alat organ menggunakan paip sebagai penghasil bunyi hasil pelepasan udara bertekanan
^Liddell, Henry George & Scott, Robert (1940). Organon. A Greek-English Lexicon. Oxford: Clarendon Press. ISBN0-19-864226-1. Perseus. Retrieved on 2008-02-09.
^Organ Wanamaker dibina dari tingkat kedua hingga tingkat ketujuh.