Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Pacuan rantai

Rantai guling dan gegancu
Lori penghantaran AC Mack yang terlihat pacuan rantainya di Muzium Automotif Petersen

Pacuan rantai ialah satu cara menghantar kuasa mekanik dari satu tempat ke satu tempat. Lazimnya, pacuan rantai digunakan untuk membawa kuasa kepada roda kenderaan, terutamanya basikal dan motosikal. Ia juga digunakan dalam pelbagai jenis jentera selain kenderaan.

Selalunya, kuasa dibawa oleh rantai guling, juga dikenali sebagai rantai pacu atau rantai transmisi,[1] yang menghantar satu gear gegancu, yang mana gigi-gigi gear itu berpanca dengan lubang-lubang dalam pautan rantai. Gear itu diputarkan, dan ini menarik rantai untuk mendorong daya mekanik ke dalam sistem. Satu lagi jenis rantai pacu ialah rantai Morse ciptaan Morse Chain Company di Ithaca, New York, Amerika Syarikat, yang giginya songsang.[2]

Rujukan

Pautan luar


Templat:Gears Templat:Motorcycle components

Kembali kehalaman sebelumnya