Tuanku Panglima Paderap, juga dipanggil Panglima Deli,[1] merupakan pemerintah ketigaKesultanan Deli,[2][3] yang kini menjadi sebahagian daripada provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Baginda menggantikan ayahandanya, Tuanku Panglima Perunggit, yang mangkat sekitar tahun 1700.[2][3] Paderap mempunyai empat orang putera, iaitu Tuanku Jalaluddin (atau Kejuruan Metar), Tuanku Panglima Pasutan (atau Kejuruan Padang), Tuanku Tawar (atau Kejuruan Santun), dan Tuanku Umar (atau Kejuruan Junjongan).[1][3][4]
Pertarungan kuasa berlaku di Deli selepas Paderap meninggal dunia pada tahun 1720.[3][4] Jalaluddin, anak sulung Paderap, tidak dapat menggantikannya kerana kecacatan fizikal.[3] Pasutan lah yang kemudian menjadi pemerintah keempat Deli, manakala adiknya Umar menjadi pemerintah pertama Kesultanan Serdang.[3][5]
Paderap dikebumikan di kawasa Pulau Brayan di bandar Medan.[4]