Kelas Catamarca terdiri daripada dua buah kapal pembinasa yang dibina untuk Tentera Laut Argentina semasa tahun 1910an di Jerman di sebabkan Argentina kekurangan fasiliti industri untuk membinanya. Ia disiapkan pada tahun 1912, kapal sulungnya asalnya ditugaskan sebagai kapal latihan. Catamarca menghabiskan kebanyakan kariernya sebagai sebuah ketua flotilla sementara Jujuy menghabiskan masanya dalam simpanan atau tugasan latihan. Ia kekal berada dalam perkhidmatan sehingga tahun 1947 apabila kapal-kapal ini kemudian diletakkan dalam simpanan. Kapal-kapal dikeluarkan daripada senarai tentera laut pada tahun 1956 dan dijual sebagai skrap pada tahun 1959–1960.
Kapal-kapal
Petikan
- ^ a b c Scheina 1995, p. 402
- ^ Arguindeguy, Tomo V, pp. 2217, 2224
- ^ Arguindeguy, Tomo V, pp. 2223, 2231
Sumber
- Arguindeguy, Pablo E. Apuntes sobre los buques de la Armada Argentina (1810–1970). Comando en Jefe de la Armada, Buenos Aires, 1972. OCLC 5730374 (dalam bahasa Sepanyol)
- Scheina, Robert L. (1985). "Argentina". Dalam Gray, Randal (penyunting). Conway's All the World's Fighting Ships 1906–1921. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. m/s. 400–403. ISBN 0-85177-245-5.