enjin diesel penyejukkan air Komatsu 6-silinder 360 hp
Sistem ampaian
Pacuan beroda 8x8
Jarak operasi
500 kilometer (310 bt)
Kelajuan
100 kilometer per jam (62 mph) (jalan)
Pengangkut anggota berperisai Type 96 (96式装輪装甲車code: ja is deprecated ) adalah sebuah kenderaan tempur berperisai beroda yang dibangunkan oleh Jepun bagi kegunaan Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. Setakat tahun 2009, sebanyak 160 buah kenderaan ini telah memasuki perkhidmatan.
Perincian
Kedudukan pemandu berada di sebelah kanan kenderaan manakala enjin di sebelah kirinya. Kedudukan pemandu dilengkapi dengan tiga periskop, periskop tengah boleh digantikan dengan periskop penglihatan malam pasif. Untuk kegunaan di Iraq, kedudukan ini didapati dipasang dengan himpunan tiga tingkap bagi membolehkan pemandu memandu dengan kepalanya keluar daripada kenderaan bagi mendapatkan kesedaran situasi yang lebih baik, pada masa sama masih dilindungi daripada tembakan senjata api kecil. Di belakang beliau adalah komander/jurumeriam yang berada di dalam kupola yang boleh berpusing 360° dan boleh membawa selaras pelancar bom 40 mm (Type A) atau sepucuk mesingan M-2HB berkaliber .50 (12.7 mm) (Type B). Ruang penumpang mampu memuatkan 8 orang anggota infantri yang boleh menggunakan 2 lubang menembak pada setiap sisi. Bukti-bukti fotografik menunjukan tidak ada sebarang tanda-tanda lubang menembak di tanjakan belakang.