Pengetahuan am (Jawi: ڤڠتاهوان عامcode: ms is deprecated ) ialah maklumat yang telah terkumpul dari masa ke masa melalui pelbagai medium.[1] Ia tidak termasuk pembelajaran khusus yang hanya dapat diperoleh dengan latihan dan maklumat yang luas yang hanya terhad kepada satu medium sahaja. Pengetahuan am merupakan komponen penting dalam kecerdasan berhablur. Ia sangat berkaitan dengan kecerdasan umum dan keterbukaan untuk mengalami.[2]
Kajian mendapati bahawa orang yang berpengetahuan luas dalam domain tertentu lebih cenderung berpengetahuan dalam banyak bidang.[3][4] Pengetahuan am dianggap disokong oleh kemampuan ingatan semantik jangka panjang.[5] Pengetahuan am juga menyokong skema untuk pemahaman teks.[6] Pada tahun 2019, dalam suatu tinjauan yang dilakukan, bahawa komuniti New Zealand memiliki "kebimbangan" tentang pengetahuan umum mereka.[7]
Rujukan
^"GENERAL KNOWLEDGE". Cambridge English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-24.
^T. C. Bates and A. Shieles. (2003). Crystallized Intelligence is a product of Speed and Drive for Experience: The Relationship of Inspection Time and Openness to g and Gc. Intelligence, 31, 275-287