Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Pengiring pembinasa

USS Evarts

Pengiring pembinasa atau "destroyer escort (DE)" adalah satu pengelasan kapal perang berkelajuan 20-knot (37 km/j; 23 bsj) yang diguna pakai oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke-20. Ia dilengkapi dengan ketahanan yang diperlukan untuk mengiringi konvoi kapal-kapal dagang di laut lepas.[1]

Pembangunan pengiring pembinasa telah dipromosikan oleh keperluan Britain semasa Perang Dunia II untuk satu kapal perang anti kapal selam yang boleh beroperasi di laut lepas pada kelajuan sehingga 20 knot. Kapal-kapal "Pengiring Pemusnah British" ini telah direka oleh AS untuk dikeluarkan secara besar-besaran di bawah program Lend Lease di sebabkan ianya merupakan satu alternatif pada kos yang lebih murah berbanding dengan armada kapal pembinasa.[2]

Pasukan tentera laut Royal Navy dan Komanwel mengelaskan kapal-kapal sebagai frigat dan pengelasannya diterima pakai secara meluas apabila Amerika Syarikat mengelas semula pengiring pembinasa sebagai sebuah frigat (FF) pada tahun 1975. Bermula sekitar tahun 1954 sehingga tahun 1975, kapal-kapal Tentera Laut AS yang baharu dibina dan didesignasi sebagai pengiring pembinasa (DE) dikenali sebagai pengiring lautan. Jenis-jenis kapal perang serupa di dalam armada tentera laut lain pada masa itu termasuk 46 buah kapal Kaibōkan berkuasa diesel milik Tentera Laut Imperial Jepun,[3] 10 buah kapal pengiring kelas F dalam Kriegsmarine, dan dua buah kapal kelas Amiral Murgescu dalam Tentera Laut Romania.

Selepas perang, kapal-kapal pengiring pembinasa dan frigat mempunyai saiz lebih besar berbanding kapal-kapal yang dibina pada era perang, dengan keupayaan anti pesawat yang dipertingkatkan, tetapi bersaiz lebih kecil dan perlahan berbanding kapal pembinasa selepas era perang.[4] Semasa Perang Dingin, saiz kapal pengiring pembinasa sebesar saiz pembinasa semasa era perang, di mana Amerika Syarikat telah mengubahsuai beberapa pembinasa pada Perang Dunia II menjadi pembinasa pengiring (DDE).[5]

Pengiring pembinasa yang masih wujud

Empat buah pengiring pembinasa dipulihara sebagai kapal muzium, sementara yang lain masih berada dalam perkhidmatan aktif.

Lihat juga

Nota dan rujukan

Rencana ini merangkumi teks domain awam, Dictionary of American Naval Fighting Ships.

Nota kaki

Nota sumber

  1. ^ Blackman, pp. 393 & 394
  2. ^ Potter & Nimitz, p. 550
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama wat
  4. ^ Cooney, pp. 6 & 7
  5. ^ NAVPERS, pp. 32 & 35

Bibliografi

  • Blackman, Raymond V.B. (1970–71). Jane's Fighting Ships. Jane's Yearbooks.
  • Collingwood, Donald (1998). The Captain class frigates in the second world war: an operational history of the American-built destroyer escorts serving under the White Ensign from 1943–46. Leo Cooper. ISBN 978-0-85052-615-8. Dicapai pada 24 May 2012.
  • Cooney, David M. (1980). Ships, Aircraft and Weapons of the United States Navy. United States Government Printing Office.
  • Franklin, Bruce Hampton (1999). The Buckley-Class Destroyer Escorts. Chatham Publishing. ISBN 1-86176-118-X.
  • Friedman, Norman (1987). U.S. Small Combatants: An Illustrated Design History. Annapolis, Maryland: United States Naval Institute. ISBN 978-0870217135.

Sumber online

Bacaan lanjut

  • On the subject of a particular example of this type of ship in World War II, the USS Abercrombie (DE-343), see Little Ship, Big War: The Saga of DE-343 by Edward Peary Stafford. Naval Institute Press (2000) ISBN 1-55750-890-9
  • On the subject of the Captain-class frigate variant of the destroyer escort in World War II, see The Captain Class Frigates in the Second World War by Donald Collingwood. published by Leo Cooper (1998), ISBN 0-85052-615-9

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya