Penswastaan atau privatisasi difahamkan sebagai suatu langkah penyerahan sesebuah perniagaan yang diusahakan badan-badan dalam sesebuah pemerintah negara kepada pihak luar sama ada melalui pembelian saham belum lunas sesebuah syarikat awam oleh pelabur persendirian ataupun penjualan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan kepada pelabur tersebut. Pelaksanaan ini sering dikaitkan dengan pengendalian syarikat atau perusahaan berorientasi perkhidmatan atau industri seperti pertambangan, manufaktur atau penghasilan tenaga, tapi ia dapat juga diterapkan pada apa sahaja aset lainny seperti tanah, jalan mahupun air.
Penswastaan boleh juga merujuk kepada penyumberluaran perkhidmatan awam kepada syarikat persendirian termasuk pengutipan cukai, penguatkuasaan undang-undang serta pengurusan banduan penjara.[1]
Secara teorinya, privatisasi membantu terbentuknya pasar bebas, mengembangnya persaingan kapitalistik, di mana para pendukungnya dianggap akan memberikan harga yang lebih kompetitif kepada publik. Sebaliknya, para sosialis menganggap langkah sebegini sebagai hal yang negatif karena penyerahan tugas umum kepada sektor persendirian akan menghilangkan kuasa umum serta mengakibatkan merudumnya layanan yang diberikan akibat penghematan kos yang dilakukan demi mendapatkan keuntungan yang lebih.
Jenis
Penswastaan ini datang dalam lima jenis:
- Penswastaan keluar syer (share issue privatization): penjualan syer dalam pasaran saham.
- Penswastaan jualan aset (asset sale privatization): penyahlaburan aset kepada pemegang saham yang strategik, biasanya melalui lelongan mahupun model Treuhand.
- Penswastaan baucer (voucher privatization): Pengagihan baucer yang mewakili pemilikan separa sesebuah perbadanan kepada orang ramai pada harga yang sangat rendah.
- "Penswastaan dari bawah" (Privatization from below): Suatu penswastaan yang khusus melalui pengwujudan syarikat swasta yang baru di negara bekas sosialis.
- Beli habis pengurusan / pekerja (management / employee buyout): Pengagihan saham secara percuma atau pada harga yang sangat rendah kepada para pekerja atau pengurusan sesebuah syarikat.
Nota
- ^ Chowdhury, F. L. (2006). Corrupt Bureaucracy and Privatisation of Tax Enforcement. Dhaka: Pathak Samabesh.