Pentana ialah satu sebatian organik dengan formula C5H12 — yang merupakan satu alkana dengan lima atom karbon. Istilah ini boleh merujuk mana-mana isomer struktur, atau campuran daripadanya: dalam tatanama IUPAC, walau bagaimanapun, pentana secara eksklusif merujuk isomer n-pentana; yang lagi dua dipanggil isopentana (metilbutana) dan neopentana (dimetilpropana). Siklopentana bukan isomer bagi pentana.
Pentana merupakan komponen bagi sesetengah bahan bakar dan digunakan sebagai pelarut istimewa di dalam makmal. Sifatnya adalah sangat serupa dengan yang bagi butana dan heksana.