Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Perangkaan

Perangkaan atau statistik adalah kajian pengumpulan, pengurusan, analisis, tafsiran, dan pembentangan data. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.

Asal bidang statistik

Perkataan statistik berasal dari perkataan Latin moden frasa statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), yang mana perkataan bahasa Itali perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik".

Statistik dalam Hipotesis Sains

Statistik memainkan peranan penting dalam membuktikan sama ada sesuatu hipotesis itu diterima atau ditolak. Untuk membuktikan sesuatu hipotesis, satu hipotesis palsu akan dibuat yang kebiasaanya berlawanan dengan hipotesis asal. Kemudian satu siri ujian statistik akan dijalankan seperti ANOVA, T-test, Spearman dan lain-lain yang berkaitan untuk mendapatkan 'nilai-p'. Sekiranya nilai-p melebihi 0.05 (atau 0.01) maka hipotesis palsu ditolak membuktikan hipotesis asal betul dan terima. Begitu juga sebaliknya.

Rujukan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya