Perikatan Flemish Baru (Bahasa Belanda: Nieuw-Vlaamse Alliantie; N-VA) adalah sebuah parti politik nasionalis[4] dan konservatif Flemish[5][6][7] yang ditubuhkan pada 2001 di Belgium. Sehingga akhir 2014, ia mempunyai keahlian seramai 41 ribu orang.[8] N-VA adalah satu pergerakan kedaerahan[9][10] dan pemisah[11][12][13][14] yang mempromosikan nasionalisme sivik dan merupakan sebahagian daripada Pergerakan Flemish.
Sejak beberapa tahun belakangan ini, N-VA menjadi parti politik terbesar di Flanders dan Belgium. Ia juga mempunyai empat kerusi dalam Parlimen Eropah dan tiga kerusi di Parlimen Kawasan Ibu Negara Brussel.
Rujukan
Pautan luar