Phasianinae merupakan istilah yang memaksudkan ahli-ahli subfamiliPhasianidae dalam orderGalliformes. Kebanyakan ahli subfamili ini digelar burung kuang dalam bahasa Melayu.
Spesies-spesies Phasianinae bercirikan dimorfisme seks yang ketara, yang mana burung jantan memperlihatkan bulu berwarna-warni dengan dihiasi pial dan ekor panjang. Burung kuang jantan lebih besar tubuhnya dan lebih panjang ekornya daripada yang betina, tetapi burung jantan ini tidak aktif menjaga anaknya. Burung kuang biasanya memakan biji-bijian dan serangga.
Terdapat 35 spesies Phasianinae dalam 11 genus, yang paling terkenal ialah Burung Kuang Biasa yang dijumpai di merata dunia kesan penternakan dan pemasukan ke alam liar melalui perdagangan antarabangsa. Pelbagai spesies burung kuang yang lain juga terdapat dalam lau burung, seperti Kuang-Keledar Emas (Chrysolophus pictus).
Burung kuang menjadi haiwan buruan rekreasi dan sumber makanan, tetapi juga bernilai kerana paras rupanya yang menarik.
Senarai spesies
Senarai berikut disusun secara taksonomi untuk menunjukkan unjuran hubungan antara spesies.
Beebe, William. 1918-22. A Monograph of the Pheasants. 1st edition in 4 volumes: H. F. Witherby, London. Reprint: 1990, Dover Publications.(4 volumes bound as 2). ISBN 0-486-26579-X and ISBN 0-486-26580-3. Republished as: Pheasants: Their Lives and Homes. 2 vols. 1926. Single volume edition: New York Zoological Society, 1936.)