Piala Sumbangsih atau juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai dalam musim Liga Malaysia.[1][2] Perlawanan ini pertama kali diperkenalkan dalam Liga Malaysia pada musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984. Juara Piala Malaysia 1984, Selangor akan menentang Pahang, naib juara Liga 1984 (Selangor juga di waktu itu merupakan juara Liga 1984). Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia. Format telah ditukar pada musim 1993, dimana juara Piala Malaysia akan merebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang Piala Malaysia juga adalah juara FA).
Bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar. Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.[3][4]
Trofi
Senarai Juara
Pasukan Terbaik
Lihat juga
Rujukan