Perubahan iklim muncul sebagai isu politik bagi kali pertama pada 1970-an. Usaha-usaha untuk mengurangkan perubahan iklim menjadi sebahagian terutama daripada agenda politik antarabangsa sejak 1990-an, dan juga semakin penting di peringkat nasional dan tempatan. Perubahan iklim merupakan masalah global yang kompleks. Pelepasan gas rumah hijau (GHG) menyumbang kepada pemanasan global, walaupun pelepasan tersebut mungkin bersifat tempatan. Namun begitu, kesan pemanasan global tidak sama rata, dan bergantung kepada kedudukan atau status pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kesan perubahan iklim dikatakan negatif secara keseluruhan, malah akan bertambah buruk dengan pemanasan meningkat. Wujud juga perbezaan ketara antara negara bagi manfaat yang mampu diperoleh daripada sumber tenaga bahan api fosil dan sumber tenaga boleh diperbaharui.
Perbezaan pandangan terhadap tanggungjawab, faedah dan ancaman berkaitan dengan perubahan iklim yang dihadapi oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyumbang kepada bermulanya persidangan perubahan iklim sedunia. Namun begitu, persidangan terawal tidak berhasil selain daripada penyataan hasrat am untuk menangani masalah perubahan iklim serta perjanjian tidak mengikat daripada negara maju untuk mengurangkan pelepasan mereka. Pada abad ke-21, perhatian terhadap mekanisme seperti kewangan iklim telah meningkat supaya negara yang terdedah kepada kesan-kesan perubahan iklim mampu mengadaptasi terhadap masalah tersebut. Sesetengah negara dan bidang kuasa tempatan telah menerima dan mengguna pakai dasar mesra iklim yang melampaui komitmen di peringkat antarabangsa. Namun begitu, pengurangan pelepasan GHG yang dicapai oleh dasar mesra iklim di peringkat tempatan tidak mampu memperlahankan pemanasan global melainkan jumlah keseluruhan pelepasan GHG sejagat menurun.
Menjelang 2020-an, penggantian bahan api fosil sebagai sumbar tenaga dengan sumber tenaga boleh diperbaharui telah menjadi jauh lebih mudah. Kini, terdapat beberapa buah negara yang menjana hampir semua tenaga elektrik mereka daripada tenaga boleh diperbaharui. Kesedaran awam terhadam ancaman akibat perubahan iklim telah meningkat, sebahagian besarnya disebabkan oleh pergerakan sosial yang dipimpin oleh belia dan keterlihatan kesan perubahan iklim, seperti kejadian cuaca ekstrem dan banjir yang disebabkan oleh kenaikan paras laut. Pelbagai tinjauan menunjukkan bahawa semakin banyak pemilih yang mendukung perubahan iklim sebagai keutamaan politik, dan memudahkan ahli politik untuk mengambil kisah terhadap dasar tindakan iklim. Pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi membawa kepada seruan meluas untuk mewujudkan suatu "pemulihan hijau ". Beberapa konteks politik seperti Kesatuan Eropah telah berjaya memasukkan tindakan iklim ke dalam perubahan dasar mereka. Penafian perubahan iklim secara terang-terangan semakin kurang berpengaruh sejak 2019, sejakmana pembangkang telah beralih strategi kepada melengahan atau tidak mengambil tindakan terhadap perubahan iklim.
Perbahasan dasar
Perbahasan dasar politik mengenai perubahan iklim adalah mengenai tindakan yang perlu atau boleh diambil untuk menangani isu tersebut. [1] Politik perubahan iklim bertunjangkan pelbagai hujah berbeza termasuk penilaian tentang dekatnya ancaman serta kebolehlaksanaan, kebaikan dan keburukan pelbagai jenis tindakan iklim. Secara amnya, perbezaan pendapat dalam perbahasan dasar perubahan iklim berkaitan dengan tindak balas mampu diambil. [1]
Kenyataan yang membentuk hujah politik boleh dibahagikan kepada dua jenis: pernyataan positif dan normatif. Pernyataan positif boleh dijelaskan atau disangkal dengan menggunakan istilah yang didefinisikan secara teliti mahupun dengan mengemukakan bukti saintifik. Sebaliknya, kenyataan normatif menjelaskan apa yang "sepatutnya" dilakukan sering dikaitkan dengan soal pertimbangan dan hujah moraliti. Kemajuan terhadap persefahaman menjadi lebih mudah sekiranya hujah positif dan normatif hujah dapat dipisahkan demi mencapai persetujuan terhadap pernyataan positif terlebih dahulu. Pada peringkat awal perbahasan, pandangan normatif pendebat terpengaruh oleh persepsi mereka terhadap kepentingan golongan yang mereka wakili. Dalam mencapai kemajuan yang luar biasa pada persidangan Paris 2015, para diplomat termasuk Christiana Figueres menyatakan bahawa pelakon utama dalam konteks antarabangsa dapat melangkaui permikiran yang berlandaskan kepentingan yang saling bersaing kepada kenyataan normatif yang mencerminkan kepentingan bersama yang berlandaskan kerjasama sejagat. [2][note 1]
Kebanyakan perselisihan pendapat di peringkat antarabangsa dalam abad ke-20 mengenai perubahan iklim tertumpu hampir sepenuhnya pada kaedah mitigasi sehingga lahirnya pendapat bahawa memberi perhatian kepada penyesuaian boleh disamakan dengan mengaku kalah. Selain itu, penyesuaian merupakan sesuatu yang dilaksanakan amnya di peringkat tempatan kerana ancaman dan peluang yang dihadapi berbeza mengikut kedudukan dan status pembangunan manakala manakala mitigasi adalah suatu perjuangan bersama tanpa mengira kedudukan mahupun kekayaan negara.
Menjelang awal abad ke-21, walau mitigasi dilihat sebagai sebahagian daripada strategi menangani perubahan iklim, ia tidak lagi dijadikan satu-satunya tumpuan kerjasama antarabangsa. Penyesuaian kini dilihat secara meluas dianggap sebagai penting dan perlu, maka dibincangkan di peringkat antarabangsa pada tahap tinggi, walaupun kebanyakan tindakan khusus perlu diambil secara tempatan. Komitmen untuk menyediakan bantuan kewangan bernilai AS$100 billion setahun kepada negara membangun telah dibuat pada Sidang Kemuncak Copenhagen 2009. Antara perkara yang telah dijelaskan di Persidangan Paris ialah bahawa peruntukan pembiayaan iklim harus melibatkan pemisahan seimbang antara penyesuaian dan mitigasi. Namun begitu, tidak semua pembiayaan telah disediakan menjelang Disember 2020, dan peruntukan tersedia telah diperuntukkan kepada projek mitigasi. [4][5] Menjelang 2019, kemungkinan untuk kejuruteraan bumi juga semakin menjadi tema perbincangan dan dijangka akan lebih diutamakan pada masa akan datang. [3][6]
Perbincangan mengenai dasar mitigasi yang berkesan mengambil bentuk yang berbeza berdasarkan skala tadbir urus yang dipertimbangan. Sebagai contoh, pertimbangan berbeza menjadi topik perbincangan pada peringkat antarabangsa, peringkat kebangsaan dan peringkat daerah. Keyakinan bahawa masalah itu dapat ditangani dengan berjaya wujud pada 1990-an apabila perubahan iklim mula mengambil tempat utama dalam agenda politik. Penandatanganan Protokol Montreal 1987 untuk melindungi lapisan ozon telah menunjukkan bahawa tindakan secara kolektif mampu diambil dalam menangani ancaman yang lahir akibat perubahan iklim, ancaman tersebut belum menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada manusia pada ketika itu. Namun pada awal 2000-an, pelepasan GHG terus meningkat, tanpa tanda persetujuan untuk menghukum pencemar mahupun untuk memberi ganjaran kepada negara-negara yang melaksanakan dasar mesra iklim. Dengan itu, cabaran mengehadkan pemanasan global menjadi lebih ketara global. [note 2][3][7] Sesetengah ahli politik, termasuk Arnold Schwarzenegger dengan slogannya "terminasikan pencemaran", mengatakan bahawa aktivis harus mencipta keyakinan dengan memberi tumpuan kepada manfaat kesihatan bersama sebagai manfaat tindakan iklim. [8]
Perubahan iklim menjadi agenda politik global tetap pada awal 1990-an, dengan persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan setiap tahun. Acara tahunan ini juga dipanggil Persidangan Para Pihak (COP). Antara mercu COP utama ialah Protokol Kyoto 1997, Sidang Kemuncak Copenhagen 2009 dan persidangan Paris 2015. Kyoto dianggap berpotensi tinggi pada mulanya. Namun, keputusannya kelihatan mengecewakan menjelang awal 2000-an. Copenhagen menyaksikan percubaan besar untuk bergerak melangkaui Kyoto dengan pakej komitmen yang lebih kukuh, tetapi gagal diimplementasikan. Walau Pernjajian Paris dianggap secara meluas sebagai dasar yang berjaya, keberkesanannya untuk mengurangkan pemanasan global pada jangka panjang masih belum ketara. [3]
Pada peringkat antarabangsa, terdapat tiga pendekatan luas untuk pengurangan pelepasan yang negara boleh cuba untuk berunding, iaitu:
Mewujudkan proses sukarela untuk menggalakkan pengurangan pelepasan karbon, termasuk perkongsian maklumat demi membolehkan semakan kemajuan secara berpusat.
Pendekatan-pendekatan ini saling melengkapi, walaupun persidangan iklim sering diberikan kepada pendekatan pengurangan pelepasan. Sehingga kira-kira 2010, rundingan antarabangsa tertumpu sebahagian besarnya pada sasaran pelepasan. Kejayaan perjanjian Montreal dalam mengurangkan pelepasan CFC yang merosakkan lapisan ozon mencadangkan bahawa sasaran boleh menjadi berkesan. Namun dalam kes pengurangan gas rumah hijau, sasaran pengurangan tidak berjaya membawa kepada pengurangan besar dalam pelepasan karbon. Sasaran yang bercita-cita tinggi lazimnya tidak tercapai. Usaha untuk mengenakan hukuman berat yang menginsentifkan usaha lebih gigih demi mencapai sasaran pengurangan pelepasan lazimnya disekat oleh kerajaan-kerajaan yang berpengaruh dan bergantung kuat kepada industri intensif karbon. [9]
Pada abad ke-21, persetujuan meluas telah dicapai bahawa penetapan harga karbon adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan pelepasan, sekurang-kurangnya secara teori. [10] Namun, negara-negara enggan menerima pakai harga karbon sama sekali, lebih-lebih lagi menerima harga karbon yang tinggi. Salah satu sebab utama keengganan ini ialah masalah kebocoran karbon – fenomena di mana aktiviti menghasilkan pelepasan GHG dialihkan keluar dari bidang kuasa yang mengenakan harga karbon sekaligus mengurangkan peluang pekerjaan dan kutipan hasil tanpa membawa mana-mana faedah, kerana pelepasan akan dialih keluar ke tempat lain yang tidak mengenakan harga karbon. Namun begitu, peratusan pelepasan dunia yang dikenakan sebahagian daripada pasaran karbon meningkat daripada 5% pada tahun 2005 kepada 15% menjelang 2019, dan dijangka melebihi 40% sebaik sahaja harga karbon China berkuat kuasa sepenuhnya. Kebanyakan rejim harga karbon yang sedia ada telah dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah, negara-negara dan bidang kuasa subnasional yang bertindak secara berautonomi. [11]
Sistem ikrar dan semakan yang secara sukarela di mana negara membuat rancangan untuk pengurangan pelepasan telah diperkenalkan pada tahun 1991, tetapi ditinggalkan sebelum selesainya perjanjian Kyoto 1997 di mana perhatian ditumpukan kepada mendapatkan persetujuan untuk menetapkan sasaran pelepasan dari "atas-ke-bawah". Pendekatan ini telah dihidupkan semula di Copenhagen, dan semakin terkenal dengan Perjanjian Paris 2015, walaupun ikrar kini dipanggil sumbangan yang ditentukan secara nasional (NDC) yang sepatutnya dipertingkatkan setiap 5 tahun. Keberkesanan pendekatan ini masih belum ketara. [12] Sesetengah negara telah menaikkan NDC mereka pada tahun 2021, sekitar persidangan Glasgow . Peraturan perakaunan untuk perdagangan karbon telah dipersetujui pada mesyuarat COP Glasgow 2021. [13]
Serantau, Kebangsaan dan Subnasional
Dasar untuk mengurangkan pelepasan GHG ditetapkan sama ada di peringkat kebangsaan atau subnasional, atau di peringkat serantau dalam kes Kesatuan Eropah. Kebanyakan dasar pengurangan pelepasan yang telah dilaksanakan telah melebihi apa yang telah ditetapkan oleh perjanjian antarabangsa. Sebagai contoh, pengenalan harga karbon oleh beberapa buah negeri di AS, atau pencapaian Costa Rica dalam menjana 99% daripada kuasa elektrik mereka melalui tenaga boleh diperbaharui menjelang 2010-an.
Keputusan untuk mengurangkan pelepasan atau mengguna teknologi bersih tidak dibuat oleh kerajaan, sebaliknya dibuah oleh individu, para peniaga dan organisasi-organisasi lain. Namun begitu, kerajaan negara dan tempatan yang menetapkan dasar untuk menggalakkan aktiviti mesra iklim. Secara umumnya dasar ini boleh dibahagikan kepada empat jenis:
Pelaksanaan mekanisme harga karbon dan insentif kewangan lain;
Peraturan preskriptif, contohnya mewajibkan peratusan tertentu penjanaan elektrik mestilah daripada tenaga boleh diperbaharui;
Perbelanjaan kerajaan secara langsung untuk aktiviti atau penyelidikan mesra iklim;
Pendekatan berasaskan perkongsian maklumat, pendidikan dan menggalakkan tingkah laku mesra iklim sukarela. [3]
Politik iklim tempatan kerap dikaitkan dengan pencemaran udara, contohnya mewujudkan zon pelepasan rendah di bandar yang dapat mengurangkan pelepasan karbon daripada pengangkutan jalan raya. [14]
Pelakon bukan kerajaan
Individu, perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat mempengaruh politik perubahan iklim secara langsung dan tidak langsung. Mekanisme proses tersebut termasuk retorik individu, pernyataan pendapat agregat melalui tinjauan pendapat, dan bantahan besar-besaran. Dari segi sejarah, sebahagian besar protes ini telah menentang dasar mesra iklim. Sejak protes bahan api UK 2000, terdapat berpuluh-puluh bantahan di seluruh dunia terhadap cukai bahan api atau penamatan subsidi bahan api. Sejak 2019 dan kemunculan mogok sekolah dan Pemberontakan Kepupusan, mogok pro-iklim telah menjadi lebih menonjol. Pembiayaan atau mengusahakan teknologi hijau, dan pergerakan pelupusan bahan api fosil termasuk bawah saluran tidak langsung untuk mempengaruhi politik perubahan iklim bagi pelakon berkecuali. [3]
Kepentingan khas dan lobi oleh pelakon bukan negara
Terdapat pelbagai kumpulan, organisasi dan syarikat berkepentingan khas yang mempunyai pendapat awam dan kendiri mengenai topik pemanasan global. Pelakon berkepentingan khas yang telah menunjukkan minat dalam politik pemanasan global termasuk:
Syarikat bahan api fosil: Syarikat bahan api fosil tradisional akan dirugikan oleh peraturan pemanasan global yang lebih ketat, meskipun terdapatnya beberapa pengecualian. Perusahaan bahan api fosil yang terlibat dalam perdagangan tenaga mungkin bermakna bahawa penyertaan mereka dalam skim perdagangan dan mekanisme sedemikian mampu memberi mereka kelebihan unik, sehingga tidak jelas sama ada setiap syarikat bahan api fosil tradisional akan sentiasa menentang dasar pemanasan global yang lebih ketat. [15] Sebagai contoh, Enron, sebuah syarikat saluran paip gas tradisional dengan meja perdagangan yang besar telah melobi kerajaan Amerika Syarikat untuk mengawal CO2: mereka berpendapat bahawa mereka akan menguasai industri tenaga jika mereka boleh menjadi pusat perdagangan tenaga. [16][17][18]
Institusi Kewangan : Secara amnya, institusi kewangan menyokong dasar menentang pemanasan global, terutamanya pelaksanaan skim perdagangan karbon dan penciptaan mekanisme pasaran karbon. Pasaran baharu ini memerlukan infrastruktur perdagangan, yang boleh disediakan oleh institusi perbankan. Institusi kewangan juga mampu untuk melabur, berdagang dan membangunkan pelbagai instrumen kewangan yang boleh meraih keuntungan melalui kedudukan spekulatif mengenai harga karbon dan penggunaan pembrokeran dan fungsi kewangan lain seperti instrumen insurans dan derivatif. [22]
Kumpulan alam sekitar: Kumpulan advokasi alam sekitar umumnya mengutamakan sekatan ketat terhadap pelepasan CO2. Kumpulan alam sekitar, sebagai aktivis, terlibat dalam meningkatkan kesedaran. [23]
Syarikat tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga: syarikat dalam kecekapan angin, suria dan tenaga secara amnya menyokong dasar pemanasan global yang lebih ketat. Mereka menjangka bahagian pasaran tenaga mereka akan berkembang apabila bahan api fosil dibuat lebih mahal melalui skim perdagangan atau cukai. [24]
Syarikat kuasa nuklear : menyokong dan mendapat manfaat daripada penetapan harga karbon atau subsidi pengeluaran tenaga karbon rendah, kerana kuasa nuklear menghasilkan pelepasan gas rumah hijau yang minimum. [25]
Syarikat pengedaran elektrik: mungkin rugi dengan panel solar tetapi mendapat manfaat daripada kenderaan elektrik. [26]
Peruncit dan pemasar tradisional: peruncit tradisional, pemasar dan syarikat am bertindak balas dengan menerima pakai dasar yang sesuai dengan pelanggan mereka. Jika "bersikap hijau" memberikan daya tarikan pelanggan, maka mereka mampu menjalankan program sederhana untuk menggembirakan dan menyelaraskan kepentingan mereka dengan pengguna dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, memandangkan perbadanan am tidak membuat keuntungan daripada kedudukan tertentu mereka, kemungkinan peruncit menjadi pelobi kuat sama ada untuk atau menentang pengetatan dasar pemanasan global amat rendah. [27]
Pakar perubatan: sering berhujah bahawa perubahan iklim dan pencemaran udara boleh ditangani bersama lalu menyelamatkan berjuta-juta nyawa. [28]
Syarikat teknologi maklumat dan komunikasi: dapat menmasarkan produk mereka sebagai membantu dalam memerangi perubahan iklim, cenderung mendapat manfaat daripada pengurangan dalam perjalanan, dan pembelian elektrik hijau. [29]
Pihak berkepentingan yang pelbagai ini kadangkala menyelaraskan penerangan antara satu sama lain untuk mengukuhkan hujah mereka. Contohnya, syarikat elektrik membiayai pembelian bas sekolah elektrik untuk memberi manfaat kepada bidang perubatan dengan mengurangkan beban perkhidmatan kesihatan dan menjual tenaga elektrik pada masa yang sama. Industri juga membiayai pertubuhan bukan untung khusus untuk meningkatkan kesedaran dan melobi untuk kepentingan mereka. [30][31]
Tindakan bersama
Politik iklim semasa dipengaruhi oleh beberapa gerakan sosial dan politik yang berpaksikan kehendak politik untuk tindakan iklim. Ini termasuk gerakan keadilan iklim, pergerakan iklim belia dan gerakan untuk penyahlaburan daripada industri bahan api fosil.
Gerakan penyahlaburan
Pergerakan belia
Tinjauan semasa
Percubaan setakat ini untuk mencapai persetujuan politik terhadap dasar mengehadkan pemanasan global telah gagal secara amnya. Pengulas yakin bahawa tahun 2020-an mungkin lebih berjaya ikutan perkembangan politik dan peluang terkini. Namun, pengulas lain mengeluarkan amaran bahawa masa untuk bertindak semakin singkat untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 °C, malah peluang untuk mengekalkan pemanasan global di bawah 2 °C juga terhad. [3][32][33][34]
Peluang-Peluang
Pada penghujung 2010-an, pelbagai perkembangan yang kondusif bagi politik mesra iklim membangkitkan optimisme dalam kalangan para pengulas bahawa kemajuan terhadap menangani ancaman pemanasan sejagat dapat dilihat pada 2020-an. [3][32][33]
Titik perubahan dalam pendapat umum
Tahun 2019 telah disifatkan sebagai "tahun bilamana dunia cakna terhadap perubahan iklim", didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan pengiktirafan terhadap ancaman pemanasan global akibat peristiwa cuaca ekstrem baru-baru ini, kesan Greta dan laporan IPPC 1.5 °C. [36][37]
Pada 2019, setiausaha agung OPEC mengiktiraf gerakan mogok sekolah sebagai ancaman terbesar yang dihadapi oleh industri bahan api fosil. Menurut Christiana Figueres, apabila kira-kira 3.5% daripada populasi mula mengambil bahagian dalam protes tanpa kekerasan, mereka akan berjaya mencetuskan perubahan politik. Dengan kejayaan gerakan Fridays for Future oleh Greta Thunberg, ambang ini mungkin boleh diperolehi. [38]
Kajian tinjauan 2023 yang diterbitkan dalam One Earth menyatakan kebanyakan orang berpendapat bahawa perubahan iklim sedang berlaku atau akan berlaku dalam masa terdekat. [39] Kajian ini menyimpulkan bahawa penanggapan perubahan iklim sesuatu yang lebih jauh tidak semestinya tindakan iklim yang kurang dan pengurangan jarak psikologi tidak meningkatkan tindakan iklim secara konsisten. [39]
Tenaga boleh diperbaharui adalah sumber tenaga yang tidak akan habis dan dapat diperbarui secara semula jadi. Sumber tenaga boleh diperbaharui utama ialah angin, tenaga hidro, solar, geoterma, dan biojisim. Pada tahun 2020, 29% tenaga elektrik dunia dijana dengan menggunakan sumber boleh diperbaharui. [45]
Susulan Perjanjian Paris, 168 negara telah menerima pakai sasaran tenaga boleh diperbaharui negara dan 115 daerah juga membuat sasaran tenaga boleh diperbaharui. Terdapat pelbagai usaha yang digunakan oleh negara-negara ini untuk mencapai sasaran tersebut, termasuk pelaburan tenaga boleh diperbaharui. Sebanyak 102 negara telah melaksanakan kredit cukai, 101 negara telah melaksanakan program pelaburan awam dan 100 negara sedang menggunakan pengurangan cukai bagi membantu dalam pencapaian sasaran tersebut. Pemancar CO terbesar merupakan negara-negara perindustrian seperti Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan India. Negara-negara ini tidak melaksanakan dasar perindustrian yang mencukupi (188) berbanding dengan dasar penempatan (lebih daripada 1,000). Jelas sekali bahawa dasar ini perlu diwujudkan dengan cara yang saling membina supaya dapat meningkatkan keberkesanan. [46]
Pada November 2021, Persidangan Para Pihak (COP26) ke-26 telah berlangsung di Glasgow, Scotland. Hampir 200 buah negara telah bersetuju untuk mempercepatkan perjuangan menentang perubahan iklim dan menekankan komitmen kepada janji iklim yang lebih berkesan. Pembaharuan mengenai pencemaran gas metana, penebangan hutan dan pembiayaan arang batu termasuk antara ikrar baharu yang dibuat. AS dan China (dua pemancar karbon terbesar) juga bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha untuk mencegah pemanasan global daripada melepasi 1.5 darjah Celsius. [47] Sesetengah saintis, ahli politik dan aktivis berhujah bahawa masih banyak yang belum dilakukan pada sidang kemuncak ini dan kami masih akan mencapai titik puncak 1.5 darjah itu. Laporan Bebas oleh Climate Action Tracker berkata komitmen itu adalah "layanan bibir" dan "kami akan mengeluarkan kira-kira dua kali lebih banyak pada 2030 berbanding apa yang diperlukan untuk kekal bawah 1.5 darjah." [48]
Paket pemulihan hijau adalah usulan reformasi lingkungan, peraturan, dan fiskal untuk membangunkan kemakmuran setelah krisis ekonomi, contohnya pandemik COVID-19 atau Krisis Kewangan Global. Paket-paket tersebut berkaitan dengan langkah-langkah fiskal yang bertujuan untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi sambil memberikan manfaat bagi alam sekitar. Antara dasar pemulihan hijau ialah tenaga boleh diperbaharui, penggunaan energi yang cekap, penyelesaian berasaskan alam semula jadi, pengangkutan mampan, inovasi hijau, dan pekerjaan hijau.
Untuk pemulihan hijau dalam menangani pandemik COVID-19, sokongan daripada pelbagai parti politik, kerajaan, aktivis, dan akademia di seluruh Kesatuan Eropah, UK, AS, dan negara-negara lain. Mengikuti langkah-langkah serupa dalam menangani Krisis Kewangan Global, sebahagian penting paket tersebut adalah memastikan bahawa tindakan untuk memerangi kemerosotan ekonomi juga memerangi perubahan iklim, termasuk pengurangan penggunaan batu arang, bahan bakar fosil, pengangkutan bersih, energi boleh perbaharui, bangunan mesra alam, dan amalan korporat dan kewangan yang mampan. Inisiatif-inisiatif ini disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Beberapa inisiatif global telah menyediakan penjejakan langsung terhadap tindak balas fiskal kebangsaan, termasuk [Global Recovery Observatory] (dari Universiti Oxford), PBB, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Penjejak Dasar Tenaga, dan Penjejak Pemulihan Hijau OECD. [Global Recovery Observatory] merangkumi ~8.000 dasar dalam 88 buah negara manakala Energy Policy Tracker menjejak ~1700 dasar dalam 35 buah negara, dan 1.500 dasar dalam 44 buah negara untuk OECD.
Meneliti antara pelaburan menyelamat dan pemulihan, analisis Universiti Oxford Mac 2021 mendapati bahawa 18% daripada pelaburan pemulihan dan 2.5% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan adalah perbelanjaan hijau. Pada Julai 2021, Agensi Tenaga Antarabangsa menyokong analisis itu, dengan menyatakan bahawa hanya sekitar 2% daripada wang bailout ekonomi di seluruh dunia akan digunakan untuk membersihkan tenaga. Menurut analisa 2022 mengenai $14 trillion yang telah dibelanjakan oleh negara G20 sebagai rangsangan ekonomi sedunia, hanya kira-kira 6% daripada perbelanjaan pemulihan pandemik telah diperuntukkan kepada kawasan yang turut mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, termasuk mengelektrik kenderaan, menjadikan bangunan lebih cekap tenaga dan memasang bahan boleh diperbaharui.
Cabaran
Walaupun terdapat pelbagai keadaan yang berpoensi, terdapat beberapa cabaran sukar yang perlu diatasi demi mengakibatkan pengurangan besar pelepasan gas rumah hijau. [3][32][33] Sebagai contoh, meningkatkan cukai atas daging mungin sukar dari segi politik. [51]
Kecemasan
Sehingga 2021, paras CO2 telah meningkat kira-kira 50% sejak era pra-industri, dengan berbilion tan lagi dikeluarkan setiap tahun. Pemanasan global telah mengakibatkan malapetaka di beberapa kawasan. Jadi perubahan dasar yang besar perlu dilaksanakan tidak lama lagi jika risiko peningkatan kesan alam sekitar ingin dielakkan. [3][32][33]
Tenaga bahan api fosil kekal asas kepada ekonomi dunia, menyumbang kira-kira 80% daripada penjanaan tenaga sejagat pada tahun 2019. Penghapusan subsidi bahan api fosil secara tiba-tiba sering menyebabkan rusuhan. [52] Walaupun tenaga bersih kadangkala lebih murah berbanding tenaga bahan api fosil, [53][note 3] membuat peruntukan untuk memperbersihkan sumbar tenaga dalam tempoh masa yang singkat merupakan cabaran besar bagi kebanyakan negara. [3][6][7] Menurut laporan 2023 oleh Agensi Tenaga Antarabangsa, pelepasan arang batu meningkat 243 Mt ke paras tertinggi baharu sepanjang masa hampir 15.5 Gt. Peningkatan 1.6% ini adalah lebih cepat daripada pertumbuhan purata tahunan 0.4% sepanjang dekad yang lalu. [54] Pada 2022 , Bank Pusat Eropah berhujah bahawa harga tenaga yang tinggi telah mempercepatkan peralihan tenaga daripada bahan api fosil, tetapi kerajaan harus mengambil langkah untuk mencegah kemiskinan tenaga tanpa menghalang peralihan kepada tenaga rendah karbon. [55]
Ketidakaktivisme
Walaupun penafian secara terang-terangan terhadap perubahan iklim kurang berpengaruh pada 2020-an berbanding dekad-dekad sebelumnya, banyak hujah terus dibuat terhadap tindakan untuk mengehadkan pelepasan GHG. Hujah penafi perubahan iklim termasuk pandangan bahwa ada cara yang lebih baik untuk menggunakan dana yang tersedia (seperti adaptasi), bahawa menunggu perkembangan teknologi baru yang akan membuat mitigasi menjadi lebih murah adalah lebih baik, bahawa teknologi dan inovasi akan membuat perubahan iklim menjadi tidak penting atau menyelesaikan aspek-aspek perubahan iklim tertentu, dan bahwa kesan negatif perubahan iklim pada masa depan harus diketepikan berbanding dengan keperluan masa kini.[56][57]
Lobi bahan api fosil dan perbelanjaan politik
Syarikat minyak dan gas terbesar membentuk Big Oil dan cabang pelobi industri mereka, Institut Petroleum Amerika (API), membelanjakan sejumlah besar wang untuk melobi dan membiayai kempen politik sambil menggaji ratusan pelobi, semata-mata untuk menghalang dan menangguhkan tindakan kerajaan untuk menangani perubahan iklim. Lobi bahan api fosil mempunyai pengaruh besar di Washington, DC dan pusat-pusat politik yang lain, termasuk Kesatuan Eropah dan United Kingdom. [58][59][60][61][62][63] Industri bahan api fosil menghabiskan berkali ganda apa yang dikeluarkan oleh rakyat biasa dan aktivis alam sekitar untuk memajukan agenda mereka di dewan kuasa. Pelobi tersebut membelanjakan $2 bilion pada tahun 2000–2016 untuk melobi perubahan iklim di Amerika Syarikat. [64][65] Lima syarikat "Big Oil" terbesar telah membelanjakan ratusan juta euro untuk melobi agendanya di Brussels. [66] Syarikat Big Oil sering mengguna pakai "prinsip kemampanan" yang bertentangan dengan agenda dasar yang diperjuangkan oleh pelobi mereka. Ini sering menimbulkan keraguan tentang realiti dan kesan perubahan iklim serta menghalang usaha kerajaan untuk menanganinya. API telah melancarkan kempen disinformasiperhubungan awam dengan tujuan membangkitkan keraguan dalam khalayak orang ramai supaya "perubahan iklim menjadi" tidak menjadi isu. [58][65] Industri ini juga berbelanja besar untuk membiayai kempen politik Amerika, dengan kira-kira 2/3 daripada sumbangan politiknya dalam dekad-dekad lalu menyemarakkan kempen ahli politik Parti Republikan, [67] dan membelanjakan jumlah berlipat ganda apa yang mampu diperoleh daripada penyokong tenaga boleh diperbaharui . [68] Sumbangan politik industri bahan api fosil memberi ganjaran kepada ahli politik yang mengundi menentang perlindungan alam sekitar. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America, kerana pengundian oleh ahli Kongres Amerika Syarikat bertukar lebih anti-alam sekitar, seperti yang diukur oleh rekod pengundiannya seperti yang dijaringkan oleh Liga Pengundi Pemuliharaan (LCV), sumbangan industri bahan api fosil yang diterima oleh ahli Kongres ini meningkat. Secara purata, penurunan 10% dalam skor LCV dikaitkan dengan peningkatan sebanyak $1,700 dalam sumbangan kempen daripada industri bahan api fosil untuk kempen berikutan tempoh Kongres. [69][70]
Penindasan sains iklim
Syarikat Big Oil, menyekat laporan saintis mereka sendiri tentang kesan iklim utama pembakaran bahan api fosil seawal tahun 1970-an. ExxonMobil melancarkan kempen propaganda korporat yang mempromosikan maklumat palsu tentang isu perubahan iklim, taktik yang telah dibandingkan dengan usaha perhubungan awam Big Tobacco untuk menipu orang ramai tentang bahaya merokok. [71]Kumpulan pemikir yang dibiayai oleh industri bahan api fosil mengganggu saintis iklim yang membincangkan ancaman perubahan iklim yang teruk secara terbuka. [72] Seawal 1980-an apabila segmen yang lebih besar daripada orang awam Amerika mula menyedari isu perubahan iklim, pentadbiran beberapa presiden Amerika Syarikat mencemuh saintis yang bercakap secara terbuka tentang ancaman bahan api fosil yang ditimbulkan untuk iklim. [73] Pentadbiran AS yang lain telah membungkam saintis iklim dan menutup mulut pemberi maklumat kerajaan. [74]Pelantikan politik di beberapa agensi persekutuan menghalang saintis daripada melaporkan penemuan mereka mengenai aspek krisis iklim, mengubah pemodelan data untuk mencapai kesimpulan yang telah mereka tetapkan sebelum dibuktikan, dan menutup input saintis kerjaya agensi tersebut. [75][76][77]
Aktivis iklim sebagai kumpulan sasaran
Aktivis iklim dan alam sekitar, termasuk mereka yang mempertahankan kawasan hutan daripada industri pembalakan, terbunuh di beberapa negara termasuk Colombia, Brazil dan Filipina. Kebanyakan pembunuh dalam kes-kes sedemikian belum dihukum. Jumlah pembunuhan aktivis iklim yang tertinggi telah direkodkan pada tahun 2019. Aktivis alam sekitar orang asli disasarkan secara tidak seimbang, yang terdiri daripada sebanyak 40% daripada kematian di seluruh dunia. [78][79][80] Perkhidmatan perisikan domestik beberapa kerajaan termasuk kerajaan AS, telah menyasarkan aktivis alam sekitar dan organisasi perubahan iklim sebagai "pengganas domestik" dan memantau, menyiasat, menyoal, dan meletakkan mereka dalam "senarai pantauan" negara yang boleh menyukarkan mereka untuk menyertai konferens luar negara sambil mencetuskan pemantauan penguatkuasaan undang-undang tempatan. [81][82][83] Taktik AS juga merangkumi penghalangan liputan media mengenai perhimpunan warga Amerika dan protes terhadap perubahan iklim, dan bekerjasama dengan syarikat keselamatan swasta untuk memantau aktivis. [84]
Dalam konteks politik perubahan iklim, doomisme merujuk kepada naratif pesimis yang mendakwa bahawa tiada peluang lagi untuk melakukan apa-apa tentang perubahan iklim. Doomisme boleh merangkumi keterlaluan kebarangkalian titik tolak iklim yang melata, dan kemungkinannya mencetuskan pemanasan global yang lari di luar kemampuan manusia untuk dikawal, walaupun manusia dapat menghentikan serta-merta semua pembakaran bahan api fosil. Di AS, tinjauan pendapat mendapati bahawa bagi orang yang tidak menyokong tindakan lanjut untuk mengehadkan pemanasan global, kepercayaan bahawa sudah terlambat untuk berbuat demikian diberikan sebagai alasan yang lebih biasa daripada keraguan tentang perubahan iklim yang dibuat oleh manusia. [85][86]
Kekurangan kompromi
Beberapa dasar mesra iklim telah disekat dalam proses perundangan oleh kumpulan dan pihak pendesak alam sekitar dan/atau kiri. Sebagai contoh, pada tahun 2009, parti hijau Australia mengundi menentang Skim Pengurangan Pencemaran Karbon, kerana mereka merasakan ia tidak mengenakan harga karbon yang cukup tinggi. Di AS, Kelab Sierra membantu mengalahkan rang undang-undang cukai iklim 2016 yang mereka lihat sebagai kekurangan keadilan sosial. Beberapa percubaan untuk mengenakan harga karbon di negeri-negeri AS telah disekat oleh ahli politik sayap kiri kerana ia akan dilaksanakan melalui mekanisme had dan perdagangan, bukannya cukai. [87]
Tadbir urus pelbagai sektor
Isu perubahan iklim biasanya sesuai dengan pelbagai sektor, maka penyepaduan dasar perubahan iklim ke dalam bidang dasar lain sering menjadi tema. [88] Masalah perubahan iklim adalah sukar kerana perlu ditangani pada pelbagai skala dengan pelbagai pelakon yang terlibat dalam proses tadbir urus. [89]
Maladaptasi
Penyesuaian yang berjaya terhadap perubahan iklim memerlukan mengimbangi kepentingan ekonomi, sosial dan politik yang bersaing. Sekiranya tiada pengimbangan sedemikian, akibat yang tidak diingini yang berbahaya boleh membatalkan manfaat inisiatif penyesuaian. Sebagai contoh, usaha untuk melindungi terumbu karang di Tanzania memaksa penduduk kampung tempatan beralih daripada aktiviti perikanan tradisional kepada pertanian yang menghasilkan pelepasan gas rumah hijau yang lebih tinggi. [90]
Teknologi
Janji teknologi dilihat sebagai ancaman dan potensi keuntungan. Teknologi baharu boleh membuka kemungkinan untuk dasar iklim baharu dan lebih berkesan. Kebanyakan model yang menunjukkan laluan untuk mengehadkan pemanasan kepada 2 °C mempunyai peranan besar untuk penyingkiran karbon dioksida, salah satu pendekatan mitigasi perubahan iklim . Pengulas dari seluruh spektrum politik cenderung mengalu-alukan penyingkiran CO2. Tetapi ada yang ragu-ragu bahawa ia akan dapat mengeluarkan CO2 yang mencukupi untuk memperlahankan pemanasan global tanpa terdapat juga pengurangan pesat dalam pelepasan, dan mereka memberi amaran bahawa terlalu yakin tentang teknologi sedemikian boleh menyukarkan dasar mitigasi untuk digubal. [3][32]
Pengurusan sinaran suria adalah satu lagi teknologi yang bertujuan untuk mengurangkan pemanasan global. Sekurang-kurangnya dengan varian aerosol berasaskan sulfur, terdapat persetujuan luas bahawa ia akan berkesan dalam menurunkan purata suhu global. Namun prospek itu dianggap tidak diingini oleh ramai saintis iklim. Mereka memberi amaran bahawa kesan sampingan akan termasuk kemungkinan pengurangan dalam hasil pertanian akibat cahaya matahari dan hujan yang berkurangan, dan kemungkinan kenaikan suhu setempat dan gangguan cuaca yang lain. Menurut Michael Mann, prospek menggunakan pengurusan suria untuk mengurangkan suhu adalah satu lagi hujah yang digunakan untuk mengurangkan kesediaan untuk menggubal dasar pengurangan pelepasan. [91][32][92]
Gangguan ekonomi akibat aktiviti berintensif karbon secara berperingkat, seperti perlombongan arang batu, penternakan lembu [93] atau pukat tunda dasar, [94] boleh menjadi sensitif dari segi politik kerana profil politik pelombong arang batu yang tinggi, [95] petani [96] dan nelayan[97] di sesetengah negara. Banyak kumpulan buruh dan alam sekitar menyokong peralihan yang adil yang meminimumkan bahaya dan memaksimumkan faedah yang berkaitan dengan perubahan berkaitan iklim kepada masyarakat, contohnya dengan menyediakan latihan pekerjaan.
Tindak balas yang berbeza dalam spektrum politik
</img>
Perpecahan politik nasional mengenai keseriusan perubahan iklim secara konsisten berkorelasi dengan ideologi politik, dengan pendapat sayap kanan lebih negatif. [98]
Dasar mesra iklim disokong merentasi spektrum politik. Walaupun terdapat banyak pengecualian dalam kalangan pengundi dan ahli politik yang condong ke arah kanan, malah ahli politik di sebelah kiri jarang menjadikan menangani perubahan iklim sebagai keutamaan. Sesetengah negara dan individu tidak mahu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau atau menguatkuasakan undang-undang kerana dengan berbuat demikian, mereka hanya akan menderita dalam membayar harga penuh pengurangan. [99] Pada abad ke-20, ahli politik sayap kanan mengetuai banyak tindakan penting terhadap perubahan iklim, di peringkat antarabangsa dan domestik, dengan Richard Nixon dan Margaret Thatcher menjadi contoh yang menonjol. [100][101] Namun menjelang 1990-an, terutamanya di beberapa negara berbahasa Inggeris dan terutamanya di AS, isu itu mula terpolarisasi. [7][3] Media sayap kanan mula berhujah bahawa perubahan iklim sedang dicipta atau sekurang-kurangnya dibesar-besarkan oleh pihak kiri untuk mewajarkan perluasan dalam saiz kerajaan. [note 4] Sehingga 2020, beberapa kerajaan sayap kanan telah menggubal dasar mesra iklim yang meningkat. Pelbagai tinjauan menunjukkan sedikit trend malah pengundi sayap kanan AS menjadi kurang skeptikal terhadap pemanasan global, dan kumpulan seperti American Conservation Coalition menunjukkan pengundi muda Republikan menerima iklim sebagai medan dasar pusat. Walaupun pada pandangan Anatol Lieven, bagi sesetengah pengundi sayap kanan AS, bersikap skeptikal terhadap perubahan iklim telah menjadi sebahagian daripada identiti mereka, jadi pendirian mereka mengenai perkara itu tidak boleh dialihkan dengan mudah oleh hujah yang rasional. [102][103][43][104]
Kajian 2014 dari Universiti Dortmund menyimpulkan bahawa negara yang mempunyai kerajaan pusat dan sayap kiri mempunyai pengurangan pelepasan yang lebih tinggi daripada kerajaan sayap kanan di negara OECD untuk tempoh masa 1992–2008. [105] Dari segi sejarah, kerajaan nasionalis adalah antara yang berprestasi paling teruk dalam menggubal dasar. Walaupun menurut Lieven, memandangkan perubahan iklim semakin dilihat sebagai ancaman kepada kewujudan negara bangsa yang berterusan, nasionalisme berkemungkinan menjadi salah satu kuasa paling berkesan untuk memacu usaha mitigasi yang ditentukan. Trend yang semakin meningkat untuk mengamankan ancaman perubahan iklim mungkin amat berkesan untuk meningkatkan sokongan di kalangan nasionalis dan konservatif. [102][3]
Politisasi ilmu pengetahuan dalam arti memanipulasi ilmu pengetahuan untuk kepentingan politik adalah bagian dari proses politik. Hal ini merupakan sebahagian daripada kontroversi mengenai reka bentuk pintar[113][114] (bandingkan dengan strategi Baji) atau Merchants of Doubt, saintis yang disyaki dengan rela mengaburkan penemuan. cth tentang isu seperti asap tembakau, penipisan ozon, pemanasan global atau hujan asid. [115][116] Walau bagaimanapun, contohnya dalam kes penipisan ozon, peraturan global berdasarkan Protokol Montreal berjaya, dalam iklim ketidakpastian yang tinggi dan menentang rintangan yang kuat [117] manakala dalam kes perubahan iklim, Protokol Kyoto gagal. [118]
Walaupun proses IPCC cuba mencari dan mengatur penemuan penyelidikan perubahan iklim global untuk membentuk konsensus di seluruh dunia mengenai perkara itu ia sendiri telah menjadi objek politikisasi yang kuat. Perubahan iklim antropogenik berkembang daripada isu sains semata-mata kepada topik dasar global teratas. [119]
Proses IPCC setelah membina konsensus sains yang luas tidak menghalang kerajaan mengikuti matlamat yang berbeza, jika tidak bertentangan. [120] Dalam kes cabaran penipisan ozon, peraturan global telah pun dilaksanakan sebelum konsensus saintifik diwujudkan. [117] Jadi model linear pembuatan dasar, berdasarkan lebih banyak pengetahuan yang kita ada, lebih baik tindak balas politik akan dilihat tidak semestinya tepat. Sebaliknya dasar pengetahuan, [119] berjaya mengurus pengetahuan dan ketidakpastian sebagai asas untuk membuat keputusan politik; memerlukan pemahaman yang lebih baik tentang hubungan antara sains, pemahaman awam (kekurangan) dan dasar. [118][120][121][122]
Kebanyakan perbahasan dasar mengenai mitigasi perubahan iklim telah dirangka oleh unjuran untuk abad kedua puluh satu. Ahli akademik telah mengkritik ini sebagai pemikiran jangka pendek, kerana keputusan yang dibuat dalam beberapa dekad akan datang akan mempunyai akibat alam sekitar yang akan bertahan selama beribu tahun. [123]
Dianggarkan hanya 0.12% daripada semua pembiayaan untuk penyelidikan berkaitan iklim dibelanjakan untuk sains sosial mitigasi perubahan iklim. [124] Lebih banyak pembiayaan dibelanjakan untuk kajian sains semula jadi tentang perubahan iklim dan sejumlah besar juga dibelanjakan untuk kajian tentang kesan dan penyesuaian terhadap perubahan iklim. [124] Telah dihujahkan bahawa ini adalah salah alokasi sumber, kerana teka-teki yang paling mendesak pada persimpangan semasa adalah untuk mencari cara untuk mengubah tingkah laku manusia untuk mengurangkan perubahan iklim, sedangkan sains semula jadi tentang perubahan iklim sudah mantap dan akan ada dekad dan abad untuk mengendalikan penyesuaian. [124]
Nota
^Dessler (2020), bersetuju bahawa pendekatan yang lebih kolaboratif ini adalah kunci kejayaan di Paris, walaupun memberi amaran bahawa salah satu pihak utama yang mendorong perubahan (China) telah menjelang 2018 kembali kepada pendekatan yang kurang mesra, berusaha untuk memperbesar perbezaan antara negara maju dengan negara kurang maju.
^Selain masalah aksi kolektif yang normal, kesulitan lain yang dihadapi adalah: 1.) Fakta bahwa penggunaan bahan bakar fosil telah menjadi hal yang umum di seluruh sektor ekonomi, tidak seperti beberapa perusahaan yang relatif sedikit yang mengendalikan pembuatan produk yang mengandung CFC, yang telah merusak lapisan Ozon. 2.) Pandangan yang tidak sejalan dari berbagai negara mengenai tingkat tanggung jawab yang dimiliki oleh negara-negara maju dalam membantu negara-negara yang kurang berkembang untuk mengendalikan emisinya tanpa menghambat pertumbuhan ekonominya. 3.) Kesulitan dalam membuat manusia mengambil tindakan yang signifikan untuk membatasi ancaman yang masih jauh di masa depan. 4.) Dilema antara kebutuhan yang saling bertentangan untuk mencapai kesepakatan yang dapat diterima oleh semua pihak, dengan keinginan agar kesepakatan tersebut memiliki dampak praktis yang signifikan terhadap aktivitas manusia. Lihat misalnya Dryzek (2011) Bab 3, dan Dessler (2020) Bab 1, 4 & 5.
^Sama ada ia sebenarnya lebih murah bergantung kepada pelbagai faktor seperti harga bahan api fosil yang turun naik di pasaran global, endowmen yang dinikmati oleh Bidang Kuasa (cahaya matahari, jumlah air yang mengalir dsb. ) dan jika infrastruktur tenaga boleh diperbaharui baharu menggantikan bahan api fosil sedia ada. loji, pada skala masa yang sedang dipertimbangkan, yang menentukan sama ada kos pembinaan boleh diimbangi.
^Banyak liputan media mengenai saluran ini telah dibayar oleh industri bahan api fosil, dengan Koch Industries sebagai salah satu syarikat yang lebih terkemuka yang terlibat. Namun pada awal tahun 2010, saudara Koch menolak cukai ke atas isi rumah dengan panel solar menjual tenaga berlebihan kembali ke Grid, menyebabkan Michael Mann mencadangkan bahawa keutamaan kepada kerajaan kecil mungkin bukan motivasi utama mereka. Lihat Mann (2021) Bab 6, hlm. 124-127.
^David Michaels (2008) Doubt is Their Product: How Industry's Assault on Science Threatens Your Health.
^Hoggan, James; Littlemore, Richard (2009). Climate Cover-Up: The Crusade to Deny Global Warming. Vancouver: Greystone Books. ISBN978-1-55365-485-8. Dicapai pada 19 March 2010. See, e.g., p31 ff, describing industry-based advocacy strategies in the context of climate change denial, and p73 ff, describing involvement of free-market think tanks in climate-change denial.
^Nhede, Nicholas (10 April 2019). "DSOs as key actors in e-mobility". Smart Energy International (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2019.
^Poushter, Jacob; Fagan, Moira; Gubbala, Sneha (31 August 2022). "Climate Change Remains Top Global Threat Across 19-Country Survey". pewresearch.org. Pew Research Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2022. — Other threats in the survey were: spread of false information online, cyberattacks from other countries, condition of the global economy, and spread of infectious diseases.
^ ab
Peter Franklin (February 2020). "Bigger than Brexit: the new politics of climate change". unHerd. Dicapai pada 10 April 2021.CS1 maint: uses authors parameter (link)Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Unherd2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Yale Climate Connections, 6 January 2020 ["Fossil Fuel Political Giving Outdistances Renewables 13 to One; During the Latest Midterm Election Cycle, the Fossil Fuel Industry Paid at Least $359 Million for Federal Campaign Donations and Lobbying"] The figures listed in this article include only known industry spending at the federal level; they do not include political contributions at the state and local levels and "dark money" spending.
^Weart 2015a: Global Warming Becomes a Political Issue (1980–1983)Diarkibkan 29 Jun 2016 di Wayback Machine; "In 1981, Ronald Reagan took the presidency with an administration that openly scorned their concerns. He brought with him a backlash that had been building against the environmental movement. Many conservatives denied nearly every environmental worry, global warming included. They lumped all such concerns together as the rants of business-hating liberals, a Trojan Horse for government regulation." For details, see Money for Keeling: Monitoring CO2Diarkibkan 29 Jun 2016 di Wayback Machine
^Garmann, Sebastian (2014). "Do government ideology and fragmentation matter for reducing CO2-emissions? Empirical evidence from OECD countries". Ecological Economics. 105: 1–10. doi:10.1016/j.ecolecon.2014.05.011. ISSN0921-8009.
^Oreskes, Naomi (December 2004). "BEYOND THE IVORY TOWER: The Scientific Consensus on Climate Change". Science. 306 (5702): 1686. doi:10.1126/science.1103618. PMID15576594. Such statements suggest that there might be substantive disagreement in the scientific community about the reality of anthropogenic climate change. This is not the case. [...] Politicians, economists, journalists, and others may have the impression of confusion, disagreement, or discord among climate scientists, but that impression is incorrect.
^
America's Climate Choices: Panel on Advancing the Science of Climate Change; National Research Council (2010). Advancing the Science of Climate Change. Washington, D.C.: The National Academies Press. doi:10.17226/12782. ISBN978-0-309-14588-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2014. (p1) ... there is a strong, credible body of evidence, based on multiple lines of research, documenting that climate is changing and that these changes are in large part caused by human activities. While much remains to be learned, the core phenomenon, scientific questions, and hypotheses have been examined thoroughly and have stood firm in the face of serious scientific debate and careful evaluation of alternative explanations. * * * (p21-22) Some scientific conclusions or theories have been so thoroughly examined and tested, and supported by so many independent observations and results, that their likelihood of subsequently being found to be wrong is vanishingly small. Such conclusions and theories are then regarded as settled facts. This is the case for the conclusions that the Earth system is warming and that much of this warming is very likely due to human activities.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Michael Oppenheimer et al., The limits of consensus, in Science Magazine's State of the Planet 2008-2009: with a Special Section on Energy and Sustainability, Donald Kennedy, Island Press, 1 December 2008, separate as CLIMATE CHANGE, The Limits of Consensus Michael Oppenheimer, Brian C. O'Neill, Mort Webster, Shardul Agrawal, in Science 14 September 2007: Vol. 317 no. 5844 pp. 1505-1506 DOI: 10.1126/science.1144831