Port Sudan ( Arab: بور سودان, rumi: Būr Sūdāncode: ar is deprecated , Beja : Bar'uutcode: bej is deprecated ) ialah sebuah bandar dan pelabuhan dekat Laut Merah di timur Sudan, dan juga ibu kota kepada negeri Laut Merah. Port Sudan ialah pelabuhan utama dan sumber kepada 90% daripada perdagangan antarabangsa negara Sudan.[1]
Sejarah
Port Sudan telah dibina antara tahun 1905 dan 1909 oleh pentadbiran Anglo-Mesir Sudan untuk menggantikan kota pelabuhan Suakin.[2] Saluran paip minyak telah dibina di antara pelabuhan dan bandar Khartoum pada tahun 1977.
Ekonomi
Bandar ini mempunyai kilang penapisan minyak dan mengendalikan 90% perdagangan antarabangsa negara Sudan.[2]
Pengangkutan
Bandar ini mempunyai pelabuhan kontena moden untuk mengendalikan import dan eksport.[2] Pelabuhan ini ialah sebahagian daripada Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 yang membentang dari pantai China melalui Terusan Suez ke Mediterranean, dari sana terus ke wilayah Adriatik Atas Trieste dengan sambungan kereta apinya ke EropahTengah dan Timur.[3][4][5][6]
Pendidikan
Bandar ini ialah rumah kepada Universiti Laut Merah, yang ditubuhkan pada tahun 1994.[7]
Demografi
Tahun
Populasi
1906
4,289
1941
26,255
1973
132,632
1983
209,938
1993
305,385
2007 ( est. )
489,275
2008 ( est. )
517,338
Penduduk kebanyakannya terdiri daripada orang Arab Sudan, termasuk orang asli Beja, dengan sedikit minoriti Asia dan Eropah.[2]