Presa Canaria atau anjing tangkap Canaria[a] ialah satu baka anjing besar Sepanyol daripada jenis mastif atau anjing tangkap. Ia berasal dari kawasan berautonomiKepulauan Canaria dan kebanyakannya terdapat di pulau Gran Canaria dan pulau Tenerife.[3]:587 Ia dahulunya dikenali sebagai dogo Canaria.[b] Ia secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing yang di sisi undang-undang sehingga tahun 1936 dan mungkin telah berterusan secara gelap sejak itu.[3]:587
Sejarah
Presa Canaria diturunkan daripada bardino majorero, yang dahulunya bertaburan di seluruh Kepulauan Canaria. Anjing jenis ini dibiakbakakan secara bersilang dengan pelbagai anjing jenis molossoid yang diperkenalkan ke kepulauan itu pada masa berbeza semasa zaman kolonial. Presa Canaria khususnya dipengaruhi oleh anjing yang dibawa dari Kepulauan British dengan kemasukan besar penduduk British pada lewat abad kesembilan belas.[3]:587
Menjelang tahun 1960-an, ia menghampiri kepupusan. Sebuah persatuan baka, Club Español del Presa Canario ("Kelab Presa Canaria Sepanyol"), dibentuk pada tahun 1982 dan merangka piawaian baka sementara yang diterbitkan oleh pemerintah kepulauan itu. Piawaian ini diluluskan oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 1989.[3]:588 Pada tahun 1991, anjing ini disertakan dalam senarai rasmi lambang kebangsaan Kepulauan Canaria sebagai lambang pulau Gran Canaria.[4]:2610 Ia diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol pada tahun 2001.[5]
Baka ini diterima secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2001 di bawah nama Dogo Canario ("dogo Canaria");[6] ia diterima sepenuhnya pada tahun 2011.[7] Pada Disember 2018, atas permintaan Real Sociedad Canina de España, namanya dibuah kepada Presa Canario ("presa Canaria").[8]
Pengimportan dan penjualan baka ini dilarang di Australia[9] dan di New Zealand.[10]
Ciri
Presa Canaria ialah anjing besar dengan tubuh amat berotot.[11] Jantan berdiri setinggi 60–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa dan berukuran kira-kira seberat 50–65 kg (110–143 lb); betina pula berdiri kira-kira setinggi 56–62 cm (22–24 in) dan berukuran hampir-hampir 10 kg (22 lb) lebih ringan.[1][2]
Kepalanya lebar, besar, berbentuk segi empat sama, dan mempunyai bentuk brakisefalik kuat. Jika terpotong, telinganya berdiri dengan tegak. Di negara-negara yang mengharamkan pemotongan telinga, telinganya sepadan dengan kepala; tergantung ke bawah dan patut berbentuk loket atau "mawar". Bibir atasnya berayun-ayun, walaupun tidak secara berlebihan. Terlihat dari hadapan, bibir atas dan biri bawah bersatu untuk membentuk V terbalik. Bibir atasnya sedikit mencapah. Bahagian dalam bibir berwarna gelap.[1][2]
Baka ini juga bercirikan garis atas landai (dengan punggung yang lebih tinggi sedikit daripada bahu). Satu lagi ciri baka ialah rupa bentuk kaki (kaki kucing) dan pergerakan mirip kucing. Tubuhnya mesomorfik, iaitu, lebih panjang sedikit daripada ketinggian, yang menyumbang kepada pergerakan kucing.
Kegunaan
Presa Canaria secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing, yang di sisi undang-undang di Sepanyol sehingga tahun 1936 dan mungkin berterusan secara rahsia selepas itu.[3]:587[12][13][14] Sehingga tahun 1950-an, laga anjing kekal sebagai amalan umum di semua pulau di sana.[15][16]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 7.7 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[17]
Catatan
^Jawi: ڤريسا کاناريا; انجيڠ تڠکڤ کانارياcode: ms is deprecated ; Sepanyol: perro de presa canario; presa canariocode: es is deprecated
^Jawi: دوݢو کانارياcode: ms is deprecated ; Sepanyol: dogo canariocode: es is deprecated
^ abcdef"FCI-Standard N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nestler, Brígida. Diselia secara teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Disemak oleh Jorge Nallem. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
^ abcdeFernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN9788449109461. OCLC804450785.
^"Another dog added to banned list" [Lagi satu anjing ditambahkan ke dalam senarai terlarang] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 19 Januari 2024.
^Santana, Clemente Reyes. "El Perro de Presa Canario" [Anjing Presa Canaria] (dalam bahasa Inggeris). ElPresa.com. Dicapai pada 19 Januari 2024.
^Brough, Graham (7 Februari 2006). "EXCLUSIVE: COP ALERT OVER 'PIT BULL ON STEROIDS'" [EKSKLUSIF: AMARAN POLIS TENTANG 'PITBUL BERPENGARUH STEROID']. mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2024.
^Gracia, Manuel Curto (20 November 2012). Perro de Presa Canario: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Presa Canaria: Edisi Baka Jarang Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN9781621870753. OCLC946627067.