Rencana ini mengenai protein sebagai nutrien. Untuk protein sebagai salah satu molekul, sila lihat protein. Untuk kegunaan lain, sila lihat tambahan bina badan.
Protein ialah nutrien yang penting kepada badan manusia. Ia salah satu daripada bahan binaan tisu badan, dan bertindak sebagai sumber tenaga dengan ia mengandungi 4 kcal per gram, sama seperti karbohidrat dan tidak seperti lipid yang mengandungi 9 kcal per gram.