Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Puteri

Dalam sistem monarki, puteri (atau putri) merujuk kepada ahli perempuan kerabat diraja selain ratu, terutamanya anakanda kepada raja atau isteri kepada putera. Perkataan bahasa Melayu "puteri" berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit yang merujuk kepada anak perempuan.

Puteri juga dipakai sebagai nama perempuan rakyat jelata. Sebenarnya "Puteri" dalam penggunaan sebegini merupakan bentuk feminin bagi gelaran Megat. Contohnya, "Putri Farhana Aliya binti Datuk Megat Farizuddin" (watak utama Gol & Gincu the Series.)

Perkataan "puteri" juga dipakai untuk merujuk kepada seorang gadisa atau wanita yang muda usianya atau seolah-olah baru dalam sesuatu bidang, tetapi lebih mahir dalam bidang tersebut berbanding pencebur lain dalam bidangnya. Contohnya, Nicol David digelar "puteri skuasy".


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Kembali kehalaman sebelumnya