Puteri Yōko dilahirkan pada 25 Oktober 1983 di Pusat Perubatan Palang Merah Jepun di Hiroo, Shibuya, Tokyo. Beliau belajar di Sekolah Gakushūin yang berprestij untuk pendidikan rendah, remaja rendah dan menengahnya. Puteri merupakan graduan Kolej Wanita Gakushuin, Fakulti Pengajian Antara Budaya, Jabatan Pengajian Jepun dengan ijazah sarjana muda dalam Pengajian Jepun.
Kerjaya
Puteri Yōko kemudiannya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sukarelawan, terutamanya dengan Persatuan Palang Merah Jepun, dari Disember 2006 hingga November 2012.[1] Beliau telah dilantik sebagai Penaung Persatuan Antarabangsa untuk Reka Bentuk Universal (IAUD) pada Ogos 2013, jawatan yang pernah dipegang sebelum ini oleh ayahandanya. Beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yuai Jyuji Kai pada Januari 2014.
Penampilan umum
Seorang pengamal seni bela diri tradisional Jepun kendo sejak kecil, Puteri telah dipilih untuk menyertai kejohanan pameran di Perancis dan Jerman pada 2005, serta Pameran Dunia Aichi yang diadakan pada tahun yang sama. Pada Julai 2006, Puteri Yōko menghadiri konvensyen kebangsaan Kendo Housewives.
Kemangkatan Putera Tomohito
Pada 6 Jun 2012, Putera Tomohito mangkat akibat dari pelbagai kegagalan organ. Pengebumian dan upacaranya telah dihadiri oleh Puteri Yōko dan ahli Keluarga Diraja yang lain.[2] Pada Jun 2013 dalam satu kenyataan tentang rumah tangga Putera, telah diumumkan oleh Agensi Rumah Tangga Imperial bahawa "ia [telah] mengurangkan bilangan isi rumah dalam keluarga Imperial sebanyak satu", mengintegrasikannya ke dalam rumah tangga yang dipimpin oleh ayahandanya.[3] Menurut pegawai agensi itu, integrasi rumah tangga tidak akan memberi kesan kepada kehidupan balu dan anak perempuan Putera Tomohito.[3]
Gelaran dan gaya
Yōko digayakan sebagai Yang Teramat Mulia Puteri Yōko.[1]