Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Pyotr I dari Rusia

Pyotr I Agung: Tingginya 2.03 meter (6 kaki 8 inci), dengan mata hijau yang besar.

Pyotr I Agung (bahasa Rusia: Пeтр I Алексеевич atau Pyotr I Alekseyevich , 9 Jun 1672 – 8 Februari 1725) ialah Maharaja Empayar Rusia dari 7 Mei 1682 sehingga kemangkatannya. Sebelum tahun 1696, baginda memerintah bersama-sama dengan Ivan V, kakanda tirinya yang sakit dan lemah. Pyotr melaksanakan dasar "Pembaratan" dan pengembangan, dan mengubahkan Rusia Muskovit menjadi sebuah kuasa Eropah yang utama.

Keputeraan

Pyotr, putera kepada Alexei Mikhailovich dari Rusia dan isteri keduanya, Nataliya Kyrillovna Naryshkina, dilahirkan di Moscow. Sebelum perkahwinan ini, Alexei I telah berkahwin dengan Maria Miloslavskaya, dan dikurniakan lima orang putera dan lapan orang puteri, walaupun hanya dua orang putera — Fyodor III [1] dan Ivan V — masih hidup ketika Pyotr dilahirkan. Alexei I mangkat pada tahun 1676, dan diwarisi oleh putera tertuanya yang hidup, dan yang menjadi Fyodor III.

Perebutan takhta

Pemerintahan Fyodor III yang tidak ada peristiwa menarik berakhir enam tahun kemudian. Oleh sebab Fydor tidak mempunyai sebarang anak, pertikaian tentang pewarisan antara keluarga-keluarga Naryshkina dan Miloslavskaya, tercetus. Sepatutnya, Ivan merupakan orang pertama dalam susunan pewarisan, tetapi beliau uzur dan tidak tegas. Oleh itu, Boyar Duma (majlis bangsawan Rusia) melantik Pyotr yang ketika itu berumur sepuluh tahun untuk menjadi Tsar, dengan bondanya merupakan pemangku raja. Akan tetapi Sophia Alekseyevna, puteri Alexei daripada perkahwinan pertamanya, mengetuai satu pemberontakan Streltsy (kor tentera elit Rusia) dan dalam pertempuran yang menyusul, banyak daripada saudara dan kawan Pyotr dibunuh — Pyotr juga menyaksikan salah satu bapa saudaranya dibunuh oleh kumpulan perusuh. Kenangan keganasan ini mungkin mengakibatkan trauma semasa tahun-tahun awal Pyotr.

Pyotr, semasa muda dengan alat kebesaran diraja.

Sophia mendesak bahawa Pyotr dan Ivan diisytiharkan sebagai tsar bersama, dengan Ivan merupakan tsar kanan. Selain itu, Sophia bertindak sebagai pemangku raja semasa tempoh belum dewasa kedua-dua raja, dan memegang segala kuasa. Satu lubang besar dipotong pada belakang singgahsana dua tempat duduk yang digunakan oleh Ivan dan Pyotr, supaya Sophia dapat duduk di belakang mereka, dan mendengar ketika Pyotr berbincang dengan orang-orang bangsawan. (Singgahsana ini boleh dilihat di muzium Kremlin di Moscow.) Sophialah yang memberikan Pyotr maklumat dan jawapan terhadap soalan-soalan dan masalah-masalah yang dikemukakan oleh golongan bangsawan.

Selama tujuh tahun, Sophia memerintah sebagai autokrat. Semasa itu, Pyotr tidak amat peduli bahawa orang-orang lain yang memerintah atas namanya. Baginda melibatkan diri dalam kegiatan membina kapal dan belayar. Kapal-kapal yang dibinanya digunakan untuk beberapa perang olok-olok. Bonda Pyotr memaksanya untuk mengamalkan kehidupan yang lebih menurut kebiasaan dan mengatur perkahwinannya dengan Eudoxia Lopukhina pada 1689. Perkahwinan itu gagal dengan begitu teruk dan sepuluh tahun kemudian, Pyotr memaksa isterinya menjadi biarawati dan dengan itu, membebaskan diri daripada perkahwinan mereka.

Menjelang musim panas pada tahun 1689, Pyotr merancang untuk mengambil alih kuasa daripada Sophia, kakanda tirinya, yang kedudukannya telah dilemahkan oleh dua buah kempen Krimea yang tidak berjaya. Apabila Sophia kedapatan tujuan Pyotr, Sophia berkomplot dengan pemimpin-pemimpin streltsy. Malangnya Sophia, Pyotr telah diberikan amaran oleh Stretsy, dan melarikan diri pada waktu tengah malam ke biara yang tidak dapat ditempuh yang terletak di Troitsky; di sana, baginda mengumpulkan penyokong-penyokongnya yang mempercayai bahawa baginda akan memenangi perebutan kuasa itu. Sophia digulingkan, dan Pyotr I dan Ivan V meneruskan pemerintahan sebagai tsar bersama. Pyotr memaksa Sophia menjadi biarawati, serta melepaskan nama dan kedudukannya sebagai ahli keluarga diraja.

Walaupun begitu, baginda masih tidak dapat menguasai hal ehwal Rusia. Sebaliknya, kuasanya dipegang oleh bondanya, Nataliya Naryshkina. Hanya selepas Nataliya meninggal dunia pada tahun 1694 barulah Pyotr benar-benar bebas. Secara rasmi, Ivan V masih merupakan raja bersama dengan baginda, walaupun tidak berkesan. Pyotr menjadi raja tunggal selepas kemangkatan Ivan pada tahun 1696.

Nota

  1. ^ Adanya setakat kekeliruan terhadap transliterasi daripada huruf Cyril dipakai bahasa Rusia kepada abjad Latin. Walaupun kelainan "Feodor" sering muncul, seperti dalam judul rencana rujukan, "Fyodor", seperti yang ditulis di sini, merupakan ejaan yang lebih tepat. Padanan huruf Cyrillic Rusia ialah Фёдор, dengan huruf kedua [ё] mempunyai bunyi "yo". Perhatian harus diambil bahawa bentuk ё amat jarang digunakan dalam cetakan. Dieresisnya hampir selalu dibuang supaya meninggalkan e yang tidak berhias, kecuali jika teks itu merupakan buku teks peringkat permulaan yang mensasarkan kanak-kanak yang masih belum belajar membaca.

Putera-puteri yang sah


Nama Kelahiran Kematian Nota
Oleh Eudoxia Lopukhina
HIH Alexei Petrovich, Tsarevich dari Rusia 18 Februari 1690 26 Jun 1718 Berkahwin pada 1711, Puteri Charlotte dari Brunswick-Wolfenbüttel; mempunyai anak-anak
HIH Alexander Petrovich, Grand Duke Rusia 13 Oktober 1691 14 Mei 1692  
HIH Pavel Petrovich, Grand Duke Rusia 1693 1693  
Oleh Catherine I
HIH Anna Petrovna, Tsesarevna dari Rusia 7 Februari 1708 15 Mei 1728 Berkahwin pada 1725, Karl Friedrich, Duke Holstein-Gottorp; mempunyai anak-anak
HIM Maharani Elizabeth 29 Disember 1709 5 Januari 1762 Dikatakan berkahwin pada 1742, Alexei Grigorievich, Count Razumovsky; tiada anak
HIH Natalia Petrovna, Grand Duchess Rusia 20 Mac 1713 27 Mei 1715  
HIH Margarita Petrovna, Grand Duchess Rusia 19 September 1714 7 Jun 1715  
HIH Pyotr Petrovich, Grand Duke Rusia 15 November 1715 19 April 1719  
HIH Pavel Petrovich, Grand Duke Rusia 13 Januari1717 14 Januari 1717  
HIH Natalia Petrovna, Grand Duchess Rusia 31 Ogos 1718 15 Mac 1725  

Lihat juga

Rujukan


Didahului oleh
Feodor III
Tsar Rusia
16821721
dengan Ivan V 16821696
Diikuti oleh:
Didahului oleh
Maharaja Rusia
17211725
Diikuti oleh:
Catherine I
Didahului oleh
Frederick I
Duke Estonia dan Livonia
17211725
Kembali kehalaman sebelumnya