Qinghai merupakan sebuah wilayah yang agak baru di China. Kawasan ini selama ini menjadi tempat pertembungan pelbagai etnik yang memcampur aduk pengaruh kebudayaan Han (Cina), Mongolia, Tibet, dan Turkik. Qinghai dijadikan medan pertempuran ketika dinasti Tang dan dinasti-dinasti China seterusnya apabila menentang kerajaan Tibet yang berturut-turut.[1]
Pada tahun 1928, Qinghai dijadikan sebuah wilayah Republik China ketika itu. Seterusnya, Qinghai menjadi markas utama untuk hulubalang bernama Ma Bufang, sebelum menjadi wialyah di bawah pentadbiran Republik Rakyat pada tahun 1949.
Pelancongan
Banyak tempat tarikan pelancong berpusat di Xining, ibu wilayah Qinghai.
Bandaraya Xining sendiri mempunyai tempat yang begitu penting, termasuk Masjid Besar Xining ([清真大寺] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan), pinyin: qīngzhēn dà sì) dan Tokong Gunung Utara ([北山寺] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan), běishān sì).
Di luar Xining terdapat dua tapak tarikan yang pentinf:
Tasik Qinghai ([青海湖] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan), qīnghǎi hú) adalah sebuah tarikan pelancong yang terletak lebih jauh dari Xining berbanding Kumbum. Tasik ini adalah tasik air masin terbesar di China, dan juga terletak di "Bumbung Dunia," iaitu Penara Qinghai-Tibet. Tasik ini sendirinya terletak pada ketinggian 3,600m dari paras laut. Kawasan sekelilingnya terdiri daripada padang rumput beralun dan diduduki oleh etnik Tibet. Kebanyakan rombongan yang diatur berhenti di Pulau Burung ([鸟岛] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan), niǎo dǎo). Setiap tahun, diadakan pertandingan lumba basikal antarabangsa dari Xining hingga Tasik Qinghai.