Rúben Filipe Marques Amorim (pt; lahir 27 Januari 1985) ialah pemain bola sepak profesional Portugal yang telah bersara dan jurulatih bola sepak untuk kelab Primeira Liga Sporting CP.
Sebagai seorang pemain bola sepak footballer, Amorim bermain sebagai pemain tengah. Dia menghabiskan sebahagian besar kerjayanya berkhidmat untuk Belenenses dan Benfica, menanda tangani kontrak bersama Benfica pada 2008 kemudian memenangi tiga gelar liga, satu Taça de Portugal, lima Taças da Liga dan satu Supertaça Cândido de Oliveira. Amorim mewakili Portugal di dua Piala Dunia FIFA.
Dia berkhidmat untuk kelab Qatar Al Wakrah secara pinjaman pada 2016. Selepasnya dia memutuskan bersara pada 2017 dan melanjutkan kerjayanya di sukan bola sepak dengan melatih Casa Pia pada 2018. Semasa melatih kelab itu, ada pertengkaran besar di antara Amorim dan Persatuan Bola Sepak Portugal (FPF). Selepasnya ia melatih Braga B, sebelum melatih skuad utama pada Disember 2019, berjaya menjulang Taça da Liga 2020.
Pada Mac 2020, Amorim ditunjuk oleh Sporting CP sebagai jurulatih baharu dengan nilai transfer €10 juta. Amorim ialah salah satu jurulatih dengan yuran paling mahal. Pada musim 2020–21 dan 2023–24, ia memenangi Jurulatih Terbaik Tahunan Primeira Liga.
Pencapaian
Pemain
Benfica
Braga
Jurulatih
Braga
Sporting CP
Individual
- Jurulatih Primeira Liga Terbaik Bulanan: Februari 2021, April 2021, Oktober/November 2021, September 2023,[6] Disember 2023,[7] Januari 2024,[8] Mac 2024,[9] Ogos 2024[10]
- Jurulatih Terbaik Tahunan Primeira Liga: 2021,[11] 2024[12]
Kehidupan peribadi
Kedua orang tua Amorim telah berpisah semasa ia berumur tidak sampai satu tahun.[13] Amorim dikatakan sebagai anak yang suka sendiri, tetapi mudah berteman dalam bermain bola sepak. Kedua sepupunya David Simão dan Bruno Simão ialah pemain bola sepak.[14]
Amorim mempunyai dua anak.[15] Dia berkahwin dengan Maria João Diogo dan tempat perkahwinannya di Palácio e Mosteiro de São Marcos di Coimbra.[13] Maria João Diogo mempunyai gelar akademik dalam kepujian kejuruteraan telekomunikasi.[13] Maria ialah ipar kepada Antero Henrique, bekas pengarah sukan Paris Saint-Germain yang pernah mendatangkan pemain paling mahal di dunia semasa itu, Neymar ke Ligue 1 dengan yuran sebesar 222 juta euro pada 2017.[16][17][18] Saudara perempuan Maria yang lain, Inês berkahwin dengan pemain Braga, Sporting CP dan Benfica yang telah bersara Luís Filipe.[19]
Rujukan
Pautan luar