Roh Kembali... ialah sebuah siri televisyen bergenre seram/ghaib buatan Malaysia yang bertemakan qarin.
Sinopsis
Zaidi ialah seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Namun, Zaidi sebenarnya terlibat dalam sindiket jenayah terancang tanpa diketahui oleh keluarga dan rakan baiknya. Walaupun Zaidi hidup dalam kemewahan, dia sering dihantui oleh roh orang mati. Semenjak itu, kehidupan Zaidi tidak pernah tenang oleh kerana dosa-dosanya.
Zaidi sering ternampak roh Lillian Chan, seorang perempuan simpanan Tauke Boon yang sudah mati dibunuh atas arahan tauke itu, berkeliaran di rumah, pejabat atau di mana jua tempat yang dia pergi. Dia menjadi lebih tertekan apabila jirannya, Roslan terbunuh terkena peluru sesat semasa insiden Zaidi sedang bergelut dengan musuhnya.
Zaidi rasa bersalah atas apa yang berlaku terutama sekali apabila isteri Roslan, Maheran terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan. Akhirnya, Zaidi didakwa atas kesalahan membunuh Roslan. Isterinya, Zahirah terpaksa menghabiskan wang untuk mengupah peguam handalan Azrin demi membebaskan suami yang tercinta.
Pelakon
Penerbitan
Penggambaran siri drama Roh Kembali… mengambil masa 45 hari, segalanya di bawah arahan Azman Yahya @ Jinggo.[1] Pengarah Azman Yahya menegaskan bahawa drama itu tidak menunjukkan tentang keseluruhan rupa hantu sebaliknya hanya ditekankan pada mata atau jari makhluk itu, asalkan dapat membongkar qarin dengan lebih mendalam. Jelasnya, "Bukan senang untuk saya membongkar tentang perkara yang orang Islam patut tahu melibatkan hantu dan syaitan. Penulis skrip Maizura Mohd Ederis banyak merujuk al-Quran dan sunnah kerana kita mahu drama ini bukan sahaja memberikan info tetapi juga menghiburkan."[2]
Pelakon Sheila Rusly, juga suami kepada Azman, menjelaskan unsur keagamaan dalam drama ini: "Roh Kembali… merupakan sebuah jalan cerita yang mengikut sunnah Al-Quran dan ia telah dibongkarkan ke visual untuk tatapan umum. Setiap episod akan kupas satu Surah. Setiap cerita dalam drama ini ada kait-mengait dengan Surah itu."[1]
Rujukan