Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Rosemaria Abdul Hamid

Rosemaria Abdul Hamid
Latar belakang
Nama lahirRosemariah binti Abdul Hamid
Kelahiran (1956-08-11) 11 Ogos 1956 (umur 68)
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi,
InstrumenVokal
Tahun aktif1977-1981
Syarikat rakaman
EMI
Laman sesawang
[1]

Rosemariah Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Rosemaria merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar era 1980-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura. Bakatnya di cungkil ketika beliau menyertai Bintang RTM pada tahun 1977.

Rosemaria yang berasal dari Kelantan merupakan salah seorang penyanyi wanita terawal yang memenangi pertandingan Bintang RTM, sebuah pertandingan pencarian bakat penyanyi yang paling awal diadakan iaitu bermula pada sekitar pertengahan 1970-an.

Beliau menjadi juara Bintang RTM 1977 ketika berusia 21 tahun. Berikutan dari itu, pada 1978, Rosemaria telah menerima tawaran sebagai artis syarikat rakaman antarabangsa EMI dan berjaya mengeluarkan album pertamanya pada 1979. Setelah mengeluarkan album ketiga dan terakhirnya pada 1981, Rosemaria telah melangsungkan perkahwinan.[1]

Nama Rosemaria semakin tenggelam dengan kehadiran beberapa lagi juara baru Bintang RTM seperti Juliza Adlizan (1983) dan Ramlah Ram (1985), serta ramai lagi penyanyi pop wanita era 1980-an.

Kehidupan awal

Rosemaria Abdul Hamid telah memaparkan bakat dan minatnya dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Malah, pada usia lapan tahun, dia telah menyanyi di khalayak ramai iaitu di majlis perkahwinan saudaranya.

Bapanya tidak melarang anak kedua daripada enam beradik itu menyanyi, malah memainkan peranan sebagai penggalak kepadanya untuk aktif menyanyi sekitar bandar Kota Bharu. Ketika masih di bangku sekolah, dia menjadi penyanyi tetap kumpulan gambus Delima Adabi.

Rosemaria menyertai kumpulan itu sekitar tahun 1969 dan kerap mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan majlis hiburan lain. Daripada situ, bakatnya mendapat perhatian Radio Tiga Kota Bharu, dan turut diundang menyanyi di dalam rancangan terbitan radio tersebut.

Rosemaria menyertai pertandingan Bintang Radio pada tahun 1972, dan hanya berjaya ke peringkat akhir tanpa meraih sebarang kejayaan. Setahun kemudian, bersama kumpulan The Sheens, dia mencuba nasib dalam pertandingan Juara Kugiran dan pada 1976 Rosemaria memasuki pertandingan Bintang RTM, namun masih menemui kegagalan.

Kegagalan berulang-kali itu tidak mematahkan semangat Rosemaria untuk terus mencuba kerana pada masa itu, siri pertandingan tersebut begitu mendapat perhatian untuk mana-mana bintang baru mencipta nama.

Percubaan seterusnya pada tahun 1977 membawa tuah kepadanya. Lagu Bunga Tanjung dendangannya di pertandingan itu membawa tuah kepadanya dan melayakkan dia bergelar juara.

Selepas kejayaan itu, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur kerana sedar di situlah tempat yang paling sesuai untuk mencurahkan bakat nyanyian.

Rosemaria juga menyedari sekiranya terus menetap di Kota Bharu, bakat yang ada dalam dirinya mungkin tidak dapat diluahkan sepenuhnya. Ternyata usahanya membuahkan kejayaan.

Rosemaria telah menerima tawaran sebagai artis syarikat rakaman antarabangsa EMI dan berjaya mengeluarkan album pertamanya berjudul Kisah Kasih yang dilancarkan pada tahun 1979, yang menjulang nama Rosemaria sehingga dia mula dikenali.

Namun pada masa itu, dia juga ingin menambah pengalaman menyanyi dan menyertai rombongan Anita Sarawak. Bersama Anita, dia hanya muncul sebagai penyanyi latar sahaja, namun pengalaman tersebut amat bermakna buatnya kerana banyak pengalaman yang ditimbanya di situ.[2]

Bersama Anita, dia banyak menjelajah negara luar apabila penyanyi terkenal itu mengadakan persembahan di mana-mana negara. Selain bertindak sebagai penyanyi latar, dia juga turut menari.

Daripada sanalah, dia mula belajar menari dan menyerapkannya ke dalam persembahannya apabila muncul secara solo. Malah, terdapat yang mengatakan gaya persembahannya menyerupai persembahan Anita Sarawak.

Kini, Rosemaria kembali menetap di Kota Bharu bersama keluarga dan mengusahakan kedai menjahit pakaian sejak beberapa tahun lalu. Namun, dia tidak pernah sepi daripada bidang nyanyian.

Walaupun tidak mempunyai album terbaru, namun Rosemaria masih lagi aktif menyanyi khususnya dalam persembahan makan malam di sekitar Kota Bharu dan juga persembahan di Radio Tiga Kota Bharu.

Minatnya pada bidang nyanyian tidak pernah padam walaupun kini tidak begitu aktif sebagaimana pada peringkat awal kemunculannya. Dia juga tidak menolak kemungkinan kembali merakamkan album sekiranya berpeluang.

Tambahan pula, sekarang timbul kecenderungan pendengar meminati kemunculan penyanyi lama sepertinya.

Diskografi

Album studio

Sepanjang 10 dekad pembabitannya dalam bidang seni suara, Rosemaria menghasilkan tiga album solo dan empat album campuran bersama penyanyi-penyanyi daripada syarikat EMI seperti Allahyarham Sudirman, Uji Rashid, Hail Amir, Latiff Ibrahim, Gaya Zakry dan Noor Kumalasari.

  • Kisah Kasih (1979)
  • Dalam Mengenangmu (1980)
  • Kisah - Kisah Masa Lalu (1981)

Pelbagai

Lagu Lagu

  • "Kisah - Kisah masa Lalu"
  • "Cintamu Yang Menyayat Hati"
  • "Nasi Dagang"
  • "Dalam Mengenangmu"

Lagu Raya

  • "Di Pagi Aidilfitri"
  • "Senandung Hari Raya"

Rujukan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya