Dalam Islam, Sahabat nabi (Arabالصحابه;) bermaksud mereka yang hidup semasa zaman Nabi Muhammad lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad semasa mengembangkan Islam.
Sahabat Nabi yang terkenal
Terdapat 3 syarat yang wajib yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu layak digelar sebagai sahabat nabi iaitu, seseorang yang hidup di zaman baginda dan bersua muka atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta). Kedua, mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda. Yang terakhir ialah mereka yang mati dalam Islam kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetapi murtad setelah kewafatan baginda.