سميرة سعيد Samira Said |
---|
Samira Said |
|
Nama lahir | Samira Bensaïd Pirthi |
---|
Kelahiran | (1958-01-10) 10 Januari 1958 (umur 66) |
---|
Berasal dari | Rabat, Maghribi |
---|
Genre | Muzik Arab, pop |
---|
Pekerjaan | |
---|
Tahun aktif | 1975 — kini |
---|
Syarikat rakaman | |
---|
Samira Said (Arab: سميرة سعيد; nama asli: Samira Bensaïd; lahir di Rabat, Maghribi, 10 Januari 1958; umur 66 tahun) ialah penyanyi dan pelakon Maghribi.
Biografi
Dilahirkan dan dibesarkan di Rabat, Maghribi, Samira mula bernyanyi sejak kecil lagi. Walaupun banyak orang mempercayai bahawa kedua-dua kerupawanan dan personalitinya yang menawan akan memberi Samira masa hadapan yang cemerlang, adalah ketika Samira mula bernyanyi secara profesional pada umur 9 tahun bahawa mereka dapat menyedari bahawa Samira telah ditakdirkan dengan pencapaian-pencapaian yang lebih unggul. Ibu bapanya telah mendaftarkan Samira dalam pertandingan-pertandingan nyanyian sebaik sahaja mereka menyedari bakat cahaya mata mereka. Samira seringnya menjadi penyanyi kegemaran kepada para pengadil, dengan kemenangan-kemenangannya kemudian melancarkan kerjaya nyanyian profesionalnya. Tidak lama kemudian, Samira menjadi penyanyi yang paling popular di Maghribi. Karyanya yang paling terkenal termasuk "Maghlouba" dan "Wa'ady". Kemunculan buat pertama kalinya dalam televisyen ialah dalam pertunjukan "Mawaheb".
Selepas dinasihati oleh Abdul Halim Hafez, penyanyi pujaan dan kawannya, Samira memutuskan untuk berpindah ke Mesir supaya dapat mencapai kesan yang lebih unggul di seluruh dunia Arab. Merasakan keunggulannya, banyak penerbit mengambilnya dan Samira mula mencipta lagu-lagu yang indah serta membuat banyak rakaman lagu kegemaran Arab.
Kerjaya antarabangsa
Pada tahun 1980, Samira menyanyi lagu sertaan Maghribi yang pertama (juga yang tunggal setakat ini) dalam Pertandingan Lagu Eurovision. Bagaimanapun, lagunya, "Bitaqat Hub", hanya mendapat kedudukan ke-18 antara 19 lagu sertaan.
Pada awal dekad 1980-an, Samira membuat rakaman lagu "Al hob Elli Ana Aichah", lagu yang digubah oleh Mohamad Sultan. Beliau kemudian membuat rakaman lagu bersama-sama dengan penyanyi yang ternama dalam dunia muzik di Mesir, termasuk Baligh Hamdi, Helmi Bakr, dan Mohamad Al-Mouji.
Alemnah Al hob, persembahan Samira dalam Televisyen Layali pada tahun 1983, dikatakan meningkatnya ke kemasyhuran di Mesir. Beliau diketahui memilih lagu dan pemain muzik iringan dengan teliti, dan bekerja bersama dengan sebilangan penggubah dan penulis lirik yang terkenal. Oleh itu, banyak daripada lagunya telah disanjung oleh para pengkritik, termasuk lagu Asmar malak, Malak moch zay aweydak, Sayidati anissati sadati, Ech gab li gab, El Leila dee, Min ghir sabab, Amrak ajib, Al gani Baad Yomeen, Mosh Hatnazel Anak, dan Alf Leila wal Leila.
Pada tahun 2005, Samira menggunakan kesempatan yang diberikan oleh kejayaannya untuk menerbitkan lagu Aweeny Beek (buatkan saya lebih kukuh). Baru-baru ini, beliau menyanyikan lagu Kollena Ensan (Semua orang) untuk pertandingan bola sepak African Cup Of Nations di Kaherah pada bulan Januari 2006 dan kemudiannya membuat persembahan di Casablanca pada bulan Julai.
Diskografi
- El hob elli ana a'aycheh (1980)
- Bitaqat hob (1980)
- ben lif (1981)
- Hikaya (1982)
- Allemnah el hob (1983)
- Ketr al kalam (1983)
- Methaya'li (1984)
- Lilet el ouns (1984)
|
- Ya damaiti haddi (1984)
- Ehki ya chahrazed (1985)
- Youm akablak fih (1985)
- Ech gab li gab (1985)
- Amrak ajib en (1986)
- Ana walla anta (1989)
- Moch hatnazel a'anak (1986)
- Sibak (1986)
|
- Ya ebn al halel (1987)
- Ghariba (1988)
- Sibni louahdi (1988)
- Ensani (1989)
- Ba'adin neta'ateb (1990)
- Choft el amar (1991)
- Hannitlak (1992)
- Khayfa (1992)
|
- a'ach'a (1993)
- Enta habibi (1995)
- Kolli de echa3at (1996)
- a'al bal (1998)
- Rouhi (1999)
- Laila habibi (2001)
- Youm Wara Youm (2002)
- Awweeni Beek (2004)
- Ayam Hayati (2008)
|
Pautan luar
|
---|
Artis wanita | |
---|
Artis lelaki | |
---|
Rencana berkait | |
---|
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|