Samut Sakhon terletak di muara Sungai Tha Chin Klong, satu cabang Sungai Chao Phraya yang masuk ke Teluk Thailand. Di pantai, terdapat banyak ladang yang digunakan untuk menghasilkan garam laut.
Sejarah
Nama tertua kawasan ini ialah "Tha Chin". Perkataan ini mungkin membayangkan bahawa kawasan ini merupakan sebuah pelabuhanperdagangan di mana terdapat banyak jong yang singgah.
Kota Sakhon Buri diasaskan pada tahun 1548, dan kemudian dinamakan semula pada tahun 1704 sebagai "Mahachai" sempena khlong Mahachai yang digali dan disambungkan dengan Sungai Thai Chin dekat kota itu. Kota ini kemudian dinamakan semula oleh Raja Mongkut menjadi nama sekarang, tetapi nama Mahachai masih kekadang digunakan oleh orang-orang tempatan.
Lambang
Mohor wilayah ini menampilkan sebuah jong di hadapan pantai, dengan cerobong yang berasap di latar belakang. Kedua-dua ini merujuk kepada tradisi perdagangan lama, serta industri-industri tempatan.