Senario Lagi ialah sebuah filem komediMalaysia 2000 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan lakonan kedua kumpulan Senario dan filem pertama yang menampilkan Yassin Yahya sebagai watak utama.
Sinopsis
Mengisahkan tentang Azlee yang baru saja dinaikkan pangkat telah membeli kereta terpakai "Wira Hijau" untuk membawa isteri, Zati (Syanie) dan Zali (Al-Fariz) untuk bercuti ke Cherating. Mazlan (Ejen Bank) sedang mencari kereta curi yang dibeli oleh Azlee dan mengekorinya hingga ke Cherating sekali. Azlee terserempak dengan Linda (Umie Aida) dan mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan membuatkan Zati cemburu. Mazlan mengajak Yassin tolong bawa kereta curi itu ke Kuala Lumpur tetapi dia menolak. Sedang asyik Azlee dan Zati bertengkar dalam kereta, mereka terlanggar Saiful yang membonceng motosikal. Wahid (pencuri kereta) telah mencuri kereta Azlee dan bawa lari ke Thailand.
Azlee telah ditelefon oleh polis bahawa pihak polis telah berjaya jumpa kereta yang telah dicuri di permeriksaan polis, Azlee dan keluarganya gembira dan terima kepada Mazlan. Wahid berhenti kereta dan mencampakkan beg dan memasukkan Yassin ke dalam bonet kereta. Mazlan memberikan nombor plat kereta kepada Azlee dan menjelaskan bahawa kereta yang bukan dimiliki oleh Azlee, tetapi kereta yang dimiliki oleh seorang yang ingin saman Azlee.
Semasa Wahid dalam perjalanan, tiba-tiba kereta yang telah disangkut oleh lumpur. Orang-orang India mahu menumpangkan kereta Wahid kerana kereta mereka rosak, lalu 2 orang India menolak kereta. Di dalam perjalanan itu, Azlee dan Mazlanjatuh cinta kepada Linda lalu dalam perjalanan, tetapi Azlee terkejut lalu terlanggar reban ayam. Nasib baik mereka terselamat daripada kereta yang akan terjatuh. Linda memaksa mereka untuk menolong mencari kereta yang dicuri.
Semasa sampai di kenduri Orang India mengajak Wahid untuk makan tetapi dia menolak. Yassin menjerit dan meminta tolong lalu budak perempuan India membuka but kereta. Yassin telah dibawa kekasihnya yang dinama Kamala. Kamala ingin pergi ke kedai lalu Yassin membawa Kamala ke kereta. Sampai berhenti di kedai, Azlee, Linda, Mazlan dan keluarganya menjejak mereka.
Terjadi baku hantam antara mereka di estet ladang getah. Wahid menculik Kamala dan meninggalkan dia bersama Yassin. Mereka kemudian ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. Linda pula mempelawa Azlee dan keluarganya menginap di hotel tempat dia bekerja sebagai penyanyi lounge.
Lan berkenalan dengan Wahid dan diberikan kunci kereta. Dengan maklumat diberikan mereka ke satu destinasi dinamakan 'Taman Skodeng' malang sekali nasib mereka malam itu pihak polis mengadakan serbuan dan tertangkap.
Semasa hendak daftar keluar hotel, Wahid cuba melarikan kereta tetapi digagalkan oleh Zali yang sudah pun menyelinap masuk.
Pelakon
Pelakon utama
Azlee Jaafar sebagai Azlee - Merupakan seorang suami, dan bapa kepada seorang anak yang baru dinaikkan pangkat membeli kereta baru. Hampir menjadi curang dan terlibat dengan skandal sepanjang perjalanan mereka
Lan Pet Pet sebagai Mazlan - Merupakan Ejen bank yang bertugas untuk menarik kereta, dia menjejaki Azlee hingga ke Pantai Timur untuk menarik kembali kereta yang baru dibeli oleh Azlee
Wahid Mohd sebagai Wahid - Seorang ejen / pekerja haram yang terlibat dalam organisasi haram iaitu sindiket mencuri kereta dan menjual ke Sempadan Negara. Dia mengenakan gaya hidup mewah hasil dari kegiatan curi kereta. (Merupakan antagonis utama).
Saiful Apek sebagai Saiful - Seorang penganggur yang tidak sengaja terlibat dengan insiden yang berlaku terhadap Azlee sekeluarga setelah kemalangan. Namun dia mengambil kesempatan dengan mengugut Azlee untuk membawanya ke muka pengadilan bagi menuntut sebarang perbelanjaan dirinya sepanjang perjalanan yang 'kebetulan' ini
Yassin Yahya sebagai Yassin Alias Haranas Sutrisnor - Seorang warganegara Indonesia yang telah bekerja di negara Malaysia selama dua tahun. Ingin berhijrah ke Pantai Timur dan mencari isteri 'Bollywood'. Juga seorang yang lurus bendul
Syanie sebagai Zati'l - Isteri kepada Azlee yang tidak memiliki keyakinan diri ekoran 'kekurangan diri' yang dirasakan oleh dirinya. Serta kuat cemburu
Umie Aida sebagai Linda - Seorang penyayi di resort Cherating. Namun telah jatuh cinta kepada Azlee setelah Azlee menolong membayar barangan dan membaiki keretanya
Al-Fariz Ismail sebagai Zali - Anak tunggal Azlee dan Zati yang masih kencing malam dan suka menerajang kaki orang dewasa
Bobby Kiran sebagai Kamala - Wanita berbangsa india yang menjadi 'buah hati' Yassin. Tidak sengaja terlibat dalam insiden ini setelah dilarikan oleh Wahid sewaktu aksi kejar-mengejar. Kebetulan cleaner di Resort tempat yang sama Linda bekerja
Pelakon undangan
Ahmad Idham sebagai Doktor - Seorang doktor yang tidak berkompromi dengan sesiapa dan tegas
Amy Mastura sebagai Pegawai Polis - Pegawai polis wanita yang tegas menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi juga
Azhar Sulaiman sebagai Pelayan Warung - Seorang pelayan warung yang suka buat kerja mudah
Aziz M. Osman sebagai Pekerja Hotel - Pekerja hotel yang menyelamatkan Kamala yang diikat oleh Wahid
Jalaluddin Hassan sebagai Pelakon Drama - Pelakon lelaki yang diminati oleh Zati
Lydiawati sebagai Jiran Azlee - Pernah berlakon sebagai watak utama dalam XX Ray 2 namun beliau membuat penampilan khas di dalam filem ini. Memberikan maklumat keberadaan Azlee sekeluarga kepada Mazlan
Mustapha Kamal sebagai Jurujual Kereta - Seorang tauke yang membeli dan menjual kereta terpakai. Menjual kereta yang masih ada tunggakan bayaran kepada Azlee
Umie Aida dan Ahmad Idham adalah pelakon yang membintangi drama popular ketika itu, Romeo & Juliet yang ditayangkan di saluran TV3. Kedua-duanya membuat penampilan di dalam filem ini. Salah satu lagu tema drama itu nyanyian Umie dan Azlan Abu Hassan dijadikan lagu latar babak romantis dalam filem ini dimana Umie dan Azlee seperti pasangan kekasih.
Telenovela / soap opera Melayu pertama, Idaman. Turut diadaptasi ke dalam filem ini dimana Syanie bermimpi menjadi kekasih baru Datuk Mansor lakonan Jalaluddin Hassan. Begitu juga dimana Azlee menjadi teman baru Nina Juren. Bukti betapa kuatnya pengaruh drama TV pada era ketika itu.
Proton Wira Tahun 1999 yang dibawa lari oleh Wahid itu berwarna hijau gelap. Sekali imbas seakan akan berwarna hitam. Amat jarang sekali kereta dengan skema warna sebegitu ditemui.
Azlee berimej rambut lebat untuk cerita ini. Azlee sinonim dengan imej rambut flat top sepanjang kariernya.