Serbuan Xinjiang Januari 2007 adalah peristiwa yang berlaku pada 5 Januari, 2009 di mana satu serbuan dilakukan oleh polis China ke atas kem latihan yang disyaki milik Pergerakan Islam Turkestan Timur di Kaunti Akto di dalam penara Pamirs berdekatan sempadan di antara Afghanistan dan Pakistan.[1]
Seorang jurucakap untuk Jabatan Keselamatan Awam Xinjiang berkata 18 orang yang disyaki pengganas telah terbunuh dan 17 orang lagi ditawan. Serbuan ini juga menyebabkan kematian seorang pegawai separa tentera China, Huang Qiang, berumur 21 tahun, dan mencederakan seorang pegawai yang lain. Pihak berkuasa merampas bom tangan, senapang, dan bahan letupan buatan sendiri daripada tempat kejadian.[1][2]
Dalam satu reaksi, ramai para pemimpin Uyghur yang berada dalam buangan mempertikaikan motif di sebalik serbuan ini. Rebiya Kadeer, aktivis kemanusiaan Uyghur, telah meminta satu siasatan bebas Pertubuhan Bangsa Bersatu diadakan, sementara Alim Seytoff, pengerusi eksekutif Kongres Uighur Dunia, mendakwa kerajaan China belum mengemukakan bukti yang mengesahkan pertalian kem ini dengan keganasan. Dalam satu tindak balas, Zhao Yongchen, timbalan pasukan melawan keganasan Xinjiang, mengulangi amaran realiti ancaman kem pengganas. [1][3]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Dalaman | |
---|
menentang Taiwan (selepas 1 Oktober 1949) | |
---|
Luaran | |
---|