Serebrum merupakan sebahagian besar dari otak yang mengandungi korteks serebrum (kedua-dua hemisfera serebrum) serta beberapa substruktur termasuk hipokampus, ganglia asas dan bebuli pembauan. Ia adalah kawasan sistem saraf pusat yang paling atas dalam otak manusia. Prosensefalon adalah struktur embrio dari mana serebrum dikembangkan sebelum kelahiran manusia itu lagi. Telensefalon belakang atau palium berkembang menjadi korteks serebrum, manakala telensefalon hadapan atau subpalium pula berkembang menjadi ganglia asas. Serebrum juga akan terbahagi menjadi dua buah hemisfera yang lebih tidak kurang simetrinya.
Bahagian ini mengawal semua tindakan terkawal dalam badan dengan bantuan serebelum.
Struktur
Serebrum adalah bahagian yang terbesar dalam otak. Ia terletak ada di depan atau di atas batang otak bergantung pada posisi haiwan tersebut. Serebrum manusia adalah bahagian yang terbesar dan paling berkembang dalam otak manusia.
Ia terdiri daripada dua belahan otak dan kortis masing-masing (lapisan luar jirim kelabu), dan kawasan jirim putih di dasarnya.[1] Substruktur yang ada termasuk hipokampus, ganglia asas dan bebuli pembauan. Serebrum ini terdiri dari dua hemisfera otak (cerebral hemisphere) yang terpisah dari satu sama lain oleh suatu celahan dalam dipanggil fisur membujur.
Korteks serebrum
Korteks serebrum ialah lapisan luar jirim kelabu otak yang hanya boleh ditemui dalam mamalia. Dalam mamalia yang bersaiz lebih besar termasuk manusia, permukaan korteks ini melipat membentuk girus seakan rabung dan sulkus seakan parit yang meningkatkan luas permukaan.[2]
Korteks ini umumnya dikelaskan kepada empat lobus: iaitu lobus frontal, lobus parietal, lobus temporal dan lobus oksipital. Lobus-lobus ini dikenalpasti berdasarkan tulang neurokranium (neurocranial bone) yang ada di dalamnya.[3]
Hemisfera serebrum
Serebrum dibahagikan fisur membujur medial kepada dua hemisfera kanan dan kiri. Hemisfera kanan mengawal dan memproses isyarat dari sebelah kiri badan manakala sementara hemisfera kiri mengawal dan memproses isyarat dari sebelah kanan badan, oleh sebab itu kedua-dua belahan ini boleh dikatakan disusun secara kontralateralnya (contralaterally organized). Terdapat simetri bilateral yang kuat tetapi tidak lengkap antara kedua-dua hemisfera ini. Itu lateralization fungsi otak melihat yang diketahui dan kemungkinan perbezaan antara kedua-dua.
Fungsi
Pergerakan
Serebrum mengarahkan pergerakan motor yang terkawal atau sedar dalam badan, di mana ia datang dari korteks motor primer dan kawasan motor lobus frontal lain yang merancang pergerakan diingini. Neuron motor atas menghantar akson dan korda spina masing-masing ke batang otak dan sinaps pada neuron motor bawahan yang menyaraf otot-otot ini. Kerosakan kawasan motor korteks boleh menyebabkan penyakit neuron motor tertentu, seterusnya menyebabkan kemerosotan kusas dan ketepatan otot.
Pemprosesan deria
Bebuli pembauan yang bertanggungjawab untuk deria bau mengambil sebahagian besar kawasan serebrum kebanyakan haiwan vertebrat. Walau bagaimanapun, bebuli ini yang terdapat pada manusia bersaiz kecil dan terletak di bawah lobus frontal. Sistem penderiaan olfaktori agak unik kernana neuron-neuron yang ada pada bebuli tersebut menghantar akson secara langsung kepada korteks olfaktori daripada talamus terlebih dahulu. Kerosakan pada bebuli iini menyebabkan kehilangan deria bau.
Bahasa dan komunikasi
Pertuturan dan bahasa dianggap berpunca daripada bahagian tertentu dalam korteks serebrum. Bahagian motor bahasa berpunca daripada kawasan Broca dalam lobus frontal. Pemahaman pertuturan berpunca daripada kawasan Wernicke di persimpangan antara lobus temporal dan lobus parietal. Kedua-dua kawasan ini saling berhubung eoleh palisan jirim putih iaitu faskikulus arkuata. Kerosakan kepada kawasan Broca menyebabkan afasia ekspresif (yang tidak fluen atau fasih) manakala kerosakan kepada kawasan Wernicke menyebabkan afasia reseptif (yang tidak fluen).
Pembelajaran dan ingatan
Ingatan faktual (bersifat eksplisit atau jelas) dibentuk dalam hipokampus dan kawasan yang berkaitan dalam lobus temporal medial, manakala ingatan prosedural (yang tersirat) seperti perlakuan motor kompleks datangnya daripada ganglia asas.
^Angevine, J.; Cotman, C. (1981). Principles of Neuroanatomy. NY: Oxford University Press. |access-date= requires |url= (bantuan)|access-date= memerlukan |url= (bantuan)
^Rosdahl, Caroline; Kowalski, Mary (2008). Textbook of Basic Nursing (ed. 9th). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 189. Dicapai pada 28 January 2015.