Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Shenyang J-6

J-6/F-6
Sebuah pesawat J-6 fighter sedang dipamerkan di Muzium Penerbangan China
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar Perbadanan Pesawat Shenyang
Penerbangan sulung 17 Disember 1958
Diperkenalkan Disember 1961
Dihentikan akhir 1990-an (China)
Pengguna utama Tentera Udara Pembebasan Rakyat China
Tentera Udara Pakistan
Tentera Udara Korea Utara
Dikeluarkan 1958-1981
Jumlah dibina 3,000
Dibangunkan dari Mikoyan-Gurevich MiG-19

Shenyang J-6 (歼-6; designasi F-6 untuk versi eksport) (Nama pengenalan NATO Farmer) merupakan sebuah pesawat pejuang buatan China yang ditiru daripada pesawat MiG-19 'Farmer' buatan Kesatuan Soviet.

Rekabentuk dan pembangunan

Walaupun MiG-19 memiliki jangka hayat yang singkat dalam perkhidmatan Soviet, China menghargai kelincahan pesawat ini, keupayaan membeloknya dan persenjataan meriam yang berkuasa. China mengeluarkan pesawat ini untuk kegunaan mereka antara tahun 1958 hingga 1981. Sehingga akhir tahun 2005, J-6 telah dibersarakan dalam misi tempur aktif. Meskipun begitu, pesawat asas MiG-19 masih digunakan oleh tiga buah negara. Versi serangan darat buatan China iaitu Q-5 masih diterbangkan oleh beberapa buah negara.

J-6 telah dianggap "boleh dilupuskan" dan bertujuan untuk digunakan hanya 100 jam penerbangan (atau kira-kira 100 serangan udara sebelum dilupuskan. Tentera Udara Pakistan sering kali dapat memanjangkannya sehingga 130 jam, dengan penyelenggaraan yang teliti.[1]

Sehingga hari ini, J-6 masih digunakan oleh Korea Utara, Myanmar (Burma) dan Sudan.

Muncung F-6, perhatikan meriam 30 mm pada pangkal sayap dan fiuslaj.
Sebuah J-6 milik Tentera Udara Pakistan.
Sebuah J-6C Tentera Udara Albania.

Spesifikasi


Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 12.5 m (41 kaki)
  • Rentang sayap: 9.2 m (30 kaki 2 in)
  • Tinggi: 3.9 m (12 kaki 10 in)
  • Sayap luas: 25.0 m² (270 kaki²)
  • Berat kosong: 5,447 kg (11,983 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 7,560 kg (16,632 lb)
  • Loji kuasa: 2× Liming Wopen-6A (Tumansky RD-9B) turbin jet lepas bakar, 36.78 kN (8,267 lbf) setiap satu
  • Muatan minyak: 1,800 kg (3,960 lb)

Prestasi


Persenjataan

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

  1. ^ Yeager, Chuck and Janos, Leo. Yeager: An Autobiography. Page 396 (paperback). New York: Bantam Books, 1986. ISBN 0-553-25674-2.

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya