Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Shiba inu

Shiba inu
Seekor shiba inu merah berusia tiga tahun
Nama lain
  • Shiba
  • Shiba inu Jepun
  • Shiba ken
Negara asalJepun
Trait
Berat Jantan 10 kg (22 lb)
Betina 8 kg (18 lb)
Tinggi Jantan 35–43 cm (14–17 in)
Betina 33–41 cm (13–16 in)
Bulu ganda
Warna merah, hitam dan sawo matang, krim, bijan, bijan hitam, bijan merah
Saiz perinduk purata 3 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)
Shiba inu
"Shiba inu" dalam Kanji
Japanese name
Kanji柴犬
Kanaしば いぬ

Shiba inu atau hanya shiba[a] ialah satu baka anjing pemburu dari Jepun. Sebagai baka kecil hingga sederhana, ia merupakan yang terkecil antara enam baka anjing asli dari Jepun.[1]

Sebagai anjing kecil, berwaspada, dan tangkas yang sangat bagus dengan rupa bumi bergunung-ganang dan denai kembara, shiba inu pada asalnya dibiakbakakan untuk perburuan.[1][2] Ia terlihat serupa namun kerap dikelirukan dengan baka anjing Jepun lain seperti anjing Akita atau anjing Hokkaido, tetapi shiba inu merupakan baka berbeza dengan susur galur, perangai, dan saiz lebih kecil tersendiri berbanding dengan anjing Jepun lain.[3][4]

Penampilan

Bingkai tubuh shiba adalah padat dengan otot cukup terbentuk.[5] Ia berlapis bulu ganda dengan lapis bulu atas yang kaku dan lurus dan lapis bulu bawah yang lembut dan tebal. Bulunya pendek termasuk pada muka mirip rubah, telinga, dan tungkai. Rerambut pengawal terletak menjauh dari tubuh dan kira-kira sepanjang 4–5 cm (1.5–2 in) di kelasa. Tujuan rerambut pengawal adalah untuk melindungi kulit di bawahnya dan untuk menangkis hujan atau salji. Bulu ekornya lebih panjang sedikit dan terbuka semasa diberus.[6] Ekornya merupakan ciri pentakrif dan menjadikannya terserlah berbanding dengan baka anjing lain.

Warna krim dianggap sebagai "kecacatan besar" oleh kedua-dua Japan Kennel Club dan American Kennel Club.[6] Ia tidak patut langsung sengaja dibiakbakakan dengan anjing pertunjukan, kerana tanda-tanda yang disyaratkan yang dikenali sebagai "urajiro" (裏白) tidak terlihat; "Urajiro" secara harfiah diterjemahkan kepada "putih bawahan".[2] Sebaliknya, lapis bulu putih (krim) memang diterima menurut piawaian baka The Kennel Club.[7]

Urajiro (warna ventral antara krim dengan putih) disyaratkan untuk kawasan-kawasan berikut pada semua warna lapis bulu: di sisi muncung, di pipi, di dalam telinga, di bahagian bawah rahang dan di bahagian atas tekak, di dalam tungkai, di abdomen, di sekitar bukaan dan di bahagian hadapan ekor. Pada anjing merah: umumnya di tekak, di dada hadapan, dan di dada. Pada anjing hitam dan anjing bijan: umumnya sebagai tanda segi tiga di kedua-dua sisi dada hadapan.[8]

Perangai

Seekor anak shiba inu

Shiba inu dianggap sebagai bakai berwaspada, penyayang, dan berdikari dengan kecerdasan tinggi tetapi juga agak degil dan keras kepala.[9]

Istilah-istilah "keberanian bersemangat" (悍威, kan'i), "sifat baik" (良性, ryōsei), dan "kenaifan" (素朴, soboku) mempunyai tafsiran halus yang menjadi buah mulut bagi banyak ulasan.[10]

Tinjauan pakar mengelaskan shiba inu sebagai baka yang mempunyai "agresi tinggi, kereaktifan tinggi, dan kebolehlatihan sederhana".[11] Satu penjelasan mungkin untuk ini dan tingkah laku yang diperhatikan ialah bahawa shiba inu lebih berkait rapat dengan serigala berbanding dengan anjing bela jinak dari negara lain.[12]

Oleh sebab kecerdasan tinggi baka ini, ia memerlukan banyak senaman dan rangsangan. Senaman tidak cukup dapat menyebabkan kebimbangan yang membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini, yang ketara merupakan "jeritan shiba".[9][13]

Tinjauan di Jepun mendapati bahawa shiba inu lebih berkemungkinan untuk penglibatan dalam tingkah laku pemusnah, keengganan berjalan semasa bercawak, penglibatan dalam tingkah laku percubaan pengawanan, dan pengejaran ekor. Shiba inu juga didapati kurang berkemungkinan untuk menyalak terhadap bunyi semasa di dalam rumah.[14]

Sejarah

Serpihan dogū Zaman Jōmon dengan telinga tajam, digali ke luar di Wilayah Aomori

Shiba inu telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[15] Anjing dengan penampilan serupa dengan shiba inu diwakili pada dogū yang dibuat semasa zaman prasejarah Jōmon dalam sejarah Jepun.[16]

Shiba inu dibiakbakakan untuk memburu dan menggarah buruan kecil, seperti burung dan arnab. Shiba hidup di kawasan pergunungan di Kawasan Chūbu. Semasa Pemulihan Meiji, baka anjing barat diimport dan silangan antara anjing ini dengan baka asli Jepun menjadi popular. Dari tahun 1912 hingga tahun 1926, hampir tiada shiba tulen yang tersisa. Dari sekitar tahun 1928, para pemburu dan cendekiawan mula menunjukkan minat dalam perlindungan shiba tulen yang tersisa.[17]

Sungguhpun terdapat usaha untuk memulihara baka ini shiba hampir menjadi pupus semasa Perang Dunia Kedua[5] oleh sebab gabungan kekurangan bekalan makanan semasa perang, serta cetusan wabak distemper pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an dan Kebakaran Besar Tottori [ja] yang menghambat usaha pemuliharaan.[18][19][1] Semua anjing selepas itu dibiakbakakan hanya daripada tiga susur galur terselamat.[20] Susur galur ini merupakan shiba Shinshu dari Wilayah Nagano, shiba Mino dari bekas Wilayah Mino di selatan Wilayah Gifu yang ada kini, dan shiba San'in dari Wilayah Tottori dan Wilayah Shimane.[21]

Shiba Shinshu memiliki lapis bulu bawah padu, dengan lapis rerambut pengawal padat, bersaiz kecil, dan berwarna merah. Shiba Mino cenderung mempunyai telinga tajam tebal dan memiliki ekor sabit, berbanding dengan ekor melingkar umum yang ditemukan pada kebanyakan shiba moden. Shiba San'in pula lebih besar daripada kebanyakan shiba moden dan cenderung berwarna hitam tanpa sawo matang umum dan sentuhan putih yang ditemukan pada shiba hitam dan sawo matang moden.[21]

Apabila kajian terhadap anjing Jepun diformalkan pada awal dan pertengahan abad ke-20, ketiga-tiga strain ini digabungkan menjadi satu baka lengkap, shiba inu.[21] Piawaian baka Jepun pertama untuk shiba, iaitu piawaian Nippo, diterbitkan pada tahun 1934. Pada Disember 1936, shiba inu diiktiraf sebagai Monumen Semula Jadi Jepun melalui Akta Harta Benda Budaya, kebanyakannya oleh sebab usaha Nippo (Nihon Ken Hozonkai), iaitu Persatuan Pemuliharaan Anjing Jepun.[21][22]

Pada tahun 1954, sebuah keluarga askar bersenjata membawa shiba inu pertama ke Amerika Syarikat.[20] Pada tahun 1979, perinduk tercatat pertama dilahirkan di Amerika Syarikat.[20] Shiba diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1992 dan ditambahkan ke dalam Kumpulan Bukan Sukan AKC pada tahun 1993.[1][23] Ia kini terutamanya dibela sebagai anjing peliharaan di Jepun dan di luar negara.[24] Menurut American Kennel Club, shiba inu ialah anjing teman nombor satu di Jepun. Di Amerika Syarikat, baka ini ditempatkan di tangga ke-44 dari segi pendaftaran untuk tahun 2016 dengan American Kennel Club.[25]

Kesihatan

Seekor shiba inu yang digambarkan di Itali pada tahun 2008

Sebuah kajian di Jepun tentang kehelan tempurung lutut pada baka kecil mendapati bahawa shiba inu mempunyai kadar kedua tertinggi bagi keadaan ini dengan 35% daripada jumlah shiba inu yang ditinjau terjejas.[26] Tiga gen milik baka ini yang dikaitkan dengan glaukoma ditemukan dalam analisis penjujukan DNA.[27] Sebuah lagi kajian dari Jepun yang menyembak kes anjing yang dipersembahkan untuk pemeriksaan oftalmologi mendapati bahawa shiba inu merangkumi 33% daripada semua kes glaukoma sementara hanya merangkumi 2.7% daripada jumlah populasi yang digunakan dalam kajian.[28]

Piometra, iaitu jangkitan rahim pada betina utuh, adalah lebih lazim sedikit pada shiba inu.[29][30] Shiba inu cenderung terhadap dermatitis atopi anjing.[31][32][33] Satu penyakit autoimun yang lazim pada anjing Akita, sindrom mirip Vogt-Koyanagi-Harada, diketahui berlaku pada shiba inu.[34]

Jangka hayat

Semakan data perkuburan di Jepun mendapati bahawa shiba inu mempunyai jangka hayat sebanyak 15 tahun setengah, yang lebih tinggi daripada mana-mana baka lain.[35] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 14.6 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[36]

Shiba inu San'in

Shiba inu San'in ialah satu keragaman shiba inu.[37]

Shiba inu San'in berasal daripada Inaba inu dari Wilayah Tottori dan Sekishu inu dari Wilayah Shimane dan kedua-duanya terancam kerana pertambahan anjing barat. Pada awal Zaman Shōwa, Masumi Ozaki, iaitu seorang bekas pemilik tanah di Wilayah Tottori, memulakan pembiakbakaan pemuliharaan untuk mencegah kelenyapan baka-baka tempatan.[38]

Walau bagaimanapun, semakin Perang Dunia Kedua rancak, projek-projek pembiakbakaan menjadi sukar untuk diteruskan. Oleh sebab penggunaan anjing untuk bulu oleh pihak tentera, bilangan anjing menurun daripada 50 ekor kepada 20 ekor. Pada tahun 1947, kedua-dua baka dibiakbakakan bersama-sama untuk mewujudkan ternakan asasi shiba inu San'in. Bilangan masih rendah tetapi anjing ini dilindungi oleh keluarga Ozaki, yang meneruskan kegiatan-kegiatan pemuliharaan.[18]

Sungguhpun peperangan tamat, lebih ancaman kepada baka-baka ini muncul pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an. Dua peristiwa merebaknya distemper berlaku di Wilayah Tottori, yang mengorbankan banyak anjing. Di samping itu, Kebakaran Besar Tottori menjadikan usaha pemuliharaan malah lebih terhalang.[19]

Peanut Butter, seekor shiba inu berusia 3 tahun, menunjukkan alat kawalan langganannya pada 2023. Ia merupakan anjing speedrun pertama di dunia.

Sungguhpun bukan baka anjing popular di luar Jepun, shiba inu telah menjadi popular di Internet. Doge ialah meme Internet yang pada asalnya dari tahun 2013 yang menyertakan Kabosu, iaitu seekor shiba ibu, dan teks bahasa Inggeris rosak. Mata wang kripto popular, Dogecoin, dinamai sempena meme ini dan logonya mempunyai imej Kabosu. Satu lagi mata wang kripto juga dinamai Shiba Inu sempena baka ini. Seekor lagi shiba inu yang menjadi tular ialah anjing yang dikenali sebagai 'Cheems'. Ia menjadi tular semasa pandemik COVID-19 dan memperoleh perhatian seluruh dunia. Cheems mati semasa pembedahan kansert pada 18 Ogos 2023 pada usia 12½ tahun.[39]

Baka ini kerap dirujuk sebagai shibe dalam meme. Menurut Jamie Cohen, seorang penolong profesor kajian media di Queens College di City University of New York, baka shiba inu telah mempunyai kehadiran ketara dalam kebudayaan dalam talian sekurang-kurangnya sejak tahun 2010.[40]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: شيبا ينو; شيبا; Jepun: 柴犬; 柴, rumi: shiba inu, shiba ken, shiba, Sebutan bahasa Jepun: [ɕiba inɯ]

Rujukan

  1. ^ a b c d "Dog Owners Guide: Shiba Inu" [Panduan Pemilik Anjing: Shiba Inu] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  2. ^ a b "Shiba Inu Breed Standard" [Piawaian Baka Shiba Inu] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2015. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  3. ^ "Japanese Kennel Club Classification" [Pengelasan Japan Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Japan Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2016. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  4. ^ "Shiba inu" [Shiba inu] (dalam bahasa Inggeris). Japanesedog.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2014. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  5. ^ a b "Get to Know the Shiba Inu" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 22 Julai 2015 di Wayback Machine, 'The American Kennel Club', dicapai pada 3 Januari 2024
  6. ^ a b "柴" [Shiba] (dalam bahasa Jepun). Japan Kennel Club. 27 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  7. ^ "Japanese Shiba Inu Breed Standard" [Piawaian Baka Shiba Inu Jepun] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  8. ^ "NSCA: Urajiro" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2007. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  9. ^ a b Johnstone, Gemma. "Shiba Inu" [Shiba Inu]. The Spruce Pets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  10. ^ Clews, Miriam, penyunting (1990). The Japanese Shiba Inu: A Detailed Study of the Shiba [Shiba Inu Jepun: Kajian Terperinci tentang Shiba] (dalam bahasa Inggeris). Miriam Clews. OCLC 499543376.
  11. ^ Takeuchi, Yukari; Mori, Yuji (5 September 2006). "A Comparison of the Behavioral Profiles of Purebred Dogs in Japan to Profiles of those in the United States and the United Kingdom" [Perbandingan Profil Tingkah Laku Anjing Baka Tulen di Jepun dengan Profil Anjing Baka Tulen di Amerika Syarikat dan di United Kingdom]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 68 (8): 789–796. doi:10.1292/jvms.68.789. ISSN 1347-7439. PMID 16953077. S2CID 24741087.
  12. ^ Parker, Heidi G.; Kim, Lisa V.; Sutter, Nathan B.; Carlson, Scott M.; Lorentzen, Travis D.; Malek, Tiffany Bedizon; Johnson, Gary S.; DeFrance, Hawkins B.; Ostrander, Elaine Ann; Kruglyak, Leonid (21 Mei 2004). "Genetic Structure of the Purebred Domestic Dog" [Struktur Genetik Anjing Bela Jinak Baka Tulen]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 304 (5674): 1160–1164. Bibcode:2004Sci...304.1160P. doi:10.1126/science.1097406. ISSN 0036-8075. JSTOR 3836878. PMID 15155949. S2CID 43772173.
  13. ^ Fassbaugh, Emily A. "Shiba Inu" [Shiba Inu]. PetMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  14. ^ Yamada, Ryoko; Kuze-Arata, Sayaka; Kiyokawa, Yasushi; Takeuchi, Yukari (5 Jun 2019). "Prevalence of 25 canine behavioral problems and relevant factors of each behavior in Japan" [Prevalens 25 masalah tingkah laku anjing dan faktor-faktor relevan bagi setiap tingkah laku di Jepun]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 81 (8): 1090–1096. doi:10.1292/jvms.18-0705. ISSN 1347-7439. PMC 6715928. PMID 31167977. S2CID 174813142.
  15. ^ Larson, Greger John; Karlsson, Elinor Kathryn; Perri, Angela R.; Webster, Matthew Thomas; Ho, Simon Y. W.; Peters, Joris; Stahl, Peter W.; Piper, Philip John; Lingaas, Frode; Fredholm, Merete; Comstock, Kenine E.; Modiano, Jaime F.; Schelling, Claude; Agoulnik, Alexander I.; Leegwater, Peter A. J.; Dobney, Keith M.; Vigne, Jean-Denis; Vilà Arbonès, Carles; Andersson, Leif Bertil; Lindblad-Toh, Kerstin (21 Mei 2012). Burger, Joachim (penyunting). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography" [Memikirkan pembelajinakan anjing semula dengan menyepadukan genetik, arkeologi, dan biogeografi]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. hdl:1828/8411. ISSN 1091-6490. JSTOR 41603020. PMC 3384140. PMID 22615366. S2CID 7845853.
  16. ^ "世界初!犬種豆柴の血統書を発行!" [Yang Pertama di Dunia! Penghasilan Pedigri untuk Mameshiba!] (dalam bahasa Jepun). Japan Kennel Club. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  17. ^ "世界の犬 : 5G 原始的な犬・スピッツ : し : 柴 – SHIBA" [Anjing sedunia: 5G anjing primitif · Spits: Shi: Shiba – SHIBA]. Japan Kennel Club (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2018. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  18. ^ a b ""Sanin Shiba Inu" protects and conveys Tottori, overcoming the crisis" ["Shiba Inu San'in" melindungi dan menjiwai Tottori, mengatasi krisis]. sankei (dalam bahasa Jepun). 28 Disember 2019. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  19. ^ a b "Cuteness spreads in the blink of an eye, Sanin Shiba Inu, overcoming the crisis and becoming popular" [Kecomelan tersebar dalam sekelip mata, shiba inu San'in, mengatasi krisis dan menjadi popular]. asahi (dalam bahasa Jepun). 13 Februari 2021. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  20. ^ a b c "Shiba Inu Dog Breeds" [Baka Anjing Shiba Inu]. 5stardog.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  21. ^ a b c d Haskett, Gretchen; Houser, Susan (1997). The Total Shiba [Shiba Sepenuhnya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9780931866982. OCLC 35990190.
  22. ^ Atkinson, Maureen (19 Mac 1998). The Complete Shiba Inu [Shiba Inu Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 11. ISBN 9780876051771. OCLC 38986387.
  23. ^ "Shiba Inu Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Shiba Inu]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  24. ^ Holden, Jacey. "Shiba Inus" [Shiba Inu]. k9web.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2007. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  25. ^ "Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends" [Perbandingan Bersejarah dan Trend Ketara Statistik Pendaftaran Anjing]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2017. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  26. ^ Maeda, Kazuhiro; Inoue, Mai; Tanaka, Miho; Momozawa, Yukihide (12 Februari 2019). "Evidence of genetic contribution to patellar luxation in Toy Poodle puppies" [Bukti sumbangan genetik kepada kehelan tempurung lutut pada anak pudel mainan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 81 (4): 532–537. doi:10.1292/jvms.18-0485. ISSN 1347-7439. PMC 6483903. PMID 30745525. S2CID 73428577.
  27. ^ Kanemaki, Nobuyuki; Tchedre, Kissaou Tchapou; Imayasu, Masaki; Kawarai, Shinpei; Sakaguchi, Masahiro; Yoshino, Atsushi; Itoh, Norihiko; Meguro, Akira; Mizuki, Nobuhisa (11 September 2013). Veitia, Reiner Albert (penyunting). "Dogs and Humans Share a Common Susceptibility Gene SRBD1 for Glaucoma Risk" [Anjing dan Manusia Mengongsi Gen Kerentanan Bersama SRBD1 untuk Risiko Glaukoma]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (9): e74372. Bibcode:2013PLoSO...874372K. doi:10.1371/journal.pone.0074372. ISSN 1932-6203. PMC 3770690. PMID 24040232. S2CID 17175471.
  28. ^ Kato, Kumiko; Sasaki, Nobuo; Matsunaga, Satoru; Nishimura, Ryohei; Ogawa, Hiroyuki (5 September 2006). "Incidence of Canine Glaucoma with Goniodysplasia in Japan : A Retrospective Study" [Insiden Glaukoma Anjing dengan Goniodisplasia di Jepun: Kajian Retrospektif]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 68 (8): 853–858. doi:10.1292/jvms.68.853. ISSN 1347-7439. PMID 16953087. S2CID 10676600.
  29. ^ "Shiba Inu" [Shiba Inu]. Animal Health Clinic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2024. Dicapai pada 16 Mac 2024.
  30. ^ "Shiba Inu" [Shiba Inu]. Jolly Road Veterinary Hospital (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  31. ^ Tanaka, Kazuaki; Yamamoto-Fukuda, Misaki; Takizawa, Tatsuya; Shimakura, Hidekatsu; Sakaguchi, Masahiro (15 Julai 2020). "Association analysis of non-synonymous polymorphisms of interleukin-4 receptor-α and interleukin-13 genes in canine atopic dermatitis" [Analisis perkaitan bagi polimorfisme bukan sinonim bagi gen reseptor-α interleukin-4 dan gen interleukin-13 dalam dermatitis atopi anjing]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 82 (9): 1253–1259. doi:10.1292/jvms.20-0301. ISSN 1347-7439. PMC 7538314. PMID 32669513. S2CID 220587298.
  32. ^ Fujimura, Masato; Ishimaru, Hironobu; Nakatsuji, Yoshinobu (1 Jun 2014). "Fluoxetine (SSRI) treatment of canine atopic dermatitis: a randomized, double-blind, placebo-controlled, crossover trial" [Rawatan fluoksetin (SSRI) bagi dermatitis atopi anjing: percubaan pindah silang kawalan plasebo buta duaan terawak]. Polish Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Poland. 17 (2): 371–373. doi:10.2478/pjvs-2014-0053. ISSN 2300-2557. PMID 24988868. S2CID 17078158.
  33. ^ Wood, Shona Hiedi; Ke, Xiayi; Nuttall, Tim; McEwan, Neil A.; Ollier, William E. R.; Carter, Stuart D. (5 Januari 2010). "Genome-wide association analysis of canine atopic dermatitis and identification of disease related SNPs" [Analisis perkaitan seluruh genom bagi dermatitis atopi anjing dan pengenalpastian SNP berkaitan dengan penyakit]. Immunogenetics (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 61 (11–12): 765–772. doi:10.1007/s00251-009-0402-y. ISSN 1432-1211. PMID 19838693. S2CID 59033.
  34. ^ "The detail information of Vogt-Koyanagi-Harada-like syndrome" [Maklumat terperinci sindrom mirip Vogt-Koyanagi-Harada]. Pusat Biomaklumat Kebangsaan China (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  35. ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel Chun Lok; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
  36. ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  37. ^ Maki, Takuya; Inoue-Murayama, Miho; Hong, Kyung-Won; Inoue, Eiji; Maejima, Masami; Kansaku, Norio; Tanabe, Yuichi; Ito, Shin'ichi (1 Disember 2008). "マイクロサテライトマーカーによる柴犬3内種の遺伝的多様性と類縁関係 = Genetic Diversity and Relationship among Three Varieties of the Shiba Inu Revealed by Microsatellite Markers" [Kepelbagaian Genetik dan Hubung Kait bagi 3 Keragaman Shiba Inu menurut Penanda Mikrosatelit = Kepelbagaian Genetik dan Hubungan sesama Tiga Keragaman Shiba Inu yang Didedahkan oleh Penanda Mikrosatelit]. The Journal of Animal Genetics (dalam bahasa Jepun). Persatuan Pembiakbakaan dan Genetik Haiwan Jepun. 36 (2): 95–104. doi:10.5924/abgri2000.36.95. ISSN 1884-3883. S2CID 87067234.
  38. ^ "Pinned ears, shining eyes ... "Sanin Shiba Inu" running with cheeks, mellow with cuteness". yomiuri (dalam bahasa Jepun). 19 September 2019. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  39. ^ "Famous Meme Dog Cheems Dead at 12" [Anjing Meme Masyhur Cheems Mati pada Usia 12 Tahun]. TMZ (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2023. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  40. ^ Thorsberg, Christian (6 Ogos 2022). "Good doge: How the internet adopted the Shiba Inu and gave it a forever home" [Doge baik: Cara internet mengangkat shiba inu dan memberinya rumah abadi]. Grid News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2022. Dicapai pada 3 Januari 2024.
Kembali kehalaman sebelumnya