Sindrom Guillain-Barré merupakan satu keadaan di mana terdapat masalah keradangan saraf di luar otak dan saraf tunjang.
Punca
50% kes berlaku sejurus selepas jangkitan kuman (virus atau bakteria) seperti penyakit Sakit Tekak atau penyakit Cirit-birit.
Terdapat teori yang mencadangkan bahawa tindakbalas autoimunisasi; di mana antibodi dan sel darah putih sistem pertahanan badan bertindak balas lalu menyerang selaput atau penebat saraf.
Simptom
Lemah atau lumpuh kaki, lengan, jari jari hinggga pergelangan tangan, otot pernafasan, dan muka yang mengejut. Sesetengah pesakit hampir lumpuh sepenuhnya.
Diagnosa
Lemah mengejut, biasanya diiringi oleh rasa tidak normal pada kedua belah badan. Kehilangan tindak balas terutamanya sentakan pada lutut.
Air tulang belakang diuji bagi peningkatan protin cair dan ujian eletrik saraf dan fungsi otot mungkin dijalankan.
Rawatan
- Langkah sokongan umum seperti penambahan plasma dan kemasukan imune globulin intravenous.
- Sekiranya otot pernafasan lemah, pesakit memerlukan sokongan mesin pernafasan.
- Tempoh sakit tidak dapat dijangka, dan seringkali memakan masa berbulan-bulan lamanya.
- Sebahagian besar pesakit kembali pulih tetapi terdapat mereka yang kekal menggunakan kerusi roda.