Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Singa Asia

Singa Asia
Jantan
Betina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
Subspesies:
P. l. persica
Nama trinomial
Panthera leo persica
Meyer, 1826
Taburan Singa Asia liar semasa
Sinonim[2]

Panthera leo asiaticus
(Brehm, 1829)
Panthera leo bengalensis
(Bennett, 1829)
Panthera leo indica
(Smee, 1833)
Panthera leo goojratensis
(de Blainville, 1843)

Singa Asia (Panthera leo persica), juga dikenali sebagai singa India dan singa Parsi,[3][4] merupakan salah satu subspesies singa yang hidup sebagai satu populasi tunggal di Gujarat, India. Ia tersenarai sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN kerana saiz populasinya kecil.[1]

Singa Asia mula-mula dihuraikan oleh ahli zoologi Austria Johann N. Meyer di bawah trinomen Felis leo persicus.[5] Taburan sejarahnya mencakupi negara-negara Turki, Iran, Mesopotamia, dan India Tengah mulai timur Sungai Indus di bekas Wilayah Sind hingga Benggala dan Sungai Narmada.[6][7]

Sejak tahun 2010, populasi singa di dalam dan sekitar Taman Negara Hutan Gir meningkat stabil.[8] Pada Mei 2015, Banci Singa Asia ke-14 diadakan di kawasan seluas 20,000 km²; populasi singa dianggarkan sebanyak 523 ekor individu, iaitu 109 jantan dewasa, 201 betina dewasa dan 213 anak.[9][10] Pada Ogos 2017, Banci Singa Asia mendapati 650 ekor individu liar.[11][12]

Singa Asia merupakan salah satu daripada lima jenis rumpun harimau yang diketahui hidup di India, di samping harimau Benggala, harimau bintang India, harimau bintang salji dan harimau dahan.[13][14]

Rujukan

  1. ^ a b Breitenmoser, U., Mallon, D. P., Ahmad Khan, J. and Driscoll, C. (2008). "Panthera leo ssp. persica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 546. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Heptner, V. G.; Sludskii, A. A. (1992) [1972]. "Lion". Mlekopitajuščie Sovetskogo Soiuza. Moskva: Vysšaia Škola [Mammals of the Soviet Union, Volume II, Part 2]. Washington DC: Smithsonian Institution and the National Science Foundation. m/s. 83–95. ISBN 90-04-08876-8. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Humphreys, P., Kahrom, E. (1999). Lion and Gazelle: The Mammals and Birds of Iran. Images Publishing, Avon.
  5. ^ Meyer, J. N. (1826). Dissertatio inauguralis anatomico-medica de genere felium. Doctoral thesis, University of Vienna.
  6. ^ Pocock, R. I. (1939). "Panthera leo". The Fauna of British India, including Ceylon and Burma. Mammalia. – Volume 1. London: Taylor and Francis Ltd. m/s. 212–222.
  7. ^ Nowell, K., Jackson, P. (1996). "Asiatic lion". Wild Cats: Status Survey and Conservation Action Plan (PDF). Gland, Switzerland: IUCN/SSC Cat Specialist Group. m/s. 17–21. ISBN 2-8317-0045-0.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  8. ^ Singh, H. S.; Gibson, L. (2011). "A conservation success story in the otherwise dire megafauna extinction crisis: The Asiatic lion (Panthera leo persica) of Gir forest" (PDF). Biological Conservation. 144 (5): 1753–1757. doi:10.1016/j.biocon.2011.02.009.
  9. ^ Anonymous (2015). "Asiatic Lion population up from 411 to 523 in five years". DeshGujarat. Dicapai pada 10 May 2015.
  10. ^ Anonymous (2015). "Asiatic lion population in Gujarat rises to 523". Deccan Herald.
  11. ^ Himanshu Kaushik (4 August 2017). "Lion population roars to 650 in Gujarat forests". The Times of India. Dicapai pada 9 August 2017.
  12. ^ Avinash Nandakumar (3 August 2017). "Gir forest Asiatic lion brimming population needs translocation to Madhya Pradesh". India Live Today. Dicapai pada 9 August 2017.
  13. ^ Jhala, Y. V., Qureshi, Q., Sinha, P. R. (Eds.) (2011). Status of tigers, co-predators and prey in India, 2010. National Tiger Conservation Authority, Govt. of India, New Delhi, and Wildlife Institute of India, Dehradun. TR 2011/003 pp-302
  14. ^ Pandit, M. W.; Shivaji, S.; Singh, L. (2007). You Deserve, We Conserve: A Biotechnological Approach to Wildlife Conservation. New Delhi: I. K. International Publishing House Pvt. Ltd. ISBN 9788189866242.
Kembali kehalaman sebelumnya