Siti Hariesa Muhammad Hanafi (lahir 23 Mei 1998) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Seira dalam Perempuan Itu (2023).[3][4][5]
Kerjaya
Kerjaya Siti Hariesa dalam bidang lakonan bermula pada tahun 2019 apabila beliau menjadi finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2019.[6][7] Beliau membintangi drama pertamanya, Utusan Cinta Buat Adam dengan memegang watak sebagai Ainul, kemudian diikuti dengan beberapa drama TV lain termasuk Pink Smile dan Life Lila. Beliau meraih kejayaan meluas dengan membintangi drama Perempuan Itu, lakonan bersama Zul Ariffin dan Mimi Lana. Berikutan kontroversi yang melibatkan beliau dan Zul, drama itu tidak ditayangkan selama setahun, iaitu sehingga Jun 2023 apabila ia disiarkan di platform penstriman Tonton.[8][9][10]
Kehidupan peribadi
Siti Hariesa dilahirkan di Segamat, Johor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, mempunyai dua orang abang.[11] Beliau ialah pelajar diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU).
Filemografi
Drama
Drama web
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2020
|
#Sokampung
|
|
TV3
|
Telefilem pertama
|
2021
|
Oh Abang Romantik
|
|
TV2
|
|
Takbir Semalam
|
Alia
|
Awesome TV
|
|
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar