Spits Denmark[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Denmark. Baka ini terkenal sebagai anjing peliharaan keluarga bagus, terutamanya kerana ia sabar dengan kanak-kanak. Sepanjang masa, ia dikenali dengan pelbagai nama, termasuk spits Samoyed, spits serigala, spits Greenland, dan spits putih, yang menyukarkan penjejakan baka ini dan pembiakbakaan. Kini, baka ini dikenali sebagai spits Denmark.
Mulai 1 Januari 2013, pendaftaran anjing baka ini dibolehkan dalam DKK, kelab kenel di Denmark yang didaftarkan di bawah Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Ia masih belum diiktiraf oleh FCI, tetapi kini sedang dibina semula dan didaftarkan ke dalam daftar-X Dansk Kennel Klub. Ada kemungkinan untuk menunjukkan baka ini di Denmark dan di negara-negara Nordik. Oleh sebah ia belum diiktiraf secara rasmi, ia masih belum terkenal secara meluas di Denmark atau di seluruh dunia.
Ia pernah lazim digunakan sebagai anjing pendamping di desa, terutamanya di Jutland, tetapi lebih awal dimiliki terutamanya oleh golongan borjuis. Baka ini mencapai kegemilangannya pada tahun 1930-an, semasa ia agak lazim di ladang sepanjang masa. Tugas utama baka ini di Denmark adalah untuk menjaga kanak-kanak dan, oleh itu, ia dikenali sebagai anjing kanak-kanak. Sejak masa itu, bilangan spits Denmark telah menurun dengan banyak dan baka ini hampir pupus. Walau bagaimanapun, sejak lewat tahun 1980-an, sesetengah pihak telah berusaha keras untuk membina baka ini semula seperti yang dikenali. Kini, terdapat peningkatan bilangan baka ini, yang kesemuanya diuruskan oleh DKK – sebuah kelab di bawah FCI.[1]
Bulu dan warna
Lapis bulunya terdapat dengan warna putih hingga biskut. Lapis bulu atas adalah rata dan gugur dalam jumlah kecil sepanjang tahun. Lapis bulu bawah pula adalah lembut dan menjadikannya kekal sejuk pada musim panas dan hangat pada musim sejuk; ia bersalin bulu pada musim bunga dan pada musim luruh. Lapis bulu spits Denmark adalah sederhana panjang dan tidak patut menonjol dari tubuh. Lapis bulunya lebih panjang sedikit pada telinga dengan jumbai di belakang paha dan tungkai. Ekornya patut lebat dan terangkat melingkar ke atas belakang. Ekornya diizinkan untuk tergantung semasa anjing berkenaan tenang.[2]
Perangai
Perangai spits Denmark ialah ciri utama baka ini dan diperihalkan sebagai perangai "cergas, ramah, ingin tahu, dan berani".[2]