Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Sultan Nazreen

Sultan Nazreen ialah pemerintah ke-2 Empayar Ayuthia. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Muzaffar Shah III.

Sejarah hidup

Baginda diputerakan sebagai Tunku Nazreen. Baginda mengambil alih takhta Shah Alam Yang Maha Mulia daripada ayahanda baginda, Sultan Mudzafar Shah III.

Sultan Nazreen menjadi Shah Alam Yang Maha Mulia pada tahun 1369 sehingga tahun 1370. Baginda berkahwin dengan Ratu Iman Acheh. Di Ayuthia, Sultan Nazreen dikenali sebagai Ramesuan. Setelah tamat tempoh Sultan Nazreen, Sultan Salehuddin Mu'adzam Shah mengambil alih pemerintahan sehingga tahun 1388. Baginda memerintah kembali dari tahun 1388 hingga tahun 1395 dan berkongsi kuasa dengan anakanda baginda, Sultan Muhammad Johan Shah III. Pemerintahan baginda dan Sultan Muhammad seterusnya diambil alih oleh Sultan Rahman Laksemana pada tahun 1395.

Pada batu nisan makam Ratu Iman Acheh, tertulis di dalam tulisan Jawi seperti berikut:-

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat, tujuh ratus delapan puluh satu tahun, bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat Raja Iman rahmat Allah bagi Baginda (warda) dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,menarok di laut dan darat semesta (semua) Ya Ilahi, Ya Tuhanku Semesta,masuklah baginda ke dalam syurga Tuhan.

Anakanda

  1. Tunku Mohammad Chan
Didahului oleh
Sultan Mudzafar Shah III
Shah Alam Yang Maha Mulia
1365-1370
Diikuti oleh:
Sultan Salehuddin Mu'adzam Shah
Didahului oleh
Sultan Salehuddin Mu'adzam Shah
Shah Alam Yang Maha Mulia
1388-1395

Memerintah bersama: Sultan Muhammad Johan Shah III

Diikuti oleh:
Sultan Rahman Laksemana

Rujukan

  • Undang-Undang Kedah
Kembali kehalaman sebelumnya