Pada tahun 1990 pula, analisis parameter kualiti air menunjukkan bahawa daripada 90 sungai utama yang dikaji, 7 dalam keadaan teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang sungai lagi dikelaskan bersih. Sungai yang paling teruk tercemar ialah Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Klang dan akhir sekali Sungai Buloh.
Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898, merupakan hutan simpan yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat banyak nurseri pokok dan bunga.
Pentadbiran
Kampung-kampung yang terdapat di Mukim Sungai Buloh seperti berikut:-
Stesen Sungai Buloh ialah stesen kereta api utama di Sungai Buloh di mana Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan ETS berkhidmat di stesen ini. Pada bulan Disember 2016, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang telah bermula berkhidmat di stesen ini. Pada November 2021, Laluan SBK tidak akan lagi berkhidmat di stesen ini dan MRT Laluan Putrajaya akan mengambil alih dan bermula beroperasi pada November 2021.[1]
Stesen MRT Sungai Buloh.
Aras legar di stesen MRT Sungai Buloh.
Kaunter KTM di stesen Sungai Buloh.
Kenderaan bermotor
Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara melalui kawasan ini. Terdapat dua persimpangan yang dibina di Lebuhraya PLUS iaitu Persimpangan Sungai Buloh EXIT 113 dan Persimpangan Hospital Sungai Buloh/Sungai Buloh Utara EXIT 114.[2] Selain itu, Jalan Sungai Buloh dan Jalan Kuala Selangor juga terbina di kawasan ini.
Persimpangan Sungai Buloh.
Persimpangan Sungai Buloh Utara.
Jalan Kuala Selangor dengan permandangan Stesen Sungai Buloh dibelakangnya.