Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Sungai Perah

Sungai Perah
سوڠاي ڤره
Sungei Peroh, Sungai Peroh, Sg. Perah
Sungai Perah yang terletak di Pahang
Sungai Perah
Lokasi muara Sungai Perah
Sungai Perah yang terletak di Malaysia
Sungai Perah
Sungai Perah (Malaysia)
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tanpa nama
 • lokasiKawasan perhutanan di Ulu Tembeling dan berdekatan sempadan Mukim Pulau Tawar–Ulu Tembeling
 • koordinat4°06′22″N 102°37′41″E / 4.106027°N 102.628183°E / 4.106027; 102.628183
 • ketinggianDi antara 500 dan 520 m (1,640 dan 1,710 ka)
MuaraSungai Tekai 
 • lokasi
Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°08′13″N 102°37′31″E / 4.137001°N 102.625171°E / 4.137001; 102.625171Koordinat: 4°08′13″N 102°37′31″E / 4.137001°N 102.625171°E / 4.137001; 102.625171
 • ketinggian
Di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka)
Panjang3.98 km (2.47 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tekai → Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Tekai
Peta topografiJUPEM Sungai Tekai (MY502A)

Sungai Perah (Jawi: سوڠاي ڤره; ataupun dikenali sebagai Sungei Peroh) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Perah juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]

Sejarah

Sungai Perah telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Perah juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31.[3][4]

Ciri-ciri fizikal

Sungai Perah berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Laluan sungai ini juga bakal dilalui sebagai jalan runut berkenderaan bermotor yang menghala ke Kampung Mat Daling. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Perah dan terus mengalir ke Sungai Tembeling. ref name=":0" />[5]

Sungai Perah mengalir sepanjang kira-kira 3.98 km (2.47 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[5] Punca bagi Sungai Perah terletak ketinggiannya di antara 500 dan 520 m (1,640 dan 1,710 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka) dari paras laut.[4]

Ciri-ciri lembangan

Sungai Perah merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Kemertuk dan Sungai Kelulut.[1][4]  Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Perah.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Perah dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]

Rujukan

  1. ^ a b "Sungai Perah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  3. ^ Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1966); Malaysia, Pahang, Sungai Tekai, 1:63,360 (Peta Topografi). 1:63 360. L7010.
  4. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31. MY502A.
  5. ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 18 Oktober 2023.
Kembali kehalaman sebelumnya