Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Sungai Senuak

Sungai Senuak
سوڠاي سنواق
Sungei Senuak, Sg. Senuak
Sungai Senuak yang terletak di Pahang
Sungai Senuak
Lokasi muara Sungai Senuak
Sungai Senuak yang terletak di Malaysia
Sungai Senuak
Sungai Senuak (Malaysia)
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tanpa nama
 • lokasiKawasan perhutanan dan berdekatan sempadan Mukim Pulau TawarUlu Tembeling
 • koordinat4°04′31″N 102°35′16″E / 4.075141°N 102.587791°E / 4.075141; 102.587791
 • ketinggianDi antara 620 dan 640 m (2,030 dan 2,100 ka)
MuaraSungai Tekai 
 • lokasi
Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°10′17″N 102°33′10″E / 4.171509°N 102.552647°E / 4.171509; 102.552647Koordinat: 4°10′17″N 102°33′10″E / 4.171509°N 102.552647°E / 4.171509; 102.552647
 • ketinggian
Di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka)
Panjang14 km (8.7 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tekai → Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Tekai
Peta topografiJUPEM Sungai Tekai (MY502A)

Sungai Senuak (Jawi: سوڠاي سنواق) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Senuak juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang. [1][2]

Sejarah

Sungai Senuak telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Senuak juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31. [3][4]

Ciri-ciri fizikal

Sungai Senuak berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Senuak dan terus mengalir ke Sungai Tembeling. [1][5]

Sungai Senuak mengalir sepanjang kira-kira 14 km (8.7 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya. [5] Punca bagi Sungai Senuak terletak ketinggiannya di antara 620 dan 640 m (2,030 dan 2,100 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka) dari paras laut. [4]

Ciri-ciri lembangan

Sungai Senuak merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Pulau Tawar dan Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Temelar dan Sungai Termus.[1][4]  Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Senuak.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Senuak dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]

Rujukan

  1. ^ a b c "Sungai Senuak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  3. ^ Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1966); Malaysia, Pahang, Sungai Tekai, 1:63,360 (Peta Topografi). 1:63 360. L7010.
  4. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31. MY502A.
  5. ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 6 Februari 2024.
Kembali kehalaman sebelumnya