Sur (Arab: صُوْر, rumi: Ṣūrcode: ar is deprecated ) merupakan ibu kota Kegabenoran Asy-Syarqiyah Selatan,[1] dan bekas ibu kota Kawasan Asy-Syarqiyah di timur laut Oman, di pantai Teluk Oman. Ia terletak kira-kira 126 bt (203 km) tenggara ibu kota Oman Masqat. Dari segi sejarah, bandar ini terkenal sebagai tempat destinasi penting untuk pelayar. Hari ini, laut masih kekal sebagai bahagian penting dalam kehidupan di Sur.