Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Taman Mutiara

Taman Mutiara
Transkripsi lain
 • Jawiتامن موتيارا‎‎
Koordinat: 3°23′47″N 101°12′46″E / 3.396321°N 101.212851°E / 3.396321; 101.212851Koordinat: 3°23′47″N 101°12′46″E / 3.396321°N 101.212851°E / 3.396321; 101.212851
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
MukimUjong Permatang
Kawasan parlimenTanjong Karang
Kawasan negeriPermatang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Kuala Selangor
 • Ahli ParlimenZulkafperi Hanapi
 • Ahli Dewan NegeriNurul Syazwani Noh
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
45500
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman Mutiara (Jawi: تامن موتيارا) atau Taman Mutiara 1 (Jawi: تامن موتيارا 1) merupakan kawasan perumahan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Mutiara merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Ujong Permatang, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Taman Mutiara ialah 45500 Tanjong Karang.

Kedudukan

Taman Mutiara (2023)

Taman Mutiara merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Mutiara terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Ujong Permatang, Taman Mutiaraterletak di bahagian tengah Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia dan kawasan yang serantau dengan kawasan Taman Mutiara ialah estet kepala sawit Ladang Sungai Terap di bahagian timur laut; Taman Intan, Taman Murni, Taman Baiduri, Taman Nilam dan Kampung Permatang di bahagian tenggara, Kampung Sungai Yu dan Kampung Sungai Terap di bahagian selatan, Kampung Sungai Tunggul Baru di bahagian barat daya, estet kelapa sawit Ladang Sungai Nyior dan Ladang Nazirabad di bahagian barat, dan Kampung Sungai Gulang-Gulang di bahagian barat laut.[1][2] Taman Mutiara mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.

Dari perseptik politik, kawasan perumahan Taman Mutiara terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang.[4] Dalam kawasan Dewan Negeri Selangor pula, Taman Mutiara terletak di dalam kawasan negeri Permatang.[4]

Taman Mutiara merupakan mempunyai pola petempatan yang berjajar dengan jalan raya.[2] Kawasan perumahan ini terbina di tebing barat Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan), sebatang jalan raya utama di kawasan pesisiran pantai barat Semenanjung Malaysia. Jarak bandar terdekat iaitu Tanjong Karang dengan Taman Mutiara ialah dalam lingkungan 5–6 kilometer (3.1–3.7 bt), dengan melalui Jalan Persekutuan 5 ke utara.[2][5]

Rujukan

  1. ^ a b "Taman Mutiara, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Mac 2024. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  2. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2017). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan". Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  4. ^ a b "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  5. ^ "Taman Mutiara, Selangor – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 10 Mac 2024.

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya