Tembikar (Jawi: تمبيكرcode: ms is deprecated ) adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk dengan pembakaran suhu yang rendah sekitar 1000 darjah celsius tanpa lapisan licau pada permukaan tembikar tersebut.
Lempung bebola (ball clay): tanah enap berbutir halus yang sangat mulur.
Pembentukan
Dengan tangan
Dengan roda pemutar/sumbur: dalam teknik lempar alin di mana segumpal tanah liat diletakkan pada tapak roda dipusingkan sama ada secara tenaga manusia atau bermotor sambil gumpalan dipicit tekan membentuk rupa diingini serta dirapikan; ukiran ini kemudiannya dipotong ketika roda masih berputar menggunakan dawai pemotong.[6] Teknik lempar ini memerlukan kemahiran kendali roda yang tinggi.
Secara beracuan: diadaptasi dari pengacuan plastik[7] sesuai untuk pengeluaran barangan berbentuk kompleks secara banyak menguatkan binaan badan secara menyeluruh.[8]
Pembakaran
Ukiran-ukiran awal yang dibentuk ini akan dibakar di dalam tanur agar ia mengeras secara kekal, tembikar dibakar ini turut akan memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.
Tanur moden membakar dalam julat suhu antara 1,000 hingga 1,200°C. Keadaan dalaman tanur yang membakar sama ada dari segi pengaliran udara yang memasuki tanur mahupun bahan api yang digunakan boleh mempengaruhi sifat dan penampilan barangan akhir dihasilkan kerana tindak-tindak balas pengoksidaan atau penyusutan yang berlaku semasa pembakaran.
Penghiasan
Setelah tembikar siap dibakar keras, badan boleh ditambahkan corak tertentu untuk mencantikkan rupa sama ada secara "dilorek",[6] diwarnakan dengan cat, dilicau (selain menambahkan lapisan pelindung), digilap, atau disepuh dengan logam berharga seperti emas.
^Lienhard, John H. (24 November 1989). "No. 359: The Dolni Vestonice Ceramics". The Engines of Our Ingenuity. University of Houston. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2010. Dicapai pada 4 September 2010.
^Cooper, Emmanuel (2010). 10,000 Years of Pottery (ed. ke-4). University of Pennsylvania Press. m/s. 54. ISBN978-0-8122-2140-4.
^Home, Ruth M. (1952). Ceramics for the Potter. Chas. A. Bennett Co.
^ abZainal Ariffin Ahmad; Abdul Rashid Jamaludian; Muhammad Azwadi Sulaiman (2014). Seni Tembikar. Penerbit Universiti Sains Malaysia. ISBN978-983-861-846-5.
^Anwar, M.Y.; Messer, P. F.; Davies, H. A.; Ellis, B. (1996). Novel Approach To Injection Moulding. London: Ceramic Technology International. m/s. 95–96, 98..
^Haupt, U. (1998). "Injection Moulding Of Cups With Handles". International Ceramics (2): 48–51.