Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Tengkolok

Tengkolok,destar,tanjak dan bulang hulu merupakan sejenis sarung alas kepala yang dipakai secara tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu banyaknya dalam kalangan kaum lelaki namun ada juga kaum wanita yang memakainya jua;ia diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Lipat ikatan kain ini lama-kelamaan berkembang seiring lama peredaran zaman, diolah dan diubah suai canggih mengikut taraf pemakainya.

Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Nama

Mengikut Kamus Dewan, istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"[1], pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini melainkan di sesetengah tempat seperti di Jambi[2] mahupun secara penurunan melalui bahasa serumpun lain (misalnya tikuluak dalam bahasa Minangkabau). Kata dasar ia adalah "kuluk".

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.[3]

"Solek Balung Raja", destar Sultan Selangoryang dipakai sewaktu majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Solek

Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan mengikut taraf sosial pemakainya.Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".

Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Guna

Tengkolok pada zaman dahulu biasanya digunakan oleh pemimpin masyarakat. Pemimpin Tertinggi Malaysia, iaitu Yang di-Pertuan Agong, guna tengkolok sebagai sebahagian daripada etika berpakaian. Tengkolok yang dinamakan sebagai "Tengkolok Raja" diperbuat daripada sutera hitam dengan benang emas. Pada bahagian hadapan adalah bulan sabit dan bintang berbucu sebelas yang diperbuat daripada set emas putih dengan berlian, yang mengandungi Jata Negara.

Cerita

Tengkolok diterangkan dalam satu cerita rakyat di Malaysia tentang Muzaffar Shah (1528–1549), anak kepada Sultan Melaka yang terakhir kerana pada masa itu Kesultanan Melaka telah diambil alih oleh Portugis pada tahun 1511, telah dijemput untuk mentadbir alam Perak. Muzaffar Shah memulakan perjalanannya melalui laut dengan membawa pakaian kebesaran kesultanan Melaka. Tidak jauh dari pantai Perak, kapal itu mula karam. Dia cuba meringankannya dengan mengeluarkan semua barang yang ada. Tapi sehingga Muzaffar Shah mencampakkan mahkota itu ke laut, kapal itu tidak berganjak. Sultan mengambil ini sebagai tanda dari atas dan berikrar bahawa baginda tidak akan memakai mahkota lagi. Sejak itu, menurut legenda, para sultan mula memakai bukan mahkota kerajaan, tetapi tengkolok.[4]

Seni Bina

Pandangan hadapan daripada Perpustakaan Negara Malaysia

Bentuk tengkolok digunakan sebagai inspirasi reka bentuk untuk Perpustakaan Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Perpustakaan ini direka pada tahun 1994 oleh arkitek Ikmal Hashim Albakri dan Victor Chew. Reka bentuk dan konsep bangunan itu mencerminkan identiti Malaysia yang mewakili "pencapaian intelektual ditambah dengan inspirasi daripada warisan budaya negara yang kaya"

Lihat juga

  • Tikuluak - hiasan kepala sejenis dalam kalangan masyarakat Minangkabau

Rujukan

  1. ^ Carian tengkolok di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Mac 2011.
  2. ^ Hartati M; Fatonah; Selfi Mahat Putri (2020). "Estetika Ragam Tengkuluk Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu Jambi". JIUBJ. Universitas Jambi. 20 (2): 438–446.
  3. ^ Stanjak, Tanjak, Destar, Tengkolok, Gemala Kasturi (blog), 11 Julai 2010. Diambil pada 3 Mac 2011.
  4. ^ Tengkolok di Raja [1] Diarkibkan September 16, 2016 di Wayback Machine
Kembali kehalaman sebelumnya