Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

The Duchess

The Duchess
Poster keluaran teater
PengarahSaul Dibb
PenulisBuku:
Amanda Foreman
Lakon layar:
Jeffrey Hatcher
Anders Thomas Jensen
Saul Dibb
Dihasilkan olehGabrielle Tana
Michael Kuhn
DibintangiKeira Knightley
Ralph Fiennes
Hayley Atwell
Charlotte Rampling
Dominic Cooper
SinematografiGyula Pados
Disunting olehMasahiro Hirakubo
Muzik olehRachel Portman
Diedarkan olehParamount Vantage
BBC Films
Pathé
Qwerty Films
Tarikh tayangan
United Kingdom:
5 September 2008
Amerika Syarikat:
19 September 2008
Masa tayangan
110 min.
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
Bajet£13.5 juta
$25.2 juta
€17.1 juta[1]
Pecah panggung$40,658,477

The Duchess ialah filem drama British 2008 yang berasaskan biografi laris aristokrat Inggeris abad ke-18 Georgiana Cavendish, Duchess Devonshire oleh Amanda Foreman. Ia mula ditayangkan pada September 2008 di UK. Asalnya dirancangkan untuk diarahkan oleh Susanne Bier,[2] The Duchess diarahkan oleh Saul Dibb.


Plot

Filem ini berkisarkan kepada kehidupan seorang Duchess Georgiana Cavendish dari Devonshire pada kurun ke-18. Georgiana terkenal kerana kecantikkan dan gaya hidupnya. Berkahwin pada usia muda dengan seorang Duke yang lebih berumur, yang diketahui seorang yang tidak setia, Georgiana dikenali sebagai ikon fesyen, seorang ibu yang penyayang, bijak dalam menguruskan hal politik, seorang yang mempunyai hubungan yang akrab kepada menteri-menteri dan putera-putera, dan disayangi oleh rakyat jelata. Kisah cerita ini lebih berkisarkan kepada bagaimana terdesaknya seseorang dalam mencari cinta. Filem ini menumpukan kepada hubungan sulit Georgiana bersama Charles Grey dan kisah cinta tiga segi antara suaminya dan rakan karibnya, Lady Bess Foster.

Di usia muda, Georgiana telah berkahwin secara kontrak dengan William Cavendish, seorang Duke Devonshire yang lebih berumur, dengan syarat dia perlu melahirkan anak lelaki sebagai warisnya. Georgiana berasa kecewa dengan suaminya, lebih-lebih lagi apabila Charlotte, seorang kanak-kanak tak sah taraf yang berbapakan William yang kematian ibunya, tinggal bersama mereka berdua semasa Georgiana sedang sarat mengandung. William mengharapkan Georgiana supaya bertolak ansur sepanjang keberadaan Charlotte. Dia juga mencadangkan agar Georgiana mula mempraktikkan amalan keibuan ke atas kanak-kanak itu. Apabila Georgiana melahirkan anak perempuan, perkara ini tidak disenangi William. William beranggapan bahawa dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, namun Georgiana gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kerana tidak memberikan waris anak lelaki.

Dalam satu acara keramaian, Lady Bess sedang berborak mesra dengan William dan pada ketika itu, Georgiana berkenalan dengan Lady Bess buat pertama kali namun mengesyaki sesuatu yang berlaku di antara mereka berdua. Namun, Lady Bess memberitahu Georgiana bahawa tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dan William. Georgiana dan Lady Bess kemudian menjadi rakan karib. Georgiana menjemput Lady Bess untuk tinggal bersamanya dan suami kerana Lady Bess memberitahu bahawa dia tidak mempunyai tempat tinggal. William mengadakan hubungan sulit bersama Lady Bess, menyebabkan Georgiana merasa dikhianati oleh satu-satunya kawan yang dia ada. Lady Bess memberitahu Georgiana bahawa niat sebenarnya adalah untuk mendapatkan kembali tiga anak lelakinya (yang telah dibawa lari oleh suaminya), maka sebab itu dia berterusan tinggal dengan Georgiana dan suaminya.

Georgiana kemudian mengadakan hubungan sulit bersama Charles Grey. Alasan yang diberikan Georgiana bagi mewajarkan perbuatannya itu sangat mengejutkan William; oleh kerana William sudah mengadakan hubungan sulit bersama Lady Bess, maka dia juga berhak untuk mengadakan hubungan sulit bersama Charles. Georgiana cuba untuk melakukan perjanjian dengan suaminya, iaitu dia akan merestui hubungan suaminya dengan Lady Bess, jika suaminya membenarkan perhubungan romantik bersama Charles. Berang dengan perjanjian itu, William mengejar dan mengurung Georgiana di dalam bilik tidur, dan melakukan aktiviti seksual secara ganas ke atas isterinya. Seluruh kediaman dan isi rumah itu terpaksa mendengar jeritan kesakitan yang dihadapi Georgiana. Selepas selesai, William menuntut agar isterinya dapat melahirkan seorang anak lelaki.

Selepas kejadian itu, William mendapati isterinya mengandung, dan Georgiana akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama William Cavendish, Duke Devonshire ke-6.

Charles Grey mengajak Georgiana untuk tinggal bersama di Bath. Hubungan romantik Georgiana dan Charles berjaya dihidu William dan mengugut Georgiana untuk tidak berjumpa lagi dengan anaknya buat selama-lamanya serta menghancurkan karier politik Charles. Pada mulanya Georgiana menolak untuk mengikut suaminya pulang, namun setelah dia membaca surat dari anaknya, Georgiana pulang ke rumah dan tinggal di situ demi anaknya.

Georgiana mendedahkan kepada suaminya dan Lady Bess bahawa dia kini sedang mengandungkan anak kepada Charles. William mengaturkan rancangan agar bayi itu dilahirkan secara rahsia dan diberikan kepada keluarga Charles untuk dibesarkan, bagi mengelakkan berita skandal. Lady Bess menemani Georgiana di kawasan perkampungan, di mana Georgiana akan tinggal di situ sehingga kelahiran anaknya. Tidak lama selepas Georgiana melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Eliza, dia dipaksa untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga Charles.

Babak selepas kredit kemudian mendedahkan Georgiana secara rahsia melawat anaknya Eliza. Eliza mengandung dan melahirkan anak perempuan, yang diberi nama Georgiana, bersempena dengan nama ibunya. Charles kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri di bawah kuasa Raja William IV. Sebelum meninggal, Georgiana merestui perkahwinan William dengan Lady Bess.


Barisan pelakon


Penerbitan

The Duchess telah diterbitkan oleh syarikat Qwerty Films dari Britain dan Magnolia Mae Films dari Amerika Syarikat, dengan mendapat sokongan kewangan dari syarikat BBC Film, syarikat Pathé dari Perancis dan syarikat BiM Distribuzione dari Itali[3]. Penggambaran filem ini telah dilakukan di studio perfileman Twickenham Studios dan di beberapa lokasi seperti di Chatsworth House, Bath, Holkham Hall, rumah agam Clandon Park House, rumah agam Kedleston Hall, kompleks Somerset House, King's College London dan di Old Royal Naval College di Greenwich, England.

Berkenaan pelakon utama Keira Knightley, pengarah filem Saul Dibb berkata, "Filem The Duchess merupakan peluang untuk membawa watak pada zaman lewat kanak-kanaknya - berkahwin pada umur 17 tahun - sehingga mencecah alam kedewasaan, 10 tahun kemudian"[4]. Ini juga merupakan peluang bagi Knightley bekerja bersama Ralph Fiennes, di mana beliau menganggap Ralph sebagai pelakon paling menyerlah setakat ini. Dibb berkata, "Apabila saya berkata (kepada Knightley), 'kami berjaya mendapatkan Ralph untuk memainkan watak Duke,' kami berdua terkedu dan hanya mengatakan 'F---' (sic) ... Namun, saya tidak sesekali terfikir dia (Knightley) tidak mampu menjayakan filem ini"[4]. Filem ini pada asalnya diarahkan oleh Susanne Bier[5].


Keluaran

Marketing

Studio executives wanted to use digitally altered images of Keira Knightley in promotional materials. The alterations were specifically aimed at enlarging her breasts. However, Knightley objected to the alterations and they were not used.[6]


Theatrical release

The BBFC has classified the film as a 12A, citing the scene of implied marital rape, which is "delivered through Georgiana's screams of protest, heard from outside the bedroom door." The BBFC's PG rating allows implied sex as long as it is discreet and infrequent; the board decided that the scene in The Duchess is more than "discreet" or "implied".[7] The film had its world premiere on September 3, 2008, in Leicester Square and was released nationwide in the United Kingdom on September 5.[8][9]


Critical reception

The film received mixed, though mostly positive, reviews gaining 61% on Rotten Tomatoes based on 142 reviews, with the consensus that "Keira Knightley squeezes into a corset again, and pulls off another worthy performance in this sumptuous and emotional period drama, that serves parallels to the Duchess's descendent Princess Diana."[10] Peter Bradshaw of The Guardian wrote that "Dibb's movie looks good" [however] "exasperatingly bland and slow-moving at all times" handing out a 2 of 5 star rating. However, Paul Hurley gave the film 8/10 and called The Duchess "an excellent new film" and states that "The Duchess stands a good chance of taking home some very big prizes at the end of the year".[11]

Most reviewers have highly praised Knightley and Fiennes' performances. Timeout London wrote: "[Saul Dibb] is also helped enormously by a mature, restrained portrayal from Knightley, a masterclass in passive aggression from Fiennes and a performance of tender seduction from Atwell."[12] The Epoch Times writes, "Ralph Fiennes brings a human quality to [the Duke] by avoiding any intent, exaggeration or ill will" and "Keira Knightley’s performance gains new depth — she not only perfectly portrays a witty and feminine Georgiana early in the film, but also a caring mother, and an abandoned woman later on. Also remarkable in this role is Knightley’s ability to portray the strengths, weaknesses, and the internal hurdles of Georgiana, as well as her internal contemplation."[13] Film Ireland writes "It is a slow movie but it is well acted with Knightley and Fiennes suited to their roles, especially Fiennes who gives a formidable and powerful performance."[14]

Cameron Baily, the co-chair of The Toronto International Festival comments; “The Duchess Of Devonshire, with Keira Knightley, which is a beautiful film and she gives a really mature performance. You’re seeing her really turn into something beyond the kind of pretty face that we’ve seen her do already so well. But she’s actually a very serious actress and she’s turning into a great, great performer.”[15]

It won the 2008 Academy Award for Costume Design. --> Error: tiada nama laman disertakan (help).

Anugerah

Upacara anugerah Kategori anugerah Judul Keputusan
Anugerah Akademi[16] Best Costume Design Michael O'Connor Menang
Best Art Direction - Dilantik
BAFTA Awards[17] Best Costume Design Michael O'Connor Menang
BIFA[18] Best Actress Keira Knightley Dilantik
Best Supporting Actor Ralph Fiennes Dilantik
Best Supporting Actress Hayley Attwell Dilantik
Best Technical Achievement Michael O'Connor (Costume) Dilantik
Golden Globes Awards[19][20] Best Supporting Actor Ralph Fiennes Dilantik
People's Choice Awards[21] Favourite Actress Keira Knightley Dilantik
Favourite Independent Movie The Duchess Dilantik
Satellite Awards[22] Best Art Direction and Production Design Karen Wakefield, Michael Carlin Dilantik
Best Cinematography Gyula Pados Dilantik
Best Costume Design Michael O'Connor Menang
London Circle Critics' Film Awards British Actor of the Year Ralph Fiennes Dilantik
British Actress in a Supporting Role Hayley Atwell Dilantik

Rujukan

  1. ^ On-set report: The Duchess Diarkibkan 2008-09-12 di Wayback Machine The Telegraph. Dicapai 16 Ogos 2008.
  2. ^ Susanne Bier finds The Duchess:Open Hearts helmer glamming up for period love story, Total Film. 18 September 2006
  3. ^ Dawtrey, Adam (29 July 2007) Keira Knightley set for Duchess: Actress to play the controversial blueblood, Variety
  4. ^ a b "2008 Fall Movie Guide: Preview: The Duchess". Entertainment Weekly. No. 1007/1008. 22–29 August 2008. m/s. 50. Dicapai pada 2008-10-02.
  5. ^ (18 September 2006) Susanne Bier finds The Duchess: Open Hearts helmer glamming up for period love story, Total Film
  6. ^ Red Eye w/ Greg Gutfeld. Fox News. Broadcast date: July 30, 2008.
  7. ^ "The Duchess rated 12A by the BBFC" British Board of Film Classification. Retrieved on 13 August 2008.
  8. ^ Pamela McClintock (2008-03-31). "2008 awards season shaping up". Variety. Dicapai pada 2008-04-01. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Knightley stars at Duchess launch". BBCNews. 2008-09-03. Dicapai pada 2008-09-04. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ The Duchess (2008)
  11. ^ http://www.tiscali.co.uk/entertainment/film/reviews/the-duchess.html
  12. ^ From Time Out London
  13. ^ Keira Knightley Shines in Premiere of Duchess http://en.epochtimes.com/n2/arts-entertainment/keira-knightly-the-duchess-premieretoronto-3924.html
  14. ^ http://www.filmireland.net/reviews/duchess_the.htm
  15. ^ CityNews: Brad Pitt And Keira Knightley Among Big Names Confirmed For T.O. Film Fest
  16. ^ AA (2009-01-22). "Oscars 2009 Nominations =[[Academy Awards]]". Dicapai pada 2008-01-22. URL–wikilink conflict (bantuan)
  17. ^ "Film Winners in 2009". bafta.org. BAFTA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-11. Dicapai pada 8 February, 2009. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  18. ^ BIFA (2008-12-13). "BIFA 2008 Nominations =[[BIFA]]". Dicapai pada 2008-12-13. URL–wikilink conflict (bantuan)
  19. ^ Silverman, Stephen (2008-12-11). "Angelina Jolie, Brad Pitt Score Golden Globe Nods". People. Dicapai pada 2008-12-11. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ "Nominations & Winners". Golden Globes. Dicapai pada 2008-12-12.
  21. ^ PCA (2008-12-13). "PCA Nominations =[[People's Choice Awards]]". Dicapai pada 2008-12-13. URL–wikilink conflict (bantuan)
  22. ^ none (2008-12-13). "2008 13th Annual SATELLITE Awards Nominees=[[Satellite Awards]]". Dicapai pada 2008-12-13. line feed character in |title= at position 35 (bantuan); URL–wikilink conflict (bantuan)


Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya