Kebanyakan negara di Timur Tengah (13 daripada 18 negara) adalah sebahagian daripada rantau Arab. Sejarah Timur Tengah bermula dari zaman purba dengan kepentingan geopolitik rantau tersebut diiktiraf selama beberapa milenia. [1][2][3]
Kebanyakan sastera barat mendefinisikan "Timur Tengah" sebagai negara-negara di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) ke Mesir. Mesir dengan semenanjung Sinainya yang berada di Asia umumnya dianggap sebagai sebahagian Timur Tengah, walaupun sebahagian besar wilayah negara itu secara geografi berada di Afrika Utara.
Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat sensitif, baik dari segi kestrategikan kawasan, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Timur Tengah mempunyai bekalan minyak mentah dalam jumlah besar dan merupakan tempat kelahiran dan pusat kerohania
Iran merupakan sempadan yang paling timur, kadangkala dengan memasukkan Afghanistan dan Pakistan barat kerana kedekatannya (secara suku dan agama) dengan kelompok majoriti dari masyarakat Iran. Juga kerana berkaitan rapat dengan sejarah kerana pernah menjadi bahagian dari kerajaan yang wilayahnya mencakup daerah-daerah tersebut. Afganistan, Tajikistan dan Pakistan barat memiliki hubungan budaya, bahasa dan sejarah dengan Iran. Sementara hubungan antara Iran dengan negara-negara Arab kerana adanya hubungan agama dan kedekatan secara geografi.
Beberapa telah mengkritik istilah 'Timur Tengah' kerana keerosentrismeannya. Wilayah ini terletak di timur Eropah barat. Bagi India, dia terletak di barat; bagi Russia dia terletak di selatan. Penggunaan kata 'Tengah' juga telah menyebabkan kebingungan bagi sebahagian orang. Sebelum Perang Dunia I, 'Timur Dekat' digunakan Inggeris untuk menunjuk ke daerah Balkan dan Empayar Turki Uthmaniyyah, sedangkan 'Timur Tengah' untuk Parsi, Afghanistan, dan Asia Tengah, Turki, dan Caucasus. Sedangkan 'Timur Jauh' menunjuk ke negara-negara 'Asia Timur', seperti Bangkok, Jepun, Hong Kong, dan lain-lain.
Dengan hilangnya Kerajaan Ottoman pada 1918, 'Timur Dekat' hampir hilang dalam penggunaan umum, sedangkan 'Timur Tengah' digunakan untuk menunjuk ke negara-negara Islam. Namun penggunaan 'Timur Dekat' tetap digunakan oleh beberapa disiplin akademi, termasuk arkeologi dan sejarah kuno.
Kritikan Erosentrisme juga berhubungan dengan fakta bahwa Timur dan Barat didefinisikan dalam hubungannya dengan garis lintang relatif terhadap Meridian Utama atau Meridian Greenwich.